tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Isnin, 16 April 2012

Najib bentang akta PTPTN 1997, bukannya Anwar

..


SHAH ALAM - Sayap pemuda PKR hari ini menolak kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan, inisiatif penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilaksanakan ketika era pentadbiran bekas perdana menteri itu manakala menteri yang bertanggungjawab masa itu adalah Datuk  Seri  Najib Tun Razak.


Semalam, Dr Mahathir berkata bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah lupa bahawa undang-undang itu digubal ketika beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada awal September 1998.
Kini, Najib merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Justeru menurut Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Najwab Halimi, kenyataan Dr Mahathir yang dilaporkan oleh media semalam tidak akan sekali-kali menafikan fakta bahawa inisiatif penubuhan PTPTN adalah dilaksanakan di bawah pentadbiran beliau yang ketika itu merupakan Perdana Menteri dan juga  Najib pula menjawat Menteri Pendidikan dan merupakan menteri yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang PTPTN pada 1997.

"Berdasarkan fakta, kenyataan Dr. Mahathir itu adalah tepat, namun demikian adalah mustahil bagi beliau untuk menafikan kenyataan bahawa ketika PTPTN ditubuhkan, beliau sendiri memegang jawatan Perdana Menteri dan  Datuk Seri Najib (kini Perdana Menteri) pula merupakan Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 di Dewan Rakyat pada ketika itu.

"Jika merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama bertarikh 13 Mei 1997, Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh Datuk Seri Najib (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06 malam," katanya lagi.

Menurut beliau, rang undang-undang ini kemudiannya telah diluluskan dan dimaktubkan menjadi Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 dan seterusnya PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta ini yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1997.

Kementerian Pengajian Tinggi diwujudkan selepas itu manakala Kementerian Pelajaran dikekalkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan