tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

rumah pertama menteri besar johor





Sedikit yang sempat kita rakamkan bangunan Muzium Tokoh Johor baru2 ini ketika menghantar anak balik ke asrama. Dah macam researcher kita ni. Tak kisahkan yang penting menafaatkan ilmu pada orang lain antara salah satu bekalan mati kelak. Insyallah.

Sebagai anak jati Johor kita harus berbangga dengan sejarah yang di tinggalkan, bak kata pepatah harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama. Makanya di sinilah terhimpun serba sedikit sejarah tokoh2 negeri Johor sebagai bahan peninggalan sejarah.




Bangunan ini dibina oleh Dato' Jaafar Mohamad, Menteri Besar Johor yang pertama. Pembinaan rumah ini bermula pada tahun 1886 dan siap dalam tempoh dua tahun, dengan kos pembinaan peringkat pertama berjumlah RM 80,000.00. Selama 22 tahun Dato' Jaafar mendiami rumah ini. Selepas kematiannya pada 3 Julai 1919, kerajaan Johor mengambil alih rumah ini.

Bangunan Dato' Jaafar ini masih tersergam indah di atas Bukit Senyum, Johor Bahru, beralamat di JKR 514, Jalan Yahya Al-Dattar. Bangunan ini bukan sekadar menyimpan banyak rahsia sejarah, tetapi juga unik dari segi reka bentuk yang menyamai beberapa bangunan lama di England seperti Hardwick Hall dan River Castle.




Untuk beberapa ketika, bangunan ini terbiar begitu sahaja. Pada zaman pemerintah Jepun bangunan ini digunakan oleh tentera-tentera Jepun untuk meletakkan perempuan-perempuan simpanan mereka. Pihak Inggeris juga selepas berkuasa semula di Tanah Melayu pernah menggunakan bangunan itu sebagai markas tentera.




Selepas Merdeka, Bangunan Dato' Jaafar dijadikan Maktab Perguruan Bahasa sebelum insitusi itu dipindahkan ke Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Beberapa pejabat kerajaan seperti JKR, KEMAS dan Yayasan Warisan Johor pernah ditempatkan di bangunan ini.

Sekarang bangunan ini telah diserahkan oleh Kerajaan Negeri Johor kepada Yayasan Warisan Johor untuk dibangunkan sebagai Muzium Tokoh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan