SHAHRIZAT TIDAK TERLIBAT SKANDAL NFC : KEPUTUSAN YANG SUDAH DIJANGKA DAN YAKIN RAKYAT TIDAK BOLEH DIPERBODOHKAN
Keputusan Panel Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) mendapati Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak terlibat dalam proses pemberian projek Pusat Fidlot Kebangsaan kepada syarikat milik keluarga beliau dan mengenai pinjaman RM250 juta bukan mengejutkan dan sudah dijangkakan oleh seluruh rakyat Malaysia dan bukannya satu yang luar biasa.
Tindakan SPRM telah membuktikan sikap sebenar yang menjadi badan yang akan mem'bersih'kan segala kekotoran oleh pimpinan UMNO/BN daripada sebarang skandal rasuah dan penyelewengan lebih-lebih lagi pilihanraya umum yang semakin hampir walaupun 'terang lagi bersuluh'.
JINGGA 13 YAKIN dan PERCAYA bahawa rakyat Malaysia seluruhnya yang membenci kebejatan rasuah dan penyelewengan wang rakyat tidak akan mudah diperbodohkan dengan keputusan yang dibuat oleh Panel Operasi SPRM yang ternyata bertujuan menyelamatkan Ketua Wanita UMNO tersebut.

Jingga 13 terjah pejabat NFC |
Rakyat akan mampu menilai dan membuat persepsi terhadap penyelesaian yang diambil oleh pihak SPRM dalam usaha menyelamatkan Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Malah tindakan melengah-lengah keputusan siasatan oleh panel siasatan Skandal NFC sehingga kini tidak ada sebarang tindakan keputusan dan pendakwaan di buat walaupun pelbagai laporan SPRM telah dibuat oleh JINGGA 13 dan Parti Keadilan Rakyat terhadap penglibatan ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil dalampenyelewengan wang rakyat sejumlah RM250 juta , termasuk laporan SPRM di buat oleh JINGGA 13 melibat Tan Sri Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas.
Ahli Panel Penasihat SPRM pun sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan dan keputusan mendakwa Pengerusi Eksekutif NFC yang merupakan suami Datuk Seri Shahrizat Jalilmenggunakan Datuk Shamsulbahrin merasuah polis .
TINDAKAN SPRM "DOUBLE STANDARD"
Tetapi tindakan berbeza dan segera yang diambil oleh SPRM untukmembuka kertas siasatan semula terhadap YB Azmin Ali yang telah ditutup kes 17 tahun lalu..
Sedangkan yang perlu diambil tindakan oleh SPRM ialah menyiasat terhadap kegagalan dan pelanggaran etika kerahsiaan dan integriti serta kredibiliti pegawai SPRM diragui sehingga fail sulit SPRM diserah dan dibocorkan kepada orang yang tidak sepatutnya dimiliki dan ianya ADALAH SANGAT SERIUS.
Apa yang berlaku sedang diperhatikan oleh rakyat. JINGGA 13 yakin bahawa RAKYAT ADALAH HAKIM NEGARA dan tidak mudah terpengaruh dengan tindakan dan keputusan yang semata-mata untuk mem'bersih' najis yang tetap kotor dan menjijikkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan