tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Ahad, 15 April 2012

Gambar lucah DSAI dan Adam Adli tersebar.

 

Sunday, April 15, 2012



Aku sokong sangat wanita MCA yang report polis disebabkan tindakan2 tidak matang sesetengah individu yang super impose gambar2 dia secara keterlaluan. Bagi aku perbuatan super impose dengan cara keterlaluan dan memalukan ialah perbuatan yang tidak matang. 


Ini termasuk super impose gambar najib kepada rupa wanita dan apa2 perkara yang boleh memalukan dia. Kalau nak superimpose najib kepada superman aku takan marah sebab najib sendiri dah membayangkan diri dia sebagai superman, malahan ada komik tue lagi so takan dia nak marah kalau korang super impose gambar najib = superman? Mesti dia suka beb.


kah kah kah


Sekarang neh pembenci2 adam adli telah pun melakukan dua perkara yang memalukan. Jika mereka tuduh adam adli tidak matang maka mereka sama jek dengan yang mereka tuduh tue malahan lebih teruk dan dasat lagi. Kenapa?


1. Jika adam adli tidak matang kerana kalung mengalung ketika berdemo maka adakah tindakan mengkartunkan gambar dia secara lucah itu matang pula?


2. Jika adam adli tidak matang kerana mahu memahsuhkan hutang ptptn adakah tindakan menfitnah adam ali bersetubuh dengan dsai ialah perkara yang betul pula?


Adam adli ialah mahasewel kerana dia mahukan pendidikan percuma tapi menggunakan kaedah yang salah itu anggapan ko, tapi adakah ko ingat ko mahataksewel kerana bencikan adam adli dengan melakukan mengkartunkan gambar dia secara lucah dan menfitnah dia melakukan "ops belakang"?


Kalau ko tatau, maka aku bagitau. Beginilah, ko sendiri pun tidak matang untuk mengatakan orang tidak matang. Belajar untuk matang dulu sebelum pongpang pasal kematangan. Jangan malukan diri sendiri. 


Aku juga tidak setuju dengan tindakan mengarut sesetengah mahasiswa ketika demo mahsuh ptptn semalam tapi oleh kerana aku matang maka aku hujahkan guna akal rasional tanpa perlu super impose atau melakukan apa2 fitnah. Ini barulah cara orang matang berfikir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan