tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Rabu, 25 April 2012

Bawa kes Scorpene ke Perancis mahu kucar-kacir negara


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata tindakan Suaram mengemukakan kes berhubung pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis merupakan usaha untuk mengucar-kacirkan negara.


"Dia nak kucar-kacirkan negara. Dia akan keluar macam-macam untuk malukan orang dan nak fitnah.

"Mereka tak ada kerja. Kalau macam kita ini, kerja 24 jam," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau mengulas tindakan Suaram mengemukakan nama Datuk Seri Najib Razak sebagai saksi dalam inkuiri berkenaan.

Suaram bertindak demikian dengan alasan bahawa perdana menteri itu merupakan menteri pertahanan yang terlibat dalam perolehan kapal selam tersebut sebelum ini.

Dalam pada itu, Tengku Adnan juga berkata beliau sedia mengadakan pertemuan dengan sekumpulan pemerhati pilihan raya luar negara, susulan daripada jemputan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, beliau tetap tidak bersetuju dengan tindakan pembangkang menjemput kumpulan pemerhati berkenaan.

"(Pemerhati) sepatutnya datang melalui SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Saya akan jelaskan kepada mereka," katanya.

Tengku Adnan berkata, jemputan itu dibuat Anwar melalui satu surat kepadanya.

2 ulasan:

  1. bodohnya kan kalau byk makan duit rakyat.. otak jadi tk boleh berfikir.

    ini kes dari perancis, takde kena mengena nk kucar kacirkan negara. kalau barat nk malaysia ni, mlm ni dia org boleh bom mcm iraq.

    yg kucar kacirkan negara mereka yg berkuasa tetapi jahat lah. kenapa salahkan org lain yang mencari kebenaran?

    salahkan lah tertuduh yg jadi dalang mengebom altantuya tu.

    BalasPadam
  2. KAH..KAH..KAH..MMG MCM TUY PERANGAI ORANG UMNO NI..BODOH TAK BOLEH BERFIKIR..DIA INGAT RAKYAT MCM DI TAHUN 90AN LAGI BOLEH TIPU SENANG SENANG JER..TU LAH KEBENARANYA

    BalasPadam