tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Rabu, 26 Disember 2012

ASAL USUL FELDA YANG SEBENAR TERBONGKAR-VIDEO INCLUDED


kera jaan tamak kubur pon digali krn tanah punya psl


KUBUR ISLAM PENGERANG DIGALI Tanpa Pengetahuan WARIS


Pada 22hb Disember, Gabungan NGO Pengerang (GNP) telah menerima aduan daripada seorang pemilik tanah di Kampung Sebong bahawa tanahnya telah diceroboh oleh dua syarikat, iaitu ICEDECOR BINA SDN. BHD. dan PIJ HOLDING SDN. BHD. Beliau telah membuat laporan polis pada hari yang sama. Beliau beritahu kami bahawa rasa tidak puas hati kerana dia tidak pernah menerima notis pengambilalihan tanah atau Borang E dari mana-mana pihak sebelum ini.

Selepas itu, tuan tanah tersebut membawa laporan polis ke tanah miliknya untuk menghentikan kerja-kerja penggalian kubur. Kakitangan kontraktor juga tergesa-gesa untuk mengemaskan alat-alat kerja selepas menggali 5 kubur. Sebuah kubur yang sedang digali juga dikebumikan sebelum mereka meninggal tapak perkuburan tersebut. Kami juga mendapati beberapa batu nisan yang kontraktor tidak sempat ambil telah ditinggalkan di tempat tersebut.



Penggalian kubur di Kampung Sebong telah dihentikan kerana penduduk kampung melaporkan polis.



Antara batu nisan yang dicabut ditinggalkan di bawah pokok.
Pada 23hb Disember, seorang ahli Gabungan NGO, En. Yusoff, telah memasuki kawasan penggalian kubur di Kampung Jawa Darat untuk mendapat maklumat yang selanjut. Wakil dari JPDC (JOHOR PETROLEUM DEVELOPMENT CORPORATION) menjamin bahawa semua kubur yang digali tidak mempunyai waris. Baliau juga berkata, sekiranya kubur berwaris digali, kontraktor akan memikul tanggungjawab sepenuhnya. Pada masa yang sama, seorang jurugambar telah dihalau dari kawasan penggalian kubur tersebut. Pada waktu petang, bendahari GNP, Chua Peng Sian, telah menerima satu panggilan dari seorang Inspektor di IPD Kota Tinggi. Pegawai tersebut meminta beliau supaya jangan campur tangan dalam isu penempatan semula perkuburan Islam.

Pada 24hb Disember, kami menerima maklumat dari penduduk bahawa sesetengah kubur berwaris di Kampung Jawa Darat telah digali, dan waris-waris kubur tersebut tidak mengetahuinya. Waris-waris itu merancang untuk membuat laporant polis, tetapi telah ditangguhkan setelah beberapa ahli politik yang menghubungi mereka.

Pada pukul 11 pagi, sebuah kereta ronda polis keluar dari tapak perkuburan tersebut, seorang inspektor mengingatkan ahli-ahli GNP yang baru sampai situ bahawa orang Cina tidak boleh menghampiri kawasan penggalian kubur dan tidak dibenarkan mengambil gambar, inspektor tersebut juga memesan ahli GNP jangan menghubungi wartawan akbar Cina untuk temubual.

Selepas setengah jam, ahli GNP melihat dua orang pegawai Kesihatan baru tiba di kawasan kerja, dan di ikuti seorang imam memasuki kawasan kerja dengan menaiki kereta kontraktor, kami tidak lihat kehadiran pegawai dari Jabatan Agama pada masa itu. Pada waktu petang, kami dimaklumkan bahawa seorang waris yang tidak berpuas hati dengan kubur nenek moyangnya digali telah bertengkar dengan pegawai kontraktor di Kampung Punggai.



Keadaan tanah perkuburan Islam baru di Kampung Punggai bertakung dengan air selepas hujan kerana aras tanah yang rendah.


Pengendalian kerja-kerja pemindahan kubur yang tidak sempurna menyebabkan ada antara batu nisan yang petah kerana kecuaian pekerja kontraktor.




Terdapat juga kubur-kubur yang sudah tenggelam.

Menurut lesen bagi penggalian semula kubur yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri Johor, lesen yang dipegang oleh kontraktor cuma dibenarkan untuk menggali 198 buah kubur Islam lama yang tidak berwaris di Lot 5156 Kampung Telok Empang. Namun, kontraktor telah menggali kubur Islam di Kampung Jawa Laut, Kampung Jawa Darat dan Kampung Sebong dalam beberapa hari ini, mereka juga telah menggali kubur yang berwaris.

Kami mengutuk keras kepada anggota polis yang cuba campur tangan dalam kebebasan media untuk melaporkan berita dan kami akan memberi bantuan kepada waris-waris kubur yang telah digali oleh kontraktor.

Kami juga ingin meminta Pejabat Setiausaha Negeri Johor untuk mengesahkan bahawa adakah kontraktor telah melangar peraturan lesen menggali semula kubur yang dikeluarkan dan telah menggali kubur Islam yang tidak dibenarkan. Kalau tidak, kami akan membantu penduduk-penduduk untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pejabat Setiausaha Negeri Johor dan kontraktor-kontraktor yang terlibat.

Kapten Haji Hasnul Bin Ahmad
Naib Pengerusi
Gabungan NGO Pengerang
26hb September 2012

bile YB2 Pas buat Koje....!!!


Tengok neh YB Pas buat Koje....!!!








Ketua Muslimat PAS Malaysia, Yb. Hjh. Siti Zailah Mohd Yusuf merangkap Ahli Parliman Rantau Panjang menghantar sendiri sumbangan banjir dengan lori kepada mangsa banjir di Rantau Panjang.

Berjuang demi rakyat. Semoga Allah mempermudahkan urusan bantuan. Allahu Akbar!


 


YB Mohd Nassuruddin Haji Daud, ADUN Meranti merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan memandu sendiri bot untuk memindahkan penduduk kampung ke kawasan selamat di Pasir Mas.

( Video ) TNB Kenakan Caj 200% - 500% - INFO 12




  

Bongkar!! Rupanya Ini Muslihat TNB Pasang Meter Digital.. 

PENEROKA FELDA TERTIPU BERVIDEO



Siapa yang mengatakan felda ditubuhkan oleh Tun Razak??? Tun Razak sama sekali tidak terlibat dalam penubuhan FELDA. Untuk keterangan sila dengar penjelasan video di atas...

Geran yang dikeluarkan oleh FELDA dalam penerangan video di atas untuk semakan....

Selasa, 25 Disember 2012

LOGO PROTON LOGO CIPLAK?




https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/c0.0.403.403/p403x403/269437_401387983266877_1608038583_n.jpg


kalau persamaannya sikit boleh diterima tapi kalau dah 100% sama apa cerita???

umno cawangan pakistan skang d barisan depan


Pejuang keadilan - Ni ja yang tinggal, umno dijajah geng blackie!


Takda sorang pun di barisan depan BERMUKA MELAYU !

Isnin, 24 Disember 2012

adikbradik menipu rakat



Adik Najib Mungkir Janji : Gambar & Video Pekerja CIMB Berdemo Di Hadapan SOGO












UTANG KERAJAAN P.PINANG!!! Zaman BN RM 630 Juta, Zaman DAP 95% dibayar baki RM 30 Juta bukti pemimpin pakatan berkaliber






GEOGETOWN, 10 OKTOBER: DAP hari ini menjawab dakwaan yang dibuat oleh Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek melibatkan pertikaian laporan audit yang telah dikeluarkan oleh ketua Audit Negara berhubung pengurangan hutang kerajaan Pulau Pinang sebanyak 95 peratus dariRM630 Juta pada Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir 2011.
Disifatkan sebagai tuduhan terdesak, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata tindakan yang dilakukan oleh MCA itu seolah mempertikaikan laporan serta pengiktirafan yang dikeluarkan oleh Laporan Audit Negara.
“Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutang negeri kerana kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini mencapai perjanjian penstrukturan semula aset air dengan kerajaan persekutuan,
“Saya sudah jelaskan kepada Chua, tetapi beliau masih membangkitkan isu ini semasa debat umum pada 8 Julai lalu, kerajaan Pakatan Rakyat tegas dalam tuntutan tersebut untuk melindungi kepentingan negeri dan inilah hakikat yang tidak dapat dibuat oleh kerajaan lama”. ujar beliau.Jelasnya, pengurangan hutang sebanyak 95 peratus ini mencatatkan rekod tertinggi di Malaysia dan tiada negeri lain yang berjaya mencapai persetujuan yang sama dengan Kerajaan Persekutuan.
“Pengurangan hutang negeri yang mencatatkan lebihan setiap tahun bukti pengurusan kewangan kerajaan Pakatan Rakyat adalah cekap dan mampu mengukuhkan tahap kewangan negeri Pulau Pinang,” tambah beliau.Dalam nada sinis soal Guan Eng, sekiranya MCA tidak setuju dengan pengurangan hutang negeri Pulau Pinang, adakah MCA akan mencadangkan Pulau Pinang mengikut tunjuk ajar kerajaan persekutuan dan meningkatkan hutang?

hutang 500 bilion angkara najib rakyat tanggung akibatnye




SETIU:Kerajaan Pakatan Rakyat bakal menanggung bebanan hutang melebihi RM500 bilion jika Umno dan Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasanya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata kerajaan Pakatan Rakyat dapat Putrajaya pun tidak seronok sebab negara ini di ambang bankrap.

Ini kerana, katanya, hutang negara kini mencecah lebih RM500 bilion di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Menurutnya, sewaktu pemerintahan bekas PM terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi hutang negara berjumlah RM250 bilion.

“Ini bermakna, hutang negara tiga tahun di bawah Perdana Menteri Najib mengatasi jumlah hutang yang dibuat oleh lima PM terdahulu,” jelasnya ketika berucap pada majlis minum petang sempena perasmian Pasti dan Surau As-Sakinah di Kampung Gong Tengah, Merang, petang semalam.

Ahad, 23 Disember 2012

KETUA PENERANGAN ANAK DITANGKAP DAN DIIKAT







Insiden ini bermula di Felda Kampung Awah, apabila Ketua Penerangan ANAK, Noraza Muda(gambar) telah ditangkap dan diikat oleh polis bantuan di Felda terbabit. Tindakan itu mencetuskan kemarahan ramai pihak hingga dia dibebaskan akhirnya.



Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, walaupun konvoi mereka bermula dengan baik di Felda Bukit Kepayang, Bera, namun keadaan itu tidak berkekalan apabila mereka bergerak ke Felda Kampung Awah.

"Kami bermula dengan baik di Felda Bukit Kepayang, dapat berjumpa orang ramai, edar risalah di pekan sari dan tiada sebarang sekatan.

"Tetapi bila kami mula disekat di Felda Kampung Awah. Pihak Rela yang saya yakin diperalatkan pihak tertentu, menutup pintu pagar dan membuat sekatan di pondok pengawal," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau juga memberitahu, peserta Kembara Oren turut dihalang masuk ke Jengka 23 dan Jengka 12.

Lebih teruk lagi katanya, mereka tidak dibenarkan solat Asar di Masjid Jengka 12 menyebabkan mereka terpaksa menapak kira-kira 1 kilometer ke masjid lain yang berdekatan.

"Pihak Rela buat kubu sekat kami masuk. Pihak polis daerah pun ada.

"Alasan tak bagi kami masuk, penduduk tak terima kehadiran kami sedangkan saya yakin kira-kira 150 orang yang membuat benteng manusia itu, bukan semua penduduk Felda itu. Orang luar disuruh pihak tertentu," katanya lagi.

Malam tadi pihak terbabit menghalang rakyat untuk pergi ke lokasi ceramah di Jengka 11. Ini menyebabkan mereka terpaksa berjalan kaki sejauh 1 kilometer untuk ke lokasi ceramah.

Sabtu, 22 Disember 2012

Mahasiswa Berkhemah Kena Penjara, Perogol Mengaku Salah Dibebas





KUALA LUMPUR 21 DISEMBER: Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengkritik pihak berkuasa yang bersikap dwi-standard dalam pelaksanaan undang-undang terhadap rakyat.

“Bandingkan kes rogol dan berkhemah kerana memperjuang hak, rogol itu lebih serius tetapi boleh dibebas. Jelas ada dwi-standard,” kata Pengarah Biro Mahasiswa, Saifullah Zulkifli.

“Sebenarnya undang-undang kita banyak diatur tangan-tangan politik, ikut selera pemerintah. Mana-mana tindakan yang tak disenangi dikenakan tindakan,” katany kepada Keadilan Daily, hari ini.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap mahasiswa ‘Occupy Dataran’ Umar Mohd Azmi atas alasan menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas, 23 April lalu.

Umar didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada ‘menangkap dan mengiringi’ aktivis, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin ketika berkhemah di Dataran Merdeka jam 8 pagi 22 April lalu.

Sekumpulan mahasiswa berkhemah sebagai bantahan terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak adil.

Suasana ini berbeza dengan keputusan kes seorang pemain boling tenpin kebangsaan, Noor Afizal Azizan yang dibebaskan Mahkamah Sesyen walaupun mengaku bersalah merogol gadis bawah umur, Ogos lalu.

Mengenai Umar, Saifullah menyifatkan mahasiswa itu sebagai antara contoh kebangkitan anak muda yang berjuang untuk kebebasan bersuara dan melontar idea.

Akhirnya Umno BN mengakui mereka telah rembat hak rakyat Selangor



Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed akhirnya mengaku bahawa pemimpin Umno telah menyeleweng dan mengkhianati amanat rakyat semasa pentadbiran BN di Selangor sebelum tahun 2008.

"Mengapa perlu mengungkit semua isu ini? Segala yang silap berlaku sebelum 2008.
Amboi amboi.. sedapnya dia cakap... "mengapa perlu ungkit isu itu?". Kau orang haram jadah dah rebat, dah kebas harta rakyat... lepas tu... sedap-sedap je cakap.... jangan ungkit kisah lalu... !!! Lu betul pariah punya Datuk!!!

"Kami (BN) berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008, PM juga telah mengaku silap dan kami juga mengaku kelemahan dan memohon maaf," katanya.

Amboi amboi... minta maaf je??? senangnya..!! Dah kebas hak rakyat berbillion ringgit.... bila Pakatan Rakyat dedahkan... kamu main minta maaf je..? Nasib baik Pakatan Rakyat dedahkan penyelewengan Umno BN, kalau tak... selama itulah rakyat diperbodohkan oleh syaitan bernama Umno!

Mohd Zin menegaskan demikian sewaktu diminta mengulas dakwaan-dakwaan DAP berhubung pemilikan 24 keping tanah oleh BN yang didakwa dibeli secara murah sewaktu BN mentadbir Selangor.

Jumaat, 21 Disember 2012

RM207 bilion......mana perginya duit tu????





Keengganan Menteri Kewangan menjawab persoalan berkaitan RM207 bilion wang pampasan kepada waris buruh paksa landasan keretapi Siam - Burma hanya menambahkan kebimbangan jika wang tersebut disalahgunakan. - INI LEBIH MEMBURUKKAN LAGI IMEJ UMNO/BN MENJELANG PRU AKAN DATA

NG!!..DASAR PENYAMUN TITIK PELUH RAKYAT PUN NAK ROMPAK..KAH..KAH..KAH

Rabu, 19 Disember 2012

PDRM guna Ninja 250 !


Motor Ninja ni pernah menjadi idaman semasa remaja dulu. Teringin nak beli dan pakai tapi duit tak ada. Jika ada di kalangan mat rempit atau peminat motor yang berminat miliki sebuah motor Kawasaki Ninja 250 ni, ada cara mudah tak perlu ada duit untuk dapatkannya.

Caranya dalah dengan menyertai pasukan Polis Di Raja Malaysia. PDRM kini menggunakan Ninja 250 sebagai motor buat mereka meronda mencegah jenayah trafik dan lain-lain. Baca sumber

SAINSTIS MALAYSIA TEMUI SPESIS BARU (GAMBAR)








Petunjuk Besar Pilihanraya: Peguam Negara Arahkan Saman AES Dibekukan





Jabatan Peguam Negara beku saman AES

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dibekukan untuk mengkaji isu perudangan yang dibangkitkan.


Kenyataan yang dikeluarkan AGC hari ini selepas rungutan pelbagai pihak terhadap AES yang sudah mengeluarkan hampir 300,000 saman sejak ia dimulakan pada 23 September lalu.


“Semua prosiding berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diarah ditangguhkan sementara sehingga beberapa isu bersifat undang-undang dan teknikal diselesaikan.


” Kenyataan itu turut menyebut saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah, bagaimanapun pihaknya mengambil berat beberapa perkara undang-undang dan teknikal yang ditimbulkan berikutan pelaksanaan saman tersebut.


“Keputusan akan dibuat dalam beberapa hari berhubung isu di atas,” kata AGC melalui satu kenyataan hari ini.


“Berikutan empat saman AES yang digugurkan kerana tidak cukup bukti, AGC akan mengkajinya semula dan akan mendaftarkannya jika mahukan pendakwaan,” tambahnya.


Dalam laporan The Malaysian Insider hari ini, Putrajaya dikatakan akan membekukan kamera AES untuk mengelakkan saman berganda dengan sistem saman polis yang boleh menambahkan kesusahan kepada pengguna jalan raya.


Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.


Pihak polis yang menguatkuasakan undang-undang hadlaju, berkata mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek denda dua kali bagi pemandu ingkar.


“Kerajaan sedang mempertimbangkan membekukan pelaksanaan AES disebabkan pertindihan sistem saman. Ini akan menyebabkan kesusahan,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.


Beliau juga menyatakan beberapa ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) juga meminta kerajaan untuk menghentikan pelaksanaan sehingga semua pandangan dipertimbangkan.


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut menuntut JPJ memulangkan semula bayaran oleh pesalah trafik yang dikenakan saman kamera AES selepas membawa kes tersebut ke mahkamah.


Ahli parlimen Pokok Sena itu mendakwa agensi kerajaan tersebut menghentikan sementara penguatkuasaan kamera perangkap laju tersebut ekoran langkah semalam apabila menarik balik saman tersebut ke atas mereka yang dihadapkan ke mahkamah. -TMI



Kase desak kerajaan umum batal saman AES


KUALA LUMPUR: Pihak Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendesak kerajaan mengumumkan pembatalan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana masalah teknikal.


Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar menyatakan demikian berdasarkan kepada beberapa orang kena saman (OKS) yang hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini.


Bercakap pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini, beliau berkata pihak pendakwa telah mengambil surat saman AES daripada OKS berkenaan dan mengarahkan pulang.


"Perkembangan ini sangat mengejutkan kerana tanpa penerangan yang jelas tentang saman yang dikeluarkan.


Kita minta pendakwa raya seharusnya memberi penjelasan tentang kedudukan saman AES yang ditarik balik.


Ini menunjukkan ada yang tidak betul dalam proses mengeluarkan saman," katanya.


Jelas Mahfuz sepatutnya kerajaan mengumumkan secara rasmi bahawa 26,899 saman yang dikeluarkan harus dibatalkan oleh kerana pendakwa telah menarik balik saman ke atas OKS.


Malah katanya, kerajaan digesa mengembalikan semula wang saman AES OKS sama ada melalui bayaran denda atau bayaran kompaun.


"Bagi mereka yang bayar kompaun RM300 atau didenda, surat saman mereka sudah tidak betul kerana masalah teknikal, jadi wang yang dibayar kepada kerajaan adalah haram dan kerajaan wajar bayar balik kepada mereka.


Kerajaan seolah-olah pengutip wang haram," katanya.


Bukan itu sahaja, katanya kerajaan juga harus membatalkan semua waran tangkap yang dikeluarkan kepada OKS yang tidak menghadirikan diri ke mahkamah.


Sementara itu, di Mahkamah Putrajaya, peguam Kase Zulhazmi Sharif memberitahu pendakwaraya mengumumkan semua saman AES ditarik balik kerana terdapat kesilapan teknikal.


Manakala di Mahkamah Kuala Lumpur pula, beliau dimaklumkan pegawai pendakwaraya hanya mengutip saman daripada OKS kemudian mengarahkan mereka pulang.


"Pada 4 Disember lepas, seorang OKS tidak mengaku salah dan sepatutnya hari ini pendakwaraya menyerahkan dokumen tetapi pendakwa pula memohon tangguh sebulan kerana dokumen tidak lengkap," tambah beliau.


Beliau percaya apa yang berlaku hari ini kemungkinan besar ekoran bantahan yang Kase diadakan pada 10 Disember lalu. -HD



PKR bongkar bekas pegawai tinggi polis miliki 10 aset rumah





PKR bongkar bekas pegawai tinggi polis miliki 10 aset rumah
PETALING JAYA 18 Dis: PKR hari ini bongkar pemilikan aset bekas pegawai tertinggi polis pada 1999, berupa 10 unit rumah persendirian di sekitar Kuala Lumpur.
Dedah Pengerusi Biro Kepenggunaan, Yahya Sahri, aset-aset yang tidak diisytiharkan tersebut, antara kondominium bernilai RM400,000 dan pangsapuri kos rendah sekitar RM25,000.

"Aset-aset tersebut atas nama bekas pegawai polis itu dan isterinya. pendedahan saya ini meliputi harta beliau di Kuala Lumpur sahaja, tidak termasuk Melaka," katanya sambil memberi pembayang , pegawai berkenaan berasal dari Melaka.

Yahya juga mendedahkan, bukti pemilikan aset pergawai teersebut melalui carian rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan beliau mempunyai empat rumah di Taman Mirhaja, empat di Wangsa Maju, satu di Taman Sentosa, Petaling Jaya dan satu lagi di Desa Kiara, Damansara Utama.

"Apa yang kita persoalkan, rakyat biasa begitu sukar nak beli rumah. Jangankan kondominium, pangsapuri kos rendah pun payah, tapi seorang pegawai polis boleh begitu mudah miliki sampai 10 buah rumah," kata Yahya.

"Justeru, kita minta penjelasan DBKL berhubung pemilikan tersebut,' sambung beliau.

Tambahnya, banyak lagi penyelewengan berhubung aset dan hartanah yang bakal didedahkan dan ini adalah siri pertama pendedahan tersebut.

"Kita akan dedahkan banyak lagi penyelewengan berhubung isu kepenggunaan, sampailah pilihan raya nanti," jelas Yahya.

Setelah 3 Tahun Berlalu, Ini Gambar Terbaru Stadium 'Runtuh' Di Terengganu




Gambar ni tersebar luas di FB geng geng Tranung.Inilah foto terkini Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang runtuh pada 2 Jun 2009 lalu.Di bahagian dalamnya begitu terbiar dan dipenuhi semak samun.


Bila agaknya ia akan dibaik pulih. Ratusan juta duit dihabiskan untuk membina stadium ini,akhirnya yang rugi rakyat Terengganu.Lambang keagungan dan kemegahan ciptaan Umno di Terengganu

Selasa, 18 Disember 2012

Terkini!! Semua Saman AES Sekitar KL Di Tarik Balik..






Ini adalah status fb dari lawyer Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang kini berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Menurut Zul Hazmi, semua saman AES di sekitar KL di tarik balik ekoran dokumen JPJ belum lengkap untuk diserahkan kepada mahkamah.

Ini membuktikan AES gagal, kerana tindakan tergesa-gesa kerajaan untuk melaksanakan AES adalah untuk mengayakan kroni bukannya bertujuan untuk mendidik rakyat supaya mematuhi undang-undang jalanraya..

Terakam gambar Malaikat di Masjid Nabawi...?



Lihat rakaman yang diselitkan dibawah. Ia dikatakan susuk tubuh malaikat yang menjelma sebagai manusia yang bercahaya. Susuk tubuh itu sedang kyusuk mendengar Khutbah jumaat di Masjid Nabawi.

Apa pendapat anda terhadap rakaman tersebut? ada yang sebaik saja melihatnya terus menafikan bahawa ia adalah gambar malaikat. Ada juga yang berkata ia adalah rakaman Jin dan ada juga yang berpendapat ia adalah buat-buatan.

Walau apapun kata orang, anda sendiri yang perlu memutuskannya. Persoalannya adalah samada anda percaya kewujudan Malaikat atau tidak? kalau percaya maka anda tentu juga percaya bahawa Malaikat boleh menjelmakan dirinya sebagai manusia.

(Gambar) Sambutan Hambar Rakyat Perlis Di Himpunan Kebangkitan Rakyat





Ribuan rakyat Perlis hadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Perlis. Antara kepimpinan  yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS Abang Mat Sabu dan Saifuddin Nasution dari PKR.

 

SIAPA AGAKNYA PEGUAM YANG MEMBANTU NAJIB DAN ROSMAH MEMBUAT AKUAN BERSUMPAH BALASUBRAMANIAM







KESAHNYA KE TAHAP INI


dari pengakuan deepak
seorang peguam yang terkenal
telah membuat akuan bersumpah nya
yang menafikan bahawa najib pernah mengentot altantuya


deepak tahu nama peguam ini
dalam temu bual dengan harakah
nama peguam ini telah dipadamkan
tetapi nama ini terus muncul


nama peguam ini pula
bekaitan pula dengan sprm
suruhanjaya yang telah berjaya
membunuh teoh beng hock dan sarbini


bukan saja sprm berjalan selamat dari tuduhan membunuh
malah ada anggota sprm ini yang berusaha
untuk menutupm keterlibatan najib dan rosmah
dak pembunuhan siti aminah altantuya




INI CECIL REJENDRA SEORANG PEGUAM


dan


JUGA SEORANG SENIMAN PENYAER


BUKAN


CECIL RAJENDRA BUKAN TAN SERI CECIL




JANGAN SILAP FAHAM


JANGAN PAKAI TEKAN TEKAN


INI CECIL PEGUAM BAIK


KAH KAH KAH


KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH


NOTA:

ini nama dari laman resmi sprm siapakah agaknya diantara nama nama ini yang membantu najib dan rosmah
untuk membuat akuan bersumpah mata mata gelap balasubramaniam





Keanggotaan Panel Penilaian Operasi

Tan Sri Datuk Dr. Hadenan bin Abdul Jalil

Tan Sri Dato’ Cecil Abraham

Datuk Dr. Hamzah bin Kassim

Dato’ Zamani bin Abdul Ghani

Datin Aminah binti Pit Abdul Rahman

Profesor Dr. Syed Noh Syed Ahmad

Tuan Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff

Tuan Walter Sandosa






Questions over MACC-lawyer link to Bala’s second SD

KUALA LUMPUR, Dec 17 ― The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) was today dragged into a row over questions surrounding a lawyer on its operations panel who is alleged to have drafted private investigator P. Balasubramaniam’s controversial second sworn statement on the 2006 death of Altantuya Shaariibuu.


Former minister Datuk Zaid Ibrahim suggested today that a key member of the MACC’s five check-and-balance mechanism responsible for closing the file on the case may have had a direct hand in doing so, fuelling questions on the extent of a possible cover-up into the explosive crime that has put two elite police commandos on death row and sent the private investigator into exile.

The lawyer-turned-politician wrote in his blog that both the Attorney-General and the MACC have “conveniently refused to investigate the allegations made by the private investigator P. Balasubramaniam, who apparently got the information from Abdul Razak Baginda, and whose claims have been corroborated by carpet merchant Deepak Jaikishan”.

He reminded Malaysians that Balasubramaniam ― popularly known as PI Bala ― had made a second statutory declaration (SD) cancelling his first sworn statement made a day earlier that the police had suppressed key evidence.
“This second declaration was prepared by a well-known lawyer whom he did not know. Deepak named this fa


KERANA SEMUA INI
KITA WAJIB KE JALAN RAYA
SEBELUM KE PILIHAN RAYA


------

Khamis, 13 Disember 2012

Malaysia juara dunia dalam kategori rasuah..


Tahniah Najib!! keranamu Malaysia telah dinobatkan sebagai Juara Dunia..


Sebagai rakyat Malaysia kita sewajarnya mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak kerana hasil dari usaha gigih dan agenda transformasi yang dibawanya..

Kerana agenda transormasi yang dibawanya, negara kita Malaysia kini telah dinobatkan sebagai juara dunia dalam kategori rasuah..


Transparency International berkata Malaysia adalah negara terburuk dalam pada 2012 . Hampir 3,000 eksekutif dari 30 negara sama ada mereka telah kehilangan kontrak pada tahun lepas kerana pesaing membayar rasuah, keputusannya,di Malaysia, 50% daripada bancian berkata 'ya'.

Tempat kedua adalah Mexico, yang berada di 48%. Menurut Wall Street Journal, Jepun disenaraikan sebagai tempat kurangnya rasuah di dunia untuk menjalankan perniagaan, dengan hanya 2% daripada responden .

Sebaliknya Singapura berjiran dengan Malaysia adalah kedua paling bersih, yang merupakan 9%. Malah Indonesia, dengan reputasi lama untuk rasuah, meningkat lebih baik daripada dan lebih maju dari Malaysia.

Sebagai perbandingan, 27% daripada responden di China berkata mereka fikir rasuah ialah kos mereka perniagaan, menurut laporan itu.

"Ia menunjukkan sikap syarikat-syarikat swasta di Malaysia, menunjukkan bahawa rasuah dalam sektor awam boleh sistemik dan dalam erti kata yang diinstitusikan," Paul Low, presiden bab Transparency International Malaysia, katanya.


Transformasi kepala bapak hang Najib!! buat malu bangsa dan negara saja!!


Sekadar hiasan.

[KD] KUALA LUMPUR 13 Dis: Ahli perniagaan Deepak Jaikishan bercadang untuk menerbitkan buku setebal 26 halaman bagi mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kontroversi berhubung model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.

Buku itu katanya, akan menceritakan urutan peristiwa sejak beliau diminta oleh Rosmah untuk memaksa P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun (SD) kedua, seperti didakwanya, sehinggalah kepada wawancaranya dengan beberapa portal berita semalam.

SD kedua itu menyebabkan Balasubramaniam menukar keterangan dalam SD pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya.

“(Ia akan memuatkan kisah) dari hari pertama saya terima panggilan sehingga ke hari ini – semua kebenaran, semua fakta. Saya akan rampaikan semua SMS dan panggilan yang saya terima,” katanya dipetik Malaysiakini.

Buku itu akan dilancarkan Isnin depan dan boleh diperolehi secara bercetak dan dalam talian, tambahnya.



Deepak

Selain itu, beliau juga akan menerbitkan autobiografinya sendiri, susulan kepada penerbitan biografi Rosmah – yang didakwa sebagai seorang kawan baik wanita itu sebelum ini.

“Datin Seri Rosmah membuat keputusan bijak untuk menerbitkan autobiografinya. Atas cadangan seorang rakan media, pagi tadi (semalam) saya bersetuju untuk menerbitkan dua buku ini,” katanya.

Atas rasa hormat kepada Rosmah, kata Deepak, beliau akan melancarkan buku autobiografi tersebut sehari selepas pelancaran buku isteri perdana menteri itu.

Buku tulisannya itu akan digarap bagi mengisi masa lapangnya apabila beliau mula menetap di Burma tidak lama lagi.


P/s: Jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku paling panas setakat ini!

ANGKARA SAMSENG TAIK KUCING!!! Ketua PAS Cawangan ditikam, skrin bola pemuda PAS ditumbangkan


Ketua Pas Cawangan Lubuk Durian, Ismail Muhammad, 45, menerima tiga jahitan di punggung, selepas ditikam dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki di hadapan sebuah kedai roti canai di Kampung Talak Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam, sementara menunggu pesanan roti canai, beliau membantu mengunting nombor bertuah untuk penyokong Harimau Malaya yang datang menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 bertemu dengan Thailand.

Bagaimanapun, beliau dikejutkan dengan bunyi skrin besar yang dipasang Pemuda Pas Dun Wakaf Bharu untuk siaran langsung perlawanan bola tersebut tumbang. Ismail berkata, terkejut dengan bunyi kuat itu, beliau segera keluar dari kedai untuk ke lokasi kejadian dan ternampak seorang lelaki sedang memotong tali ikatan skrin.


“Dalam masa sama saya lihat lelaki berkenaan memijak skrin tersebut. “Saya menegur perbuatannya tetapi dia terus melibas pisau ke arah saya dan terkena dibahu, menyebabkan saya mengalami luka kecil,” katanya.

Menurutnya, bimbang dirinya diapa-apakan lelaki itu, beliau cuba melarikan diri tetapi dengan tiba-tiba lelaki tersebut menikamnya dari belakang dan terkena di punggung.

“Akibat kejadian itu saya di bawa ke Unit Kecemasan Hospital Tumpat dan menerima tiga jahitan, seterusnya membuat laporan polis di Balai polis Chabang Empat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintandan Sharipudin Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – s/h