tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Sabtu, 23 Februari 2013

hutang negara terkini




P/s: Sedarlah rakyat Malaysia!

Sanggupkah anda memprejudiskan masa depan negara kita semata-mata terharu kerana menerima imbuhan yang tidak seberapa, kicap dan sos, atau kopi kuat daripada mereka?

Sanggupkah anda membiarkan khazanah negara disalahgunakan oleh pemimpin yang tidak amanah untuk memenuhkan tembolok kroni dan sanak saudara semata-mata kerana takut akan ugutan dan fitnah mereka?

sumpah undi bn dulu baru dpt brim



Sumber: FB Abu Siraj


Khabarnya kejadian pihak terdesak ini berlaku di Bachok Kelantan. Orang ramai yang mahu mengambil duit B1RM perlu melafazkan sumpah/aku janji di atas.


BR1M yang diberi kepada rakyat kesan daripada kekuatan politik PR ini duit poket UMNO/BN? Kalau duit poket mereka, maka tidak hairanlah jika mereka mahu rakyat yang menerimanya bersumpah untuk mengundi mereka?


Masalahnya BR1M ini ialah dana awam, duit rakyat, duit pembayar cukai. Apa gila dan muka tidak malu mereka berbuat demikian???!!!!

Jumaat, 15 Februari 2013

keajaiban kaabah

* Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :** * "*1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. 2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga. 3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. 4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi. 5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. 6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. 7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi. 8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk. 9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati. 10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah. 11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu. 12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur. 13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya. 14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. *""* *""*Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru. 15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. *""* *""*Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.*"  "**" "*sains ini hanyalah sebagai platform kajian manusia bagi mengenal yang maha pencipta bahawa hanya ALLAH sahaja maha berkuasa. Sesetengah perkara yang ALLAH jadikan tidak akan terjangkau dari pemikiran manusia. Maka ketahuilah ALLAH maha berkuasa dalam setiap perkara "Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama إن شاء الله** *"

4 Cara Penipuan Licik Oleh SPR

4 Cara Penipuan Licik Oleh SPR Kali ini, saya ingin memberitahu beberapa cara-cara dan teknik penipuan yang telah, sedang dan akan dipakai. Parti United Malays National Organisation dengan kerjasama SPR, Polis, Jabatan Pendaftaran Negara dan seluruh agensi kerajaan sedang bersedia untuk menipu dalam PRU 13. Ini bukan tohmahan. Kita tahu teknik menggunakan Kad Pengenalan Segera kepada pendatang haram. Ini telah dibuktikan. Ini bukan rahsia. Tetapi masih ada lagi teknik penipun yang dirancang dengan licik. Sekali imbas, jika salah pandang, maka kita tidak menyangka yang kita TIDAK kena tipu. SPR dan kuncu-kuncunya menjalankan penipuan dengan licik dan cekap. Lebih cekap dari Jantan Nigeria menjaja Black Money. CARA TIPU PERTAMA: Pengunaan dakwat hitam sebenarnya penipuan yang amat jelas. Dalam pilihan raya di negara lain di dunia – jari dicelup dakwat hitam sebagai tanda TELAH mengundi. Ini bermakna kalau jari ada dakwat hitam, maka Si Polan ini tidak dibenarkan datang berhampiran tempat mengundi. Ada dakwat tak boleh dapat kertas undi. Tetapi di Malaysia – jari tercalit dakwat hitam bermakna dapat kertas undi. Pelik? Di Malaysia, bakal pengundi dicalit dakwat hitam dahulu kemudian baru diberi kertas untuk mengundi. Pelik! Kenapa TIDAK celup dakwat hitam sesudah mengundi? Kenapa ada tanda dakwat hitam baru dapat kertas undi? Hairan? Jangan hairan. Jangan terperanjat. Semua sengaja dirancang SPR untuk menipu. Bagaimana penipuan berjalan? Senang sahaja. Dalam PRU 13, ada satu ‘kontijen baru’ dibentuk SPR. Mereka dinamakan Pengundi Awal. Ada seramai 240,000 angka rasmi Pengundi Awal. Mereka adalah pekerja SPR yang akan mengundi awal. Tangan mereka dicalit dakwat hitam kerana mereka mengundi awal. Tetapi walaupun ada calitan dakwat hitam – si Pengundi Awal boleh dapat kertas undi sekali lagi. Ini kerana di Malaysia ada calitan dakwat masih bisa mengundi. Bayangkan berapa ramai dari 240,000 yang akan mengundi sekali lagi? Ada dakwat hitam boleh dapat kertas undi. Nampak cara menipu? Jelas. CARA TIPU KEDUA: Kita pernah dengar bagaimana Azalina Osman dari Parlimen Pengerang menang dua kali pilihan raya dengan membeli bakal calon PKR. Ini bukan rahsia lagi. Kita sedar bagaimana bakal calon akan disogok, dibeli atau diculik sebelum hari penamaan calon. Tapi kali ini ada rancangan lebih. Hakikatnya dalam pilihan raya di Malaysia, bukan berapa ramai penyokong datang mengundi. Tetapi siapa yang menjadi pengira undi. Parti bertanding menyediakan apa yang dikenali sebagai PACABA – Ejen Mengundi, Ejen Mengira Undi dan Ejen Bilik Mengundi. Mereka diberi latihan. Anggota PACABA dari aktivis parti. Mereka bekerja sukarela di hari mengundi. Tetapi mereka jugalah benteng pertahanan awal paling lemah. Kerana kali ini – khususnya di Selangor – United Malays National Organisation menubuhkan dana khas untuk membeli PACABA Pakatan. Ini sebagai ‘top-up’ undi pendatang haram yang disusun di Selangor. Selangor menjadi sasaran kerana mati hidup politik Najib bergantung pada Selangor. Walaupun wujudnya 134,000 pengundi yang tidak diketahui asal usul mereka – membeli PACABA adalah satu lagi jaminan kemenangan. Membeli PACABA bukan satu yang baru. Pada pilihan raya 2008, satu kes berlaku di Lembah Pantai. Kes ini membuktikan bagaimana undang-undang dan peraturan SPR bertujuan untuk menipu. Di Bukit Kerinchi, setelah undi dikira tetiba PACABA PKR terperanjat apabila diberitahu bahawa Borang 14 telah habis. Borang 14 adalah borang wajib untuk menentukan jumlah undi. Tanpa PACABA menandatangani borang, maka undi di saluran tidak sah. Taktik jahat SPR telah digagalkan apabila pekerja PKR merantai bilik mengundi dan mengunci pintu masuk ke sekolah. Ini kerana ada PACABA PKR yang keras kepala dan TIDAK dapat dibeli malam itu. Kes seakan-akan sama juga berlaku di pilihan raya kecil Sibu – 16 Mei 2010. Ingatkan kembali bagaimana tetiba – sesudah kiraan undi selesai – sampai kotak undi pos. Walhal – undi pos – dijalankan lebih awal dan pengiraan dilakukan lebih awal. Kes Sibu memperlihat bagaimana PACABA cuba dibeli, tetapi gagal. CARA TIPU KETIGA: PRU 13 ada satu berita baik. Telah diumumkan SPR bahawa warga Malaysia di luar negara boleh mengundi. Sekali dengar memang betul ini berita baik. Tetapi ini juga satu lagi penipuan. BERSIH 2.0 telah meminta SPR menerangkan mekanisme Pengundi Luar Negara. Hingga ke hari ini SPR gagal menerangkan bagaimana pengundian dijalankan. Justeru, jangan terperanjat jika tetiba akan sampai undi luar negara untuk ‘top-up’ undi calon Rosmah yang wajib dimenangkan. CARA KEEMPAT: Kotak undi sampai lambat. Kes klasik berlaku di Pekan pada 1999. Ramli Muhamad dari PAS mendapat 12,904. Kiraan undi menunjukkan Ramli menang dan Najib Razak dari United Malays National Organisation kalah. Tetiba datang satu kotak undi Orang Asli. Undi Najib tetiba menjadi 13,148. Najib akhirnya diselamatkan oleh 241 ‘undi tipu’. Ini sejarah. Ini fakta. Ini bukan fitnah. Empat penipuan ini bukan baru. Cara penipuan telah, sedang dan akan digunakan. Pembaca wajib sedar ketika United Malays National Organisation kuat dan popular, penipuan terus dijalankan. Justeru, hari ini ketika Ketuanan Melayu amat lemah, mustahil tiada penipuan. (Hishamuddin Rais)

Jumaat, 8 Februari 2013

SAMM Lapor SPRM Kes Anugerah Kontrak Prai Power Plant RM2.57 Billion


Putrajaya: Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)mengenai proses penganugerahan tender pembinaan stesen janakuasa elektrik, Prai Power Plant kepada syarikat asing, Samsung Engineering& Construction.

Beliau membuat aduan tersebut di pejabat SPRM di sini semalam.

Badrul Hisham menyerahkan laporan setebal 20 muka surat yang mengandungi beberapa dokumen termasuk bukti proses pemberian tender bagi membantu siasatan.

Selain itu, beberapa keping gambar yang menunjukkan pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta anaknya dengan Presiden Samsung untuk melobi di Korea Selatan turut diserahkan.

Dalam laporannya, Badrol Hisham mempersoalkan nilai kontrak yang diberikan kepada Samsung dengan harga yang amat tinggi, RM2.47 bilion sekaligus mengenepikan syarikat tempatan lain yang mempunyai pengalaman sama.

Beliau mendakwa, Prai Power Plant yang berkapasiti 100 megawatt sama seperti kemampuan Manjung Power Plant namun kosnya tidak keterlaluan seperti Prai.

Beliau turut mendakwa, Samsung sama sekali tidak ada dalam sembilan syarikat pembida yang disenarai pendek dalam jawatankuasa tender.

`Pengkhianatan ekonomi’

Antara pembida tersenarai adalah Sime Darby Power Sdn Bhd, Gentinf Sanyen Power Sdn Bhd, usaha sama Malakoff Corp Bhd dengan Petronas Power serta Mitsubishi Group dan usaha sama YTL Power International Bhd dengan Marubeni Corp of Japan.

“Membiarkan projek bernilai tinggi hanya dimonopoli tanpa perkongsian syarikat tempatan adalah pengkhianatan kepada ekonomi negara.

“Semua ini merupakan persoalan yang perlu dileraikan dan memerlukan respon daripada pihak terbabit.

“SPRM perlu ambil tindakan tegas sama ada mengheret pesalah yang membazirkan wang rakyat atau membersihkan pihak terbabit dengan menyatakan tiada salah guna kuasa berlaku,” katanya.

Samsung Engineering & Construction pernah terlibat dalam beberapa projek mega di Malaysia, antaranya pembinaan menara kedua KLCC.

Namun rekod menyatakan pembinaan tersebut hampir sepenuhnya menggunakan khidmat kontraktor Korea Selatan dan luar negara yang dipilih sendiri, malah langsung tidak ada perkongsian dengan syarikat tempatan. -FMT

pembunuh yg diagungkan rakyat?

KUALA LUMPUR 6 Feb: Ahli perniagaan kontroversi, yang mendedahkan kaitan Datuk Seri Najib Razak dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Deepak Jaikishan mendakwa hampir 100 peratus yakin ada pegawai Perdana Menteri semasa wanita Mongolia itu dibunuh.



“Saya 90 peratus yakin, pegawai dan pengawal keselamatan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di lokasi Altantuya dibunuh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, bersama pemimpin parti itu, tengahari tadi.
Ditanya lanjut berkenaan dakwaannya itu, beliau menjelaskan keyakinan tersebut berasas hubungan baik dengan Rosmah yang dianggap sebagai kakak.

“Memang saya tidak ada di tempat kejadian tetapi berdasarkan hubungan rapat saya dengan keluarga Perdana Menteri, saya yakin saya kenal mereka yang terlibat,” kata Deepak.
Ditanya lagi bagaimana beliau mengenali pegawai terlibat sedangkan beliau tiada di tempat kejadian, Deepak sekali lagi menegaskannya.

“Walaupun saya tiada di situ, saya pasti 90 peratus,” katanya.

Beliau turut mempersoal kehadiran pegawai terbabit di tempat Altantuya dibunuh.
“Jika dilihat secara logik, apakah tujuan pegawai-pegawai perdana menteri dan isteri berada di lokasi pembunuhan seorang warga asing jika ia tidak berkaitan tugasan mereka,” kata Deepak.

Altantuya dibunuh secara kejam pada 2006 di kawasan hutan di Puncak Alam. Kepalanya ditembak dan selepas itu badannya diletupkan dengan bom C4 yang biasa digunakan anggota tentera dalam operasi mereka.
Dua pegawai polis yang menjadi pengawal pengiring Perdana Menteri dibicarakan dan didapati bersalah dalam kejadian itu dan dijatuhkan hukuman bunuh.

Beberapa bulan lalu, Deepak dalam siri pendedahannya mendakwa beliau terlibat dalam membantu Najib dan Rosmah dalam menyiapkan akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam (PI Bala) yang menafikan pengakuan dalam SD 1 dibuat penyiasat persendirian itu.



Kematian Altantuya terus dikaitkan dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada syarikat milik rakan baik Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Dalam pertemuan bersama Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar itu, Deepak turut membawa bukti-bukti penglibatan Perdana Menteri dan isteri dalam beberapa penyelewengan khazanah dan harta negara.
Antara isu ditimbulkan Deepak adalah bukti campur tangan Najib dalam pengambilalihan secara paksa Astacanggih Sdn Bhd, syarikat miliknya oleh Boustead Holdings Berhad dan penjualan lapangan terbang di Sungai Besi oleh Lembaga Tabung Angkatan Malaysia (LTAT).

Selain itu, beliau menyentuh salah guna kuasa tentera oleh Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi dan mendakwa didalangi oleh Perdana Menteri.
“Saya ada surat-surat dan semua dokumen Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang sah, mereka tak boleh lawan kebenaran,” tegas usahawan permaidani itu.
Menurutnya, selepas siri pendedahan ‘top-secret’ olehnya, beliau berkali-kali ditekan memaksanya mendapat jaminan imuniti bagi membolehkan lebih banyak pendedahan membabitkan pemimpin nombor satu negara.

Beliau hari ini berjaya mendapatkan sokongan daripada PAS dan peguamnya bagi tujuan itu selepas pertemuan kira-kira satu jam.

Pertemuan itu turut dihadiri Penolong Setiausaha PAS, Dr Syed Azman Syed Nawawi, Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad dan Asmuni Awi yang juga peguam.
Asmuni menyatakan kesediaan menulis surat kepada Peguam Negara bagi membolehkan Deepak mendapat imuniti di bawah Seksyen 2 (b) yang memberi perlindungan kepada saksi./KeadilanDaily

RAKYAT DAPAT RM500 SEORANG, PSY GANGNAM DAPAT RM2 JUTA




BN nampaknya tiada masalah untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membiaya hiburan di acara politik ketika dasar parti itu mendakwa cuba mengekang masalah kos sara hidup rakyat dengan mengedarkan bantuan kewangan.




Ini dilihat melalui rancangan untuk menganjurkan acara bersama penyanyi pop Psy - yang popular dengan lagu Gangnam - pada 11 Februari semasa majlis rumah terbuka BN Pulau Pinang.Acara di perkarangan kolej Han Jiang yang akan dihadiri 60,000 orang itu dijangka akan turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beberapa orang penganjur konsert memberitahu Malaysiakini bahawa Psy mungkin hanya akan membuat penampilan ringkas selama kira-kira 60 minit.

Penganjur berkenaan menjangkakan bahawa Psy akan mengenakan bayaran sekitar USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 to RM1,242,800) untuk persembahan ringkas dengan lagu yang dirakam dan juga
beberapa orang artis iringan.


Ini kerajaan BN mereka akan buat apa sahaja untuk menarik sokongan rakyat hatta dengan membelanjakan jutaan ringgit supaya rakyat hadir program mereka. Pemimpin BN tahu jika tiada persembahan artis popular sudah tentu tidak ramai rakyat hadir program mereka. ....