tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Sabtu, 31 Mac 2012

Scorpene: Peguam sudah akses kertas siasatan

 



8 Jamadil awal 1433H,

KUALA LUMPUR 31 Mac: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, peguam yang mewakili Suaram dalam kes perbicaraan rasuah kapal Selam Scorpene di Perancis, sudah mendapatkan akses kepada kertas siasatan.

Katanya, pihaknya masih menunggu pendedahan mengenai kandungan kertas siasatan berhubung pembelian Scorpene bernilai RM7.3 bilion itu.

“Paling penting, kertas siasatan telah sampai ke tangan peguam dan kita akan lihat apa kandungan dalam fail tersebut selepas mendapat nasihat dari mereka.

“Mahkamah sudah beri akses kepada peguam dan mereka sedang mengkaji dokumen tersebut mengikut undang-undang Perancis kerana ada beberapa had yang  perlu dipatuhi mengenai apa yang boleh dan tidak boleh didedahkan,” katanya yang menambah mengikut undang-undang Perancis, fail berkenaan tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia.

Menurutnya lagi, Suaram juga akan cuba membawa peguam yang mewakili mereka iaitu Wiliam Bourdon atau Joseph Breham untuk datang ke Malaysia bagi memberikan taklimat.

Bagaimanapun, katanya, Suaram perlu mengkaji aspek keselamatan mereka terlebih dahulu, ekoran insiden pengusiran Bourdon oleh kerajaan Malaysia pada 2011.

Tambah beliau, wakil Suaram juga akan dimaklumkan oleh mahkamah mengenai tarikh yang sesuai untuk mereka hadir ke mahkamah Perancis bagi memberikan keterangan.

“Kita akan adakan mesyuarat mengenai informasi dari mahkamah, bilakah kita sepatutnya akan pergi ke sana. Namun kita jangkakan pada April nanti,” ujarnya.

Mengenai saksi lain yang akan dipanggil, katanya, Suaram akan memberikan cadangan kepada hakim dilantik selepas memberikan keterangan di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance) itu nanti.

Najib membisu kerana takut

Dua kapal selam itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.

Perimekar Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda iaitu kenalan rapat kepada Najib, dibayar 114 juta euro atau RM540 juta sebagai komisen.

Syarikat DCNS, yang membekalkan dua kapal selam itu sebelum ini didakwa membayar sogokan jutaan ringgit kepada pegawai dan pemimpin tertinggi Malaysia- yang menjadi kesalahan di bawah undang-undang Perancis.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, sikap membisu Najib menggambarkan ketakutan perdana menteri itu untuk memberikan penjelasan mengenai peranannya dalam skandal berkenaan.
“Najib tak beri apa-apa respon setakat ini dan masih membisu. Respon hanya datang dari menteri pertahanan walaupun isu ini cukup besar, penting dan serius melibatkan pembelian Scorpene bernilai RM7 bilion dan komisen RM540 juta.

“Dia mempunyai sejarah dalam kes ini sejak permulaan. Sebab itu dia dilihat tidak berani ke depan untuk memberi penjelasan secara terang dan telus tentang apa yang berlaku,” tegasnya.

Dalam masa yang sama, katanya,  Pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan membuka kertas siasatan, sepertimana dilakukan pihak berkuasa Perancis.-Kd

Serangan Ke Atas Guan Eng, UMNO NS Perlu Bertanggungjawab

Bergambar]

Umno NS BERTANGGUNG JAWAB KE ATAS INSIDEN SERANGAN KETUA MENTERI P.PINANG.

Parti Keadilan Rakyat Rembau menggesa Umno (Seremban) Negeri Sembilan mengambil tanggungjawab penuh dengan memohon maaf dan mengambil tindakan dengan terhadap ahli dan pemimpin mereka yang terlibat dalam serangan bersifat perkauman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang. Dalam kejadian tersebut beberapa orang telah cedera termasuk seorang wartawan yang dipukul beramai ramai oleh penyerang.

Bersama kenyataan media ini di sertakan sebahagian bukti bergambar yang mengaitkan ahli dan pemimpin Umno (Seremban) N.Sembilan terlibat dalam kejadian tersebut. Dalam gambar tersebut jelas kelihatan penyerang mengenakan kemeja dan topi tertulis Pemuda Umno Seremban.

Pada hari yang sama (berdasarkan maklumat yang ada) sememangnya pemuda Umno dari Negeri Sembilan berada dan berkumpul dalam program yang turut melibatkan pemimpin Umno Pulau Pinang. Selepas program tersebutlah mereka ramai - ramai berkonvoi dan melakukan jenayah serangan 'gaduh gempar di tempat awam'. Ini jenayah serius kerana serangan jenayah ini dilakukan kepada Ketua Menteri P.Pinang dalam majlis rasmi.

Terdapat banyak rakaman boleh disaksikan dalam internet termasuk seperti You Tiub yang jelas penyerang dari Umno ini menjerit perkataan lucah dan menghina bersifat perkauman.

Telah dibuat beberapa laporan polis namun amat mengecewakan tidak ada tindakan serius diambil selepas itu. PKR Rembau juga akan membuat satu lagi laporan dengan menyerahkan bukti bergambar kepada pihak polis.

PKR Rembau mencabar Umno (Seremban) Negeri Sembilan untuk mengambil tanggungjawab penuh memohon maaf secara terbuka seterusnya menamakan semua ahli dan pemimpin mereka yang terlibat termasuk yang dibawah umur. Umno juga harus mengambil tindakn disiplin terhadap mereka jika Umno tidak merestui tindakan tersebut jika tidak jelas Umno sendiri terlibat dan merestui jenayah ini.

Rakyat diseru menilai insiden ini sewajarnya dan menjadikan ini satu lagi alasan kukuh untuk menolak Umno khususnya di N.Sembilan. Jelas Umno menjadi pelindung kepada gangsterisme dan mendidik anak anak muda termasuk bawah umur untuk menjadi penjenayah keganasan.

Sekian.

che'Gubard
Parti Keadilan Rakyat Rembau

* kenyataan ini dibacakan dalam sidang media pada 28 Mac, 11.30 pagi di Rahang, Seremban. Sidang media dihadiri oleh che'GuBard (Ketua Cabang Rembau), Ust Norazman Ahmad (Ketua Penerangan PAS NS), Sani Md Shah (Ketua AMK Rembau), Sharul (AJK PKR Rembau), Zubir (Pengarah P.raya PKR Rembau)

~edyesdotcom




Antara yang memakai baju dan topi Pemuda Umno NS bergambar ketika
berkumpul sebelum melakukan jenayah serangan terhadap ketua Menteri PP.
 
 
klik pada gambar utk lihat



Jelas terakam penjenayah yang menyerang dengan 'senjata' wartawan dalam kejadian tersebut



bersiap sedia untuk menyerang






Kenderaan dari NS



Antara pemimpin yang hadir ketika Umno berkumpul sebelum serangan





wajah penjenayah jelas terakam tetapi apa tindakan polis dan umno ?




Serangan fizikal sehingga serbu ke kereta ketika Ketua Menteri baru sampai



Penyerang majoriti terdiri dari pemuda berkemeja dan bertopi tertulis "Pemuda Umno Seremban"



Wartawan diserang beramai - ramai dan dipukul dihadapan awam tetapi polis hanya berdiam



Antara remaja (disyaki) bawah umur turut terlibat



Hutang Tajudin RM589 juta kerajaan boleh lupuskan, kenapa hutang PTPTN pelajar tak boleh

 

sabtu, Mac 31, 2012

Rancangan mengadakan himpunan peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di hadapan pejabat Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Anak-anak muda yang meminjam dari PTPTN tidak berpuas hati terhadap layanan keras terhadap mereka sedangkan hutang (Tan Sri) Tajudin (Ramli) berjumlah RM589 juta dihapuskan begitu sahaja oleh kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) begitu sahaja.

"Mereka bersungguh-sungguh mahu berhimpun menuntut pinjaman mereka juga dihapuskira," katanya.

Peminjam-peminjam PTPTN itu mempersoalkan mengapa mereka diburu dengan begitu keras dan kasar jika gagal membayar pinjaman sedangkan Tajudin mendapat layanan yang begitu istimewa, kata beliau.

"Mereka juga mahu hutang mereka dilupuskan seperti hutang Tajudin yang mempunyai kekayaan luar biasa itu.

"Peminjam-peminjam PTPTN itu bukannya bertaraf pengarah bukan bebas dan Pengerusi Bukan Eksekutif Edaran Berhad seperti Tajudin, mereka tidak ada Tanjung Rhu Resorts atau bot Azimut yang berharga sehingga hampir setengah juta dollar Amerika seperti Tajudin," kata Mohamad.

Beliau hairan mengapa Perdana Menteri boleh melupuskan hutang Tajudin itu sedangkan tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta.

"Mahkamah dah kata Tajudin kena bayar balik, tetapi kerajaan Najib lupuskan hutang itu," kata Mohamad.

Menurut beliau, kalaulah institusi-institusi kewangan mendapat perintah seperti itu terhadap rakyat tertindas, mereka tidak akan berkompromi.

"Mereka akan mengambil pelbagai tindakan untuk mendapatkan kembali hutang mereka termasuk mensita harta-harta peminjam atau meminta mahkamah mengisytihar si peminjam itu muflis.

"Tetapi Najib senang-senang write off hutang Tajudin sebesar RM589 milion. Kepentingan Tajudin dalam Edaran Berhad dan Tanjung Rhu Resort sedikit pun tidak diusik.

"Lepas ini bolehlah Tajudin mengajak Najib berseronok-seronok naik bot Azimut mengelilingi Langkawi," katanya.

Mohamad (gambar) meminta rakyat Malaysia sedar bahawa ini bukan kali pertama Tajudin mendapat layanan istimewa dari kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

"Dulu, selepas mengakibatkan pelbagai masalah kepada MAS akibat pengurusannya, Tajudin mendapat untung besar apabila menjual balik sahamnya dalam MAS kepada kerajaan dengan harga yang berkali ganda lebih tinggi dari harga pasaran.

"Zaman (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dapat jual saham dengan harga berkali ganda lebih tinggi kepada kerajaan, zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) Tajudin tidak diambil tindakan walaupun laporan bertulis telah dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan zaman Najib pula hutangnya sehingga RM589 juta dilupuskan.

"Adakah kerajaan Najib fikir para peminjam PTPTN mahu menonton begitu sahaja layanan istimewa kerajaan Umno kepada Tajudin?" beliau mempersoalkan,

Sebelum ini, Mohamad menyatakan bahawa pihaknya akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan untuk menuntut supaya PTPTN dihapuskan.

"Golongan korporat yang diberi pinjaman mudah boleh dihapus kira.

"Tapi pelajar yang akan berkhidmat kepada negara dipaksa untuk membayar hutang dengan begitu rakus dan kasar," katanya.

Sumber: Harakahdaily.net

SPR Buat hal lagi..Nagandran A/L Muthu mengundi di kg melayu

Nagandran A/L Muthu ,nombor kad pengenalan 731216086253 ,menjadi pengundi berdaftar di 059/14/09/001 Kampung Jelutong.,DUN Changkat Jering.Alamat pengundi India beragama Hindu ini didaftarkan di rumah Ustaz Abdul Kadir bin Saleh.

Ustaz Abdul Kadir Saleh menjadi pengundi berdaftar di 059/14/09/001 Kampong Jelutong dalam DUN Changkat Jering.

Pengundi bernama Nagandran A/L Muthu beralamat J 132,Kampung Jelutong ,tempat kediaman Ustaz Abdul Kadir bin Saleh.


Mungkinkah SPR sudah menjalankan taktik kotor di DUN Changkat Jering? Seorang penduduk India beragama Hindu didaftarkan sebagai pengundi di daerah mengundi,Kampung Jelutong dalam DUN Changkat Jering.Kampung ini majoritinya orang Melayu Islam.

Mungkinkah SPR bersama UMNO menggunakan taktik kotor lagi jijik ini untuk mengalahkan DS Nizar di Parlimen Bukit Gantang?

Menurut satu sumber,banyak pengundi tidak dikenali didaftarkan di DUN Changkat Jering yang mempunyai banyak lokaliti baru.

Setakat ini petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang sedang mengesan dan mengaudit kes seperti kes Nagandran A/L Muthu ini.

[BERGAMBAR] Sekitar Majlis Solat Hajat & Ceramah Perdana Di Padang Perdana Kota Bharu

majlis Solat hajat & Ceramah Perdana yang diadakan di Padang Perdana Kota Bharu ini dimulakan dengan kuliah maghrib oleh YB Ust Nasuruddin Daud,seterusnya solat isyak dan solat hajat oleh puluhan ribu rakyat Kelantan dengan diimamkan YB Ust Muhammad Mustafa


Majlis diteruskan dengan Ceramah Perdana 'PUTRAJAYA BERMULA DISINI' oleh YB Tan Seng Giaw, Hj Muhammad Sabu, YAB Tok Guru Nik Aziz dan YB DS Anwar Ibrahim. Turut berucap YB Datuk Husam Musa.





Solat Hajat :






Ceramah Perdana :

















Perhimpunan tuntut mansuh pinjaman PTPTN bulan depan

 
Perhimpunan menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan diadakan di ibunegara pertengahan bulan depan.

Pengerusi SMM, Muhamad Safwan Anang berkata 'Himpunan Mansuh PTPTN' disokong oleh 10 kumpulan gabungan mahasiswa - antaranya Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Gerakan Demokratik Mahasiswa & Belia (DEMA), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP).

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, beliau yang juga pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat mereka malam tadi.

Katanya, maklumat terperinci mengenai tarikh, masa, lokasi dan jumlah peserta yang dijangka hadir dalam perhimpunan itu akan diumumkan dalam satu sidang akhbar esok.

Sidang media itu juga akan dihadiri Gerakan 'Malaysia Bangkit' - yang memperjuangkan pendidikan percuma - yang turut dianggotai pemimpin LMP Adam Adli.

"Memansuhkan PTPTN dianggap realistik untuk dilaksanakan walapun kerajaan tegas untuk menetapkannya tanpa perubahan langsung," tegas Muhamad Safwan.

"Tuntutan mengurangkan faedah tidak dilayan, walaupun dikurangkan satu peratus, (tetapi) ia belum menyeluruh dan tetap membebankan,"  tambahnya.

Isnin lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dilapor berkata PAS akan menyokong tindakan kumpulan mahasiswa yang mahu mengadakan perhimpunan menuntut pinjaman itu dihapuskan.

Bagaimanapun Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilapor menyifatkan cadangan Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan pinjaman itu jika berkuasa adalah "tidak relevan, mengurangkan semangat daya saing dan membebankan kerajaan".


Sementara Pemuda PAS Pusat menempelak kenyataan Khaled dengan mempersoalkan kerajaan BN tidak prihatin dengan masalah pelajar yang sepatutnya lebih utama, berbanding hanya memikirkan bebanan yang ditanggung kerajaan.
PERINGATAN: pas jementah tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Jumaat, 30 Mac 2012

SIRI TERJAH PUTRAJAYA - PENEROKA BANTAH PENYENARAIAN FELDA

 



Selepas solat jumaat tadi..
wakil peneroka dari kebanyakan negeri di Semenanjung hadir ke Putrajaya bagi menyerahkan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri berikutan bantahan peneroka Felda terhadap hasrat kerajaan menyenaraikan Felda ke Bursa Saham...

Penyenaraian ini akan menyebabkan masa depan Felda dalam keadaan yang bahaya dan tidak terjamin..

berikut adalah gambar sekitar perhimpunan tadi..



Pak Jabit.


















SUMBER DARI LIANG LAHAD.BLOGSPOT