tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Rabu, 18 April 2012

DATARAN MERDEKA MERIAH - RAKYAT HADIR SOKONG MAHASISWA [GAMBAR]

 


Seperti yang semua tahu...
Mahasiswa kini sedang berkhemah di Dataran Merdeka mulai dari hari Sabtu lepas lagi...
Pada 14 April 2012 (sabtu),Para Mahasiswa telah berhimpun dan berarak bagi menyatakan bantahan terhadap PTPTN yang mana pendidikan telah dijadikan sebagai satu perniagaan oleh kroni-kroni pemimpin kerajaan...

lihat demo mahasiswa disini..


Mereka berkhemah di Dataran Merdeka sebagai simbolik menanti kerajaan mengadakan perbincangan dengan mahasiswa dan memansuhkan perniagaan pendidikan oleh Kroni BN melalui pinjaman PTPTN...
Mahasiswa akan berkhemah di Dataran sehinggalah ke saat perhimpunan Bersih 3.0 diadakan pada 28 April 2012 nanti....

Pada ketika itu Mahasiswa ini akan bergabung dengan ratusan ribu rakyat Malaysia yang hadir di Dataran merdeka bagi mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 "duduk dan bantah"

Pakatan Rakyat menawarkan pemansuhan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma sekiranya memerintah Malaysia kerana Pakatan Rakyat menolak perniagaan di dalam bidang pendidikan...

Bagaimana ianya dapat dilakukan boleh baca disini..

Bagi melihat bagaimana kegigihan perjuangan Mahasiswa ini di dalam menuntut pemansuhan PTPTN yang sangat membebankan mereka sebaik sahaja mereka mula bekerja nanti...
maka disini aku paparkan gambar-gambar yang dirakamkan pada jam 12:30 malam tadi...

Terharu aku bila melihat mereka tetap teguh dengan perjuangan mereka..

Pada jam 12:30 malam tadi..
walaupun  sudah lewat malam...ramai rakyat pelbagai peringkat umur dan berbilang kaum turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan Mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka...

Berikut adalah gambar yang dirakamkan dari jam 12:00am sehingga 12:45am...













pengunjung yang hadir menurunkan tandatangan sebagai sokongan



 Aku respek dengan semua mahasiswa yang begitu teguh meneruskan perjuangan mereka dalam mendesak kerajaan memansuhkan PTPTN...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan