tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Sabtu, 14 April 2012

Hancuss..Apa Nak Jadi,Kubur 1 Malaysia Pun Ada Di Negeri Najib

Gara-gara taksub dengan konsep "1Malaysia" yg diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak akhirnya agama Islam itu sendiri jadi carca merba di buatnya. Ini berita panas yang kami terpaksa bongkarkan untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kenapa perlu mereka menolak UMNO BN pada Pilihanraya Umum akan datang.

Jika mereka terus membiarkan mereka berkuasa, maka akhirnya agama akan terus diperkotak katikkan sesuka hati oleh mereka yang berkuasa. Terbaru, kami berjaya membongkarkan sebuah kawasan tanah perkuburan "1Malaysia" di Parlimen Pekan iaitu kawasan Najib itu sendiri. Sungguh mengejutkan apabila tanah perkuburan di Tanjung Agas itu menempatkan kubur Islam, Budha dan Kristian dalam satu kawasan tanah perkuburan, tanpa ada perasaan bersalah oleh pihak terbabit.

Selama ini, ramai dikalangan mereka yang lalu lalang di sekitar kawasan terbabit tidak perasan dengan lokasi berkenaan. Memang banyak kawasan seperti itu terdapat di sepanjang jalan dari Pekan ke Rompin, namun difahamkan ia melibatkan kubur orang Asli. Namun, apa yang berlaku di Tanjung Agas ini agak menakjubkan, kerana ia bukan tanah perkuburan orang Asli tetapi juga menempatkan kubur orang Islam biasa.

Soalnya sekarang, apakah Najib sedar dengan apa yang berlaku ini?. Tidak timbul persoalan mereka (orang Islam) itu adalah orang Asli atau tidak. Apa yang penting mereka telah memeluk agama Islam, malah terdapat nama pada batu nisah tertera "Kechik Binti Muda" yang letak bersebelahan dengan jirat Cina (bukan Islam). Malah terdapat juga kubur-kubur orang Kristian lain di kawasan terbabit. Umum mengetahui bahawa kawasan Tanjung Agas itu kini majoritinya didiami oleh warga Kemboja yang diimport sebagai "pengundi tetap" Najib di Parlimen Pekan. Makanya, kemungkinan besar kubur Islam yang terdapat di situ ialah adalah orang Melayu Islam Kemboja.

 Anehnya, kenapa perkara ini terjadi?. Mana perginya Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang sepatutnya memantau kegiatan seperti ini. Ternyata apa yang berlaku ini sungguh memalukan dan amatlah mengecewakan umat Islam sebenarnya. Tambahan pula ia terjadi dalam kawasan PM Najib Razak. Kami akan membuat siasatan dan laporan lanjut tentang isu ini. Nantikan pendedahannya selepas ini

1 ulasan:

  1. Tak lama lagi boleh tahlil kat tokong... kha..kha..kha

    BalasPadam