tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Khamis, 19 April 2012

Panas Ahmad Said terkantoi dek Ahmad Maslan yang tergila-gilakan perpaduan dengan PAS

WarkahDaily -- Memang patut MB kontroversi Terengganu Datuk Seri Ahmad Said marahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang masih terhegeh-hegeh mahukan perpaduan dengan PAS hingga sekarang.

Mana MB samseng tu tak marah kalau Ahmad Maslan yang datang Terengganu, mandai-mandai cakap kat para imam dan bilal di negeri berkenaan yang Umno mahukan perpaduan dengan PAS. Padahal sebelum itu, Ahmad Said dengan bangganya mahu memperkenalkan program wacana “PAS: parti ajaran sesat” ke seluruh negara.

Sorang mahukan perpaduan dengan PAS dan sorang lagi cakap PAS adalah parti ajaran sesat. Akhirnya, program wacana yang mahu diperkenalkan itu terkantoi dengan sendirinya.

Ya la, secara logik, mana orang nak bekerjasama dengan orang sesat. Tak kan Umno nak kot. Tapi kalau Ahmad Maslan tidak mahu mengalah dan masih lagi berpendirian mahukan perpaduan dengan PAS, apa akan jadi dengan Ahmad Maslan, sesat jugak ke? Ahmad Said boleh jawab kot.

Para imam dan bilal kat depan tu bukan orang tak pandai, semua boleh berfikir kecuali pengikut-pengikut Umno yang masih tinggal di kampung-kampung. Sesuailah dengan taraf Umno sekarang, parti khas untuk orang tua di kampung.

Dipetik dari Malaysiakini, Ahmad Maslan cuba mengambil peluang dalam pertemuan bersama sekumpulan imam dan bilal dari negeri Terengganu dengan menimbulkan kembali isu perpaduan antara PAS dan Umno yang sudah lama ditutup.

Antara lain, Ahmad Maslan mendakwa Umno masih lagi mengharap dengan perpaduan itu namun ianya ditolak PAS kerana mendakwa majoriti pemimpin PAS kini bukan ulamak. (eh..eh, sejak bila Umno percaya ulamak pimpin PAS?, dulu cakap tak iktiraf ulamak PAS)[baca selanjutnya di sini]

Namun, Ahmad Maslan dilihat terus ‘membodohkan’ dirinya seolah-olah tidak mengerti ‘orang tak mahu engkau’, tapi ‘buat-buat bodoh’, masih lagi tergila-gilakan mahu juga.

Sehingga tidak sedar, usahanya itu telah mengantoikan projek wacana MB samseng Terengganu sebelum ini.

Kesian Ahmad Said, padahal dia tengah berusaha untuk naikkan ‘sahamnya’ sebagai usaha untuk kekal di kerusi empuk yang turut diintai oleh pengikut mantan MB, Datuk Seri Idris Jusoh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan