lepas pru 13

lepas pru 13

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Google+ Followers

Rabu, 12 Februari 2014

Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) = Wilayah Pembangunan Singapura?




Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) = Wilayah Pembangunan Singapura?


(Part 1)

Saya terpanggil untuk meneroka lebih mendalam tentang Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau Iskandar Development Region (IDR) setelah kerajaan beria-ia sangat untuk melaksanakan dalam masa terdekat ini. Bukan apa, sebagai penduduk yang akan menerima tempias pembangunan WPI, saya rasa perlu untuk mempunyai ilmu dan faham tentang apa yang bakal berlaku kerana kerajaan tidak memberi gambaran yang jelas dan tepat tentang kesannya kepada rakyat terutama penduduk yang tinggal di Johor Bahru dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Dalam surat khabar cuma kata pembangunan ini akan menguntungkan penduduk setempat khususnya orang Melayu. Tapi macamana ia menguntungkan tidak jumpa pulak huraiannya. Atas dasar itu, kajian yang tidak seberapa ini mungkin dapat membuka mata ramai tentang kesan dan akibat WPI kepada penduduk khususnya diri saya.

Saya akan huraikan kajian saya ini dalam bentuk soalan supaya dapat difikirkan bersama dan mudah difahami oleh orang kampung mungkin tanah mereka akan diambil dan terpaksa dipindahkan ke kawasan lain atas dasar memberi laluan kepada pembangunan di negara tercinta.


Apakah Wilayah Pembangunan Iskandar?

Cara termudah untuk dapatkan maklumat tentang WPI ialah melalui website WPI (www.wpi.com.my). Di dalam website ini terdapat brosur tentang WPI yang boleh didownload untuk dibaca. Cuma masalah disini maklumatnya agak terhad kerana maklumatnya ringkas dan tidak terperinci. Oleh itu saya cuba memahami serba sedikit apa yang diterangkan daripada brosur ini.




Muat turun brosur WPI di sini.(sila simpan dalam komputer, takut hilang nanti)



Berikut adalah petikan ucapan PM dalam brosur tersebut:


Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah pelan jangka panjang kerajaan saya untuk mengubah lanskap Johor Selatan menjadi kawasan pembangunan yang premier. Apabila siap sepenuhnya pada 2025, WPI yang keluasannya tiga kali saiz Singapura akan menjadi sebuah metropolis yang serba moden, dengan tiga juta penduduk serta menawarkan taraf kehidupan antara yang terbaik di rantau ini. Pada waktu itu, WPI akan memiliki pelbagai produk pelancongan, tapak untuk seni bina yang masyhur, penginapan idaman di pesisir pantai, sektor perkhidmatan, kewangan yang berdaya maju dan sistem pengangkutan bersepadu sepenuhnya.
Perancangan ke arah menjadikan wawasan itu sebagai kenyataan sudah pun bermula. Kerajaan saya juga sudah mengumumkan pelbagai insentif, termasuk potongan cukai bagi beberapa industri perkhidmatan terpilih, selain membenarkan pelabur mendapatkan sumber manusia untuk industri itu dari serata dunia. Kami juga melonggarkan syarat berhubung pemilikan asing dalam sektor terpilih. Untuk merancakkan pelaksanaan wilayah itu, kerajaan juga menubuhkan sebuah badan kawal selia bagi menjadikan urusan perniagaan dan pelaburan di WPI, satu pengalaman yang menyenangkan.
Ada banyak faktor mengapa Iskandar adalah syurga untuk pelaburan. Dari segi geografinya, ia terletak di antara India dan China iaitu dua gergasi baru ekonomi yang menawarkan pasaran yang besar, kos perniagaan yang lebih murah berbanding pesaing di rantau ini, selain sistem perundangannya yang mudah. Iskandar juga dihubungkan dengan dunia luar melalui tiga pelabuhan utamanya, dua lapangan terbang antarabangsa dan rangkaian lebuh raya yang canggih serta mesra pengguna. Sejak pelancarannya akhir 2006, lebih 1,000 pelabur dari Malaysia, Singapura, Timur Tengah, China, India dan Amerika Syarikat sudah meninjau peluang di Iskandar. Malah, ramai daripada mereka menyatakan minat untuk melabur di situ.
Dianugerahkan dengan hutan hujan tertua dunia, paya bakau, pulau-pulau yang indah dan pesisir pantai yang panjang, Iskandar akan menjadi model untuk pembangunan mapan dan mesra alam. Untuk itu, perancangan yang rapi dan berhati-hati telah dilakukan bagi memastikan WPI menjadi kawasan pertumbuhan paling pesat di rantau ini menjelang 2025.

Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi





Antara persoalan yang bermain difikiran:

1. Apa itu pembangunan premier?

2. Untuk siapa metropolis yang serba moden, senibina yang masyhur, penginapan idaman di pesisir pantai?

3. kenapa perlu dilonggarkan syarat pemilikan asing?

4. syurga pelaburan untuk siapa?

5. betulke kat JB ni ada hutan hujan tertua di dunia?





Untuk lebih mudah faham dan maklumat lanjut boleh rujuk maklumat yang terdapat di dalam wikipedia disini.









Kawasan manakah yang bakal terlibat dengan WPI?



(sila rujuk brosur untuk lebih jelas)



Ini adalah kawasan yang terlibat dengan WPI. Sekali imbas dah macam sebahagian pembesaran Singapura. Senang tak payah susah-susah gali pasir. Beli tanah dengan pemimpin-pemimpin Malaysia aje. Murah dan Mudah. Kawasan yang terlibat adalah sampai ke Majlis Perbandaran Kulai (termasuklah rumah Mawi di Felda Taib Andak. Jangan rumah Mawi pun kena ambik sudah le), Pasir Gudang dan Pontian.


Kenapa sumber maklumat di dalam website hanya disediakan dalam bahasa Inggeris?

Yang saya memusykilkan ialah kenapa website www.wpi.com.my,www.idr.com.my, www.irda.com.my, dan www.sjer.com.my menggunakan website yang sama sedangkan semua ini menjalankan fungsi yang berbeza.

Yang keduanya kenapa semua website menerangkan tentang WPI ini dalam bahasa Inggeris sedangkan yang akan membaca dan yang paling ramai terlibat adalah dikalangan orang Melayu. Tidak bolehkah sediakan satu website dalam bahasa Melayu supaya mudah penduduk boleh baca dan faham.

Juga tiada satu badan atau orang perseorangan yang datang ke balai raya atau ke ke kampung-kampung untuk terangkan tentang WPI hingga ke peringkat akar umbi. Apa salahnya menyediakan satu badan bertindak untuk menerima input penduduk setempat di kawasan terlibat. Ajak la orang Kampung Pasir, Kampung Melayu dan yang sewaktu dengannya sebagai wakil setempat.


Adakah penduduk boleh menghalang jika tanah mereka diambil bagi tujuan pembangunan?


Jawapan bagi persoalan di atas ialah rakyat tidak boleh menghalang pengambilan balik tanah bagi kegunaan persekutuan sebagaimana terkandung dalam Akta Pengambilan Balik Tanah 1960. Kerajaan Persekutuan boleh mengambil tanah melalui kerajaan negeri kerana urusan tanah dibawah bidang kuasa negeri. Yang akan meluluskan ialah exco negeri yang terdiri dari ADUN atau wakil rakyat yang dipilih oleh kita rakyat malaysia yang mengundi dia dengan diketuai oleh Menteri Besar (di Johor Ghani Othman la).

Penduduk cuma boleh merundingkan jumlah pampasan yang boleh diterima sahaja. Maklumat lanjut sila buka buku akta ni yang boleh dibeli di kedai buku di Angsana atau kedai-kedai buku bahagian undang-undang.



Persoalannya, adilkah tanah datuk nenek kita diambil dan dijual kepada orang Singapura?





Kenapa WPI dikatakan menguntungkan Singapura?

“Wawasan Malaysia untuk selatan Johor adalah cemerlang…”

Chua Lee Hoon, Pengarang Review, 2 Jun 2007, The Straits Times, Singapore

“Dengan adanya Iskandar, kita boleh mengalihkan perniagaan yang tidak akan menguntungkan di Singapura – kerana masalah kekurangan tanah dan pelbagai halangan lain – tapi menguntungkan jika dilakukan di selatan Johor”

Manu Bhashkaran, Felo Kanan Penyelidikan, Partner and Member of the Board, Centennial Group Inc. 5 Mei 2007,

The Straits Times, Singapore

Ini adalah 2 petikan komen daripada brosur yang didownload dari website yang disebut di atas. Rasanya dah boleh faham macamana faedah kepada Singapura. Dah tak laku kat tempat dia baru nak buang kat Johor.


Rakyat Singapura bakal untung sebab mereka boleh beli rumah, pejabat atau hotel yang dibina di atas tanah orang Malaysia yang diambil kerana harga yang murah jika dibandingkan dengan harga di Singapura. Cuba kita lihat sama-sama di sini. Harga sebuah rumah flat di Singapura ialah dalam lingkungan SGD200,000 (RM 460,000) hingga SGD 700,000 (RM 1.6 juta)www.hdb.gov.sg
Statistik Harga Rumah di Singapura


TOWN

3-ROOM

4-ROOM

5-ROOM

EXECUTIVE


ANG MO KIO

$203,000

$307,000

$423,000

$550,000*


BEDOK

$193,000

$257,000

$400,000

$440,000*


BISHAN

$238,000*

$340,500

$480,000

$568,000*


BUKIT BATOK

$183,000

$305,000

$430,000

$431,800


BUKIT MERAH

$230,000

$428,000

$573,000

-


BUKIT PANJANG

$178,000

$249,000

$319,000

$400,000*


BUKIT TIMAH

$255,000*

$380,000*

$440,000*

$638,500*


CHOA CHU KANG

$169,800

$253,000

$313,000

$380,000


CLEMENTI

$210,000

$335,000

$484,500

$600,000*


GEYLANG

$185,000

$271,500

$435,000*

$410,100*


HOUGANG

$184,000

$263,000

$349,000

$416,000


JURONG EAST

$190,800

$267,000

$390,000

$490,000*


JURONG WEST

$170,000

$242,000

$315,000

$360,000


KALLANG/WHAMPOA

$212,000

$353,000

$461,500

$522,500*


PASIR RIS

-

$275,500

$340,500

$455,000


PUNGGOL

-

$293,000

$358,000

$410,000*


QUEENSTOWN

$220,000

$425,000

$591,000

$757,500*


SEMBAWANG

-

$257,500

$308,000

$365,000*


SENGKANG

-

$281,000

$334,000

$421,300


SERANGOON

$187,000

$275,500

$350,000

$424,000*


TAMPINES

$222,000

$293,000

$350,000

$446,000


WOODLANDS

$161,300

$248,000

$300,000

$380,200


OVERALL

$197,000

$273,000

$340,000

$415,000


(Sumber: www.hdb.gov.sg)



Berapa ramai orang Malaysia boleh beli rumah harga macam tu jika dibuat dikawasan WPI? Bos tempat saya kerja pun belum tentu boleh beli rumah harga macam ni. Rumah banglo di Johor pun tak sampai RM500 ribu. Rumah teres setingkat kos sederhana (RM100,000 hingga RM 200,000) untuk duduk sendiri di JB pun belum mampu dibeli oleh orang yang duduk di JB, inikan pula harta tanah berharga ratusan ribu ringgit.




Menurut program kerajaan dalam Malaysia My Second Home Programme(www.mm2h.gov.my), penduduk asing boleh beli harta tanah di Malaysia yang berharga lebih RM 250,000 (SGD 109,000-murahnya bagi orang Singapura). Rumah kedai atau ruang pejabat di Malaysia lebih mahal dari harga rumah tetapi jauh lagi murah jika dibandingkan dengan harga di Singapura.


Jika saya orang Singapura amatlah beruntung kerana harta tanah serta barang keperluan boleh dibeli pada harga yang amat murah dan kekal menjadi hakmilik saya dan keturunan saya selama saya tidak menjual tanah tersebut.


Persoalannya ialah apa yang akan berlaku jika separuh kawasan WPI ni dibeli oleh orang Singapura?

Maka WPI ni jadi hakmilik Singapura lah. Orang Malaysia hanya boleh melawat kawasan-kawasan menarik di tepi Pantai Lido untuk makansteamboat. Lepas tu balik ke rumah di kawasan kampung nun jauh di Kulai atau Pekan Nenas, Pontian.


Persoalan yang masih perlu diterokai:

Masih terdapat banyak lagi persoalan yang belum terjawab. Mungkin dilain kali kita bertemu lagi. Masih boleh difikir-fikirkan bersama wahai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum kerana WPI melibatkan kepentingan semua kaum yang duduk di Johor khususnya. Antaranya:
Tak cukupkah pembangunan di Johor Bahru sekarang ini?
Kenapa tidak dibangunkan kawasan belum membangun di tempat lain?
Mampukah orang Johor bergerak selari dengan pembangunan yang drastik ini?
Tidak cukupkah dengan kesan kenaikan harga barang akibat ramai orang Singapura membeli belah di Johor Bahru?
Kenapa tidak dibuat satu jambatan baru yang mudah orang Singapura dan Malaysia menjalankan urusniaga di kedua-dua negara?
Jika berlaku pengambilan tanah, dimanakah penduduk akan menggantikan tanah tersebut untuk tinggal? Berapa harganya?
Siapakah pemilik syarikat pemaju dan syarikat-syarikat utama yang terlibat dalam WPI? Boleh rujuk di sini.
Kenapa pulak Robert Kuok (orang terkaya di Malaysia) ada dalam Majlis Penasihat WPI?
Jika WPI akan menjadi lambakan penduduk Singapura apa yang bakal berlaku seterusnya? Harga barang keperluan? Kuasa beli?
Adakah kita sebagai anti pembangunan jika mempersoalkan WPI?
Siapakah yang merancang pembangunan WPI? Adakah orang tempatan JB terlibat atau orang yang duduk di KL merancang di atas kertas sahaja?
Kenapa tiada satu badan berfungsi menyalurkan maklumat dengan jelas kepada kepada rakyat Johor?
Apa yang bakal berlaku kepada Kampung Melayu, Kampung Pasir, kampung Skudai Kanan, Kampung Majidee dan kampung-kampung lain yang sewaktu dengannya?
Mampukah anak generasi kita menghadapi pembangunan yang pesat ini? Apa persediaan kita untuk itu?
Dimana saluran untuk penduduk dan rakyat memberi idea dan pandangan tentang WPI?
Jika WPI ini ‘berjaya’, adakah koridor-koridor lain pun akan dibuat benda yang sama?
Dan banyak lagi persoalan yang bakal muncul…….memerlukan jawapan….di dunia dan akhirat.


Semoga maklumat yang tidak seberapa ini mampu membuka mata pemimpin-pemimpin kita semua. Jangan hanya menyokong dan meluluskan sahaja semua yang dibentangkan. Guna akal yang waras dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga kepentingan rakyat sebab nanti setiap pemimpin akan disoal atas apa yang dipimpimnya selepas mati kelak. Selamat berkoridor…



Yang benar,



Orang Johor Lama



* Saya harap tulisan saya ini dapat disebarkan kepada ramai terutama pemimpin-pemimpin kita supaya mereka faham dan sedar apa yang berlaku dan bakal berlaku terutama kepada penduduk di kawasan WPI. Tulisan ini adalah untuk menjaga keharmonian semua kaum yang baru mengorak langkah ke arah kehidupan bersama yang aman sejahtera. Saya terlalu sayang untuk melihat keharmonian antara kaum ini dihancurkan oleh tangan-tangan yang tamak haloba.



“Aku tidak kaya, tetapi aku tidak mahu mengemis di bumi sendiri.”

Pulau Batu Putih: Johor Mesti Minta Gantirugi dari Persekutuan




Saya amat sedih mendengar berita kehilangan Pulau Batu Putih yang jatuh ke tangan Singapura secara rasmi. terus kukenang bagaimana patani jatuh ke tangan thai secara rasmi pada Perjanjian Bangkok.

Bagi orang Johor, Nasib pulau milik Negeri itu ditentukan bukan oleh mereka. Ianya ditentukan peguam persekutuan lawan peguam Singapura ditentukan oleh hakim asing.

Menurut sejarah, apabila talibarut menyerang patani, tentera dari terengganu juga turut membantu tetapi tetap gagal. Mungkin kerana tidak cukup bantuan.

Kini Johor umpama diserang Singapura. Tanahnya "dibeli" sedikit demi sedikit oleh Singapura untuk mengembangkan empayar mereka.

Mungkin ada hikmah disebalik kegagalan mempertahankan Pulau Batu Putih.
Sekurang-kurangnya kita sedar akan kedaulatan negara itu penting. Kedaulatan Johor yang bersempadan dengan Singapura juga penting.

Langkah yang saya kira penting untuk menyedarkan lagi tentang peri pentingnya kedaulatan Negara dan Johor ialah mengambil tindakan keras terhadap Persekutuan.

1. Rakyat Johor, Sultan Johor, Kerajaan Johor, Pakatan Rakyat Johor,  menuntut gantirugi atas kehilangan tanah johor daripada persekutuan.

2. Semua di atas mendesak Peguam Negara supaya meletak jawatan di atas kegagalan dia mempertahankan Pulau Batu Putih.

3. Menuntut "iskandar Malaysia" dihentikan..

Berapa Harga Sultan Johor Jual Singapura Kepada British?

Saya telah berjanji  "menterjemah" berapakah nilai Pulau Singapura yang dijual kepada British oleh Sultan Johor.

Agak sedih dam memalukan apabila membaca kandungan perjanjian itu.

Persetiaan antara Great Britain dengan Johor, 1824 — menyerah sepenuh kedaulatan dan hak … untuk selama-lamanya …

Orang Johor, sila baca

Antara yang menyedihkan...

Perkara III
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, sebagai balasan kepada penyerahan yang dinyatakan dalam Perkara terdahulu ini, membayar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, sejumlah wang sebanyak tiga puluh tiga ribu dua ratus (33,200) Dolar Sepanyol, bersama dengan gaji, sepanjang hayat Baginda, sejumlah satu ribu tiga ratus (1,300) Dolar Sepanyol sebulan, dan kepada Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, sejumlah wang sebanyak dua puluh enam ribu lapan ratus (26,800) Dolar Sepanyol, dengan gaji bulanan sebanyak tujuh ratus (700) Dolar Sepanyol sepanjang hayatnya.
Jadi berapa banyakkah 33,200 + 26800 dolar Sepanyol itu?

Saya bukanlah pakar dolar sepanyol, akan tetapi ada sedikit mengkaji sistem kewangan lama dalam cubaan mengembalikan matawang berasaskan komoditi seperti dinar dan dirham di muka bumi ini.

Saya tidak pasti samada ketika berlakunya perjanjian 1824 itu, wang kertas digunakan atau wang perak.

1 dolar sepanyol adalah bersamaan 8 real. Ianya juga dikenali sebagai "piece of eight".
Menurut buku "Brunei and Nusantara History of Coinage", terdapat satu gambar wang dollar sepanyol 1761, yang juga dikenali sebagai "Ringgit Meriam" atau "Pillar Dollar". Namun dalam buku itu tidak menyatakan beratnya.

Berapa berat wang perak 1 dolar sepanyol itu?
Ada pihak yang mengatakan ianya 27.47 gram, bukan perak tulen tetapi hanya 93% sahaja,

Spesifikasi matawang dolar sepanyol juga digunakan untuk membuat matawang perak rupee di India, Peso di mexico dan Yuan di China.

1 dollar Amerika pula adalah 1 aun perak, 31.1 gram.

Berbalik kepada Sultan dan temenggong Johor yang menjual Singapura itu, Jumlah yang mereka berdua dapat, tidak termasuk gaji ialah 33200+26800 = 60000 Dollar Sepanyol.

Jika didarabkan dengan gram perak, maka ..
(33200+26800)*27.47 = 1648200 gram
= 1648.2 kilogram

Jadi mereka berdua memperolehi sebanyak 1.6 tan perak.
memang banyak, tetapi tidaklah cukup banyak untuk sebuah pulau yang besar.

1648.2 kilogram perak 93% , perak tulen hanyalah 1532.826 kg.

Pada catatan ini ditulis, (4 jun 2009)
Harga sekilo perak tulen adalah, 349 euro atau 493 USD.

Jadi Harga Pulau Singapura dijual oleh Sultan Johor dan temenggong ialah.
534,956.274 Euro (baca: 534 ribu Euro)
atau
755,683.218 USD (baca: 755 ribu USD)

Tak sampai 3 juta Ringgit Malaysia sekarang.

Sultan Hussain Muhammad Shah berpindah ke Melaka pada 1834, hanya 10 tahun selepas perjanjian itu.
Kalau baginda dapat 1300 Dolar sepanyol sebulan, maka untuk 12 kali bagi 10 bulan (anggaran) ialah
143000 dollar sepanyol, lebih kurang 3653235.30 gram perak.
bernilai 1801045 USD (baca 1.8 juta USD)
atau 1274979 Euro (baca 1.2 juta Euro)

Sabtu, 1 Februari 2014

KEBODOHAN BESAR MALAYSIA KEPADA SINGAPURA


PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962
1. Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu membekalkan air mentah kepada Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000) sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen.
2. Malaysia pula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen
3. Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities Board (PUB) milik Singapura
Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian Air 1962 pada tahun 2061
4. Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysia kepada kapal – kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.

PERJANJIAN AIR 1990
1. Perjanjian ini menyebabkan Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali sebagai EMPANGAN LINGGIU.
2. Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi tersebut
Perjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061

ISU TANAH REZAB KTM DI SINGAPURA
1. Point of Agreement 1990 menetapkan bahawa pihak KTM terpaksa mengosongkan Stesen Keretapi Tanjung Pagar dan berpindah ke Bukit Timah.
2. Tanah rezab landasan KTM sepanjang laluan dari Bukit Timah ke Tanjung Pagar perlu diserahkan kepada pihak Singapura.
3. Tanah KTM di Tanjung Pagar seluas 12 hektar (29.65 ekar) akan diserahan kepada sebuah syarikat usahasama yang ekuitinya 60% Malaysia dan 40% Singapura
4. Luas asal tanah rezab KTM termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar adalah 200 hektar 494 ekar (mengikut Singapore Railway Transfer Ordinance 1918) dengan tempoh pajakan selama 999 tahun

PENUTUPAN PENGKALAN TLDM DI WOODLANDS
1. Pengkalan TLDM di Woodlands terpaksa ditutup setelah 45 tahun beroperasi kerana pihak Singapura tidak berhasrat untuk menyambung tempoh pajakan yang berakhir pada awal 1998.
2. Sebagai ganti, Malaysia terpaksa membelanjakan kos sebanyak RM195,000,000 untuk membina Pusat Latihan Rekrut TLDM (PULAREK) di Kota Tinggi Johor.

PULAU BATU PUTIH
1. Isu tuntutan bertindih terhadap Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura telah dirujuk kepada International Court of Justice pada 1994.
2. Pihak Singapura telah mentadbir pulau tersebut dengan kawalan pihak tentera mereka sejak tahun 1850
3. Walupun keputusan belum diumumkan oleh ICJ (sehingga artikel ini ditulis), pihak Singapura melarang sebarang aktiviti dilakukan di kawasan pulau tersebut oleh pihak Malaysia seperti aktiviti nelayan dsb.

ISU CENTRAL PROVIDENT FUND (CPF)1. Isu CPF warga Malaysia yang bekerja di Singapura juga masih belum selesai.
2. Hanya warga Malaysia yang berasal dari Sabah dan Sarawak sahaja yang boleh mengeluarkan wang CPF mereka sementara yang berasal dari semenanjung tidak dibenarkan mengeluarkan wang tersebut walaupun telah berhenti bekerja di Singapura.
3. Mereka hanya dibenarkan berbuat demikian setelah berumur 55 tahun.


ISU PULAU PISANG
1. Pulau Pisang yang terletak di Selat Melaka dan merupakan hak milik Malaysia.
2. Singapura semenjak dahulu lagi menjaga operasi rumah api di situ dengan kawalan pihak tentera mereka tanpa melalui pemeriksaan kastam dan imigresen Malaysia.

ISU PENAMBAKAN LAUT
1. Tindakkan Singapura menambak laut di persekitaran Pulau Tekong mendatangkan kesan negetif dan kerugian kepada Malaysia.
2. Ianya menyempitkan Selat Tebrau dan mengganggu aliran Selat Tebrau.
3. Hakisan mulu berlaku akibat kederasan arus di selat tersebut, dan ianya juga mengganggu ekologi kehidupan laut yang akhirnya menjejaskan hasil tangkapan nelayan.

ISU PENCEROBOHAN JET SINGAPURA DI RUANG UDARA JOHOR
1. Perjanjian penggunaan ruang angkasa Malaysia telah dibatalkan pada September 18, 1998, tetapi jet pejuang RSAF masih lagi menceroboh ruang udara Malaysia terutama ruang angkasa Johor
2. Dalam tahun 2002 sahaja, sebanyak 5 insiden sedemikian berlaku tanpa ada permohonan maaf secara rasmi dari pihak Singapura.

ISU JAMBATAN BENGKOK
1. PM Malaysia sekarang, YAB Dato Abdullah Ahmad Badawi, atas tekanan pihak Singapura telah membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok walaupun telah dipersetujui semasa Tun Dr. Mahathir Mohd menjadi PM Malaysia.
2. Akibat dari pembatalan itu, kerajaan terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM257.4 juta kepada Syarikat Gerbang Perdana Selatan Bersepadu (GPSB)

Tanah Di Johor Bharu Terjual Dengan Harga RM4.5billion Kepada Syarikat Luar Negara.


Itulah yang dilaporkan oleh The Star.

Rujuk ;


Kalau ikut laporan dari The Star ;

1. Syarikat yang beli tanah tue ialah syarikat dari China iaitu Guangzhou R&F Properties Co Ltd.

2. Macam biasa. Ia adalah atas nama pelaburan dan pembangunan.

3. Kalau ikut statement dari syarikat tersebut mereka anggap nilai penjualan RM4.5billion adalah sangat2 berbaloi berdasarkan jumlah tanah yang mereka perolehi dengan pelaburan yang mereka bakal laksanakan kelak. Bagi mereka Malaysia sangat2 terbuka kepada syarikat2 asing yang melabur di negara neh. RM100 juta telah pun dibayar sebagai pendahuluan perjanjian jual-beli.

4. Rujuk carta yang disediakan oleh The Star. Carta ini memberitahu berapa banyak tanah2 di Johor telah menjadi hak milik syarikat dari luar negara.

5. Dalam berita yang sama ada dinyatakan juga rakyat2 di negara China sering bercakap mengenai Iskandar berbanding pelaburan perumahan di Singapore disebabkan pelaburan di Malaysia adalah lebih rendah berbanding di negara tersebut. Mereka cenderung memilih Malaysia sebagai lokasi untuk membeli hartanah bagi tujuan pelaburan dan perniagaan..

Hehe..

6. Jual beli tanah dengan kos RM4.5billion neh tak lain tak bukan.. ia diuruskan sendiri oleh Sultan Johor kita.

Daulat tuanku. Daulat yang amat..

Dan err lepas neh masuk Johor kena passport ke tak yah ek? China bukan komunis dah kan?


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/12/tanah-di-johor-bharu-terjual-dengan.html#ixzz2s3U21WTv

Umno pengkhianat bila jual Johor kepada Singapura


Oleh MAZLAN ALIMAN
Bahagian Kedua

Pada bahagian pertama, saya mendedahkan fakta bagaimana di zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Besar Johor telah dibina Empangan Linggiu yang terletak di Jalan Kota Tinggi Kluang (berdekatan Bandar Tenggara). Empangan itu dibina pada 1988 dan siap pada tahun 1994 di atas kawasan tadahan air seluas 21,600 hektar (53,374 ekar).




Saya tidak pernah mengatakan yang Muhyiddin menjual tanah kepada Singapura sebagaimana kenyataan beliau kepada media bertarikh 21 Ogos 2009.

Sebaliknya saya mempersoalkan, apa perlunya kawasan yang sebegitu luas diluluskan kepada Singapura (walaupun mendapat pampasan RM320 juta) dan ke mana perginya hasil kayu balak yang dikatakan bernilai ribuan juta ringgit.

Sebagai persoalan tambahan, saya ingin membangkitkan beberapa perkara yang mesti dijawab, sama ada oleh Muhyiddin atau pemimpin Umno lain.

1. Siapa yang mengawal kawasan Empangan Linggiu; benarkah dakwaan mengatakan ia dijaga oleh askar wataniah dan menjadi zon autonomi?

2. Kenapa kerajaan Malaysia gagal menuntut kenaikan harga air mentah 3 sen setiap 1,000 liter daripada sejumlah 250 juga liter sehari air yang dibekalkan kepada Singapura sedangkan semakan harga boleh dibuat pada 1986 dan 1987?

3. Berapa lama Malaysia perlu membeli air bersih daripada Singapura dengan kadar 50 sen bagi setiap 1,000 liter?

4. Kenapa Malaysia tidak menghentikan pembelian air daripada Singapura walhal kerajaan Johor telah melantik Syarikat Air Johor (asalnya Jabatan Bekalan Air) untuk membekalkan airair bersih ke seluruh Johor?

5. Tolong nyatakan, Singapura bekalkan air bersih kepada siapa dan berapa banyak jumlahnya serta berapa kosnya?

6. Bagaimana kedudukan hutan simpan untuk Public Utilities Board (PUB) Singapura dibelakang Kem Pulada dan Kampung Sungai Telor seluas ribuan hektar?


7. Adakah hutan simpan berkenaan menjadi hak milik Singapura dan adakah dibayar cukai setiap tahun?

8. Bagaimana kedududkan 6 buah PUB Singapura yang ada di Skudai, Tebrau, Kota Tinggi, Ulu Choh, Gunung Pulai dan Linggiu?

Saya menganggap kenyataan Muhyiddin bahawa Lee Kuan Yew mengugut untuk berperang dengan Johor sekiranya tidak mendapat bekalan air mencukupi hanya sebagai lakonan untuk melindungi kelemahan kerajaan BN ketika berurusan dengan Singapura. Ia suatu bukti bahawa pemimpin BN tidak pernah mampu berdepan Singapura!

1. Kezaliman ke atas penduduk Kampung Sri Paya Kluang

Kampung berkenaan wujud lebih daripada 35 tahun lalu. Terdapat 93 rumah, hampir seratus peratus Melayu, yang menyokong UMNO. Syarikat pemaju PCB Sdn Bhd, telah memperolehi hak atas tanah kampung berkenaan yang didalangi tokoh Umno Bahagian Kluang. Dewan Pemuda PAS Johor telah mengetuai rombongan bersama penduduk menemui Menteri Besar Johor, Dato' Abd Ghani Othman pada 12 Oktober 2002 untuk menyelamatkan perkampungan tersebut daripada dimusnahkan.

Sebagai tanda protes, penduduk menaikkan bendera Umno separuh tiang tanda berkabung di hadapan balairaya kampung tersebut. Malangnya, kerja merobohkan tetap dilakukan. Kampung Sri Paya lenyap dari sejarah!

2. Perampasan tanah rakyat oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ)

Projek Danga Bay yang dianggarkan bernilai RM 15 bilion telah menjejaskan kehidupan 200 masyarakat Orang Asli dari suku kaum Seletar di Kg Sungai Temon di Sungai Danga. Mereka meneroka kampung itu hampir 30 tahun lalu. Mereka diarah pindah kali kedua dari kediaman asal mereka. Selain itu, lebih seribu orang penduduk setinggan yang sebahagian besarnya Melayu yang tinggal berhampiran Lembah Danga juga dihalau keluar. Ini tidak termasuk penduduk Kg Skudai Kiri dan Pengkalan Rinting yang menerima nasib sama.

Pembangunan mega yang menguntungkan segelintir kroni terpaksa mengorbankan penduduk Melayu yang setiap kali pilihanraya sangat setia mengundi BN. Penduduk setinggan ini tidak mendapat sebarang layanan baik seperti penduduk Kg Buah Pala.

3. Projek tambak laut Singapura

Sebuah syarikat tempatan yang mempunyai hubungan dengan orang kenamaan telah mendapat konsesi membekalkan pasir kepada Singapura dengan keuntungann berpuluh juta setiap tahun. Ia digunakan untuk aktiviti penambakan di sekitar Pulau Tekong dan Pulau Ubin yang bertentangan dengan Tanjung Pengelih di Timur Laut Johor, di Tuas berhampiran link kedua dan di Pulau Kecil ke arah Barat Tuas. Kerja menambak ini telah membesarkan saiz wilayah Singapura sedia ada (690 km persegi) kepada 1.5 lebih besar dari saiz asalnya.

Dewan Pemuda PAS Johor membuat ekspedisi ke lokasi berbelas-belas kapal korek yang disewa dari luar negara dalam perairan Johor berdekatan Pantai Batu Layar, Kota Tinggi pada 17 Februari 2002 dan 23 April 2002. Ia mengesahkan dakwaan bagaimana pasir diangkut menggunakan ponton ke Singapura dan dilakukan secara aktif di sebelah malam.

Aktiviti tambak laut bukan sahaja menyebabkan Selat Tebrau menjadi sempit, bahkan ekologi kehidupan laut musnah manakala pukat nelayan yang kebanyakannya Melayu rosak teruk kerana aktiviti kapal korek tersebut. Nelayan Melayu turun temurun hilang pendapatan, kroni pemimpin yang kekenyangan!

Isu yang timbul bukan sekadar penambakan laut memberi kesan langsung kepada perairan negara kita tetapi pengkhianatan yang dilakukan rakyat sendiri. Di sebalik kecaman pemimpin Umno terhadap Singapura dan tunjuk perasaan Pemuda Umno Johor, rupa-rupanya ia umpama ayam berkokok hebat tapi ekornya bergelumang tahi!

lelong tanah johor kepada singapura



SKUDAI 13 FEB: Tanah rakyat Johor yang dirembat secara haram sedang dilelong kepada pelabur asing oleh kroni Perdana Menteri untuk pembangunan bersepadu Iskandar Malaysia,

Dedah beliau, semua tanah berkenaan dilelong kepada pelabur Singapura.

Akibatnya, penduduk yang memiliki plot tanah kecil menjadi mangsa rampasan secara sistematik selepas disatukan atas nama pembangunan tersebut.

Iskandar“Dari Sungai Danga, Sungai Perling sampai ke Tanjung Pelepas, kebanyakan tanah diberi pada KPRJ (Kumpulan Prasarana Rakyat Johor).

“Tapi bukan KPRJ yang bangun dan uruskan. Tanah ini digadai kepada Danga Bay yang dipunyai Lim Kang Hoo, kroni Najib Razak dan Ghani Othman,” kata Hasan.

“Dulu DPMJ (Dewan Perniagaan Melayu Johor) nak majukan, tapi ditolak. Sekarang di Lido Boulevard, dari depan Masjid Abu Bakar sampai Marin Shahbandar dimiliki tauke judi, Vincent Tan,”

Njaib“Rumah di Iskandar ini pun bukan untuk rakyat biasa, tetapi untuk orang-orang kaya. Harga jutaan ringgit. Adakah rakyat biasa mampu beli?”

“Yang ada sekarang ini pun, ramai tak mampu beli rumah,” sambungnya disahut sorakan ‘betul’ hadirin.

Hasan sebelum itu bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ke Forum Perdana Isu Tanah Di Negeri Johor di Hotel Li Garden, Pasir Gudang.

 berbanding Johor, Pihak Berkuasa Tempatan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat lebih proaktif menyelesaikan masalah pemilikan tanah.

“Kalau duduk 10 tahun, kerajaan (Selangor) beri geran. Di Johor, ada yang duduk 40 tahun masih tak dapat hak milik.

“Di Selangor, Menteri Besar dan pegawai pejabat tanah turun padang. Di Johor, dah buat temujanji dengan D.O (pegawai daerah) pun, susah nak jumpa,

Isu tanah di Johor kritikal sehingga Pakatan Rakyat menuntut kerajaan negeri menyelesaikan segera tuntutan, permohonan dan pampasan pengambilan melibatkan puluhan kes termasuk Iskandar Malaysia.

Antaranya isu pengambilan tanah di Pengerang, Felda Cahaya Baru Masai, Kampung Plentong Tengah, Sungai Balang, Bekok, Kampung Skudai Kiri dan puluhan lagi