tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Ahad, 1 April 2012

VIDEO] PENYENARAIAN FELDA - JIKA GAGAL,PENEROKA TIDAK BOLEH SAMAN.


Saturday, 31 March 2012

[

Kerajaan kini boleh dianggap sedang cuba mengambil keuntungan kali kedua ke atas Felda...

Kalau nak diikutkan.. 
tujuan sebenar kerajaan menubuhkan Felda pada tahun 1956 dulu adalah untuk membantu orang-orang melayu melalui sektor pertanian perladagangan..

Namun..
apa yang berlaku sekarang adalah..

kerajaan cuba menggunakan sehabis-habisnya Felda ini selagi boleh bagi mengaut keuntungan berlipat kali ganda tanpa memikirkan nasib peneroka di masa hadapan...

Sepanjang proses tanah rancangan ini berjalan pun, telah wujud penipuan demi penipuan di dalam penjualan buah kelapa sawit..
peneroka selama ini dikelirukan dengan kadar perahan gred buah...
dalam urusan penjualan kelapa sawit,Felda dikatakan menggunapakai 18.9% sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24% ~  25%...

Kini..
apabila kerajaan berhasrat menyenaraikan Felda ke dalam bursa saham..
kerajaan sebenarnya meletakkan Felda di dalam keadaan yang tidak terjamin masa depannya...

Apa-apa pun boleh berlaku apabila penyenaraian ini dilaksanakan kelak..
termasuklah warisan melayu ini boleh tergadai kepada syarikat asing...

Di peringkat awal lagi,penyenaraian Felda ini sudah cukup meragukan peneroka dan rakyat Malaysia..

Menurut Pengerusi ANAK,Mazlan Aliman..
Kerajaan cuba mencipta satu perjanjian di dalam penyenaraian ini dimana peneroka tidak boleh mengambil apa-apa tindakan ke atas Felda sekiranya berlaku apa-apa kemungkinan (kesan buruk) yang terhasil dari penyenaraian tersebut..

Menurut Mazlan Aliman..
"ini bagi saya menggambarkan bahawa mereka (kerajaan & Felda) sendiri tidak bertanggungjawab di atas apa-apa juga risiko daripada penyenaraian.."

"dan ternyata telahan kita bahawa ada suatu motif daripada penyenaraian ini adalah betul,dan kita cukup bimbang apabila (peneroka) isi form (borang) itu dan apa yang kita telahkan (iaitu) berlaku kegagalan,dan Felda atau kerajaan akan berlepas tangan,makna tak boleh saman (tak boleh diambil tindakan ke atas kerajaan dan Felda) itu ditulis secara nyata dan kemudiannya disahkan oleh pesuruhjaya sumpah.." tambah beliau lagi...


Untuk lebih pemahaman..
saksikan video ini...

Kerajaan perlu ingat...
54 Parlimen dan 92 Dewan Undangan Negeri melibatkan kawasan Felda di negara kita ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan