tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Selasa, 25 September 2012

Kerugian BNM RM30 billion timbul kembali




Saya berasa lega apabila isu kerugian Bank Negara Malaysia sebanyak lebih dari RM30 billion dalam pertukaran wang asing hasil dari tindakan Nor Mohamad Yakcop yang telah membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) dengan ‘forex trading’ pada 1992 dahulu timbul di dalam sidang Dewan Rakyat. Saya berasa lega kerana saya pernah dibelasah oleh pembaca blog saya semasa itu kerana menulis tentang isu ini. Saya dituduh membuat fitnah dan tidak bertanggungjawab.



Seperti biasa Dr Mahathirlah yang mempertahankan Nor Mohamad Yakcop dan tidak membenarkan Menteri Kewangan semasa itu untuk mengambil tindakan terhadap Nor Mohamad Yakcop. Jika ditanya Nor Muhamad Yakcop beliau dengan tangkas sahaja berselindung di bawah ketiak Dr Mahathir dan berkata tindakan beliau itu adalah di atas arahan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammed.


Saya berasa lega kerana Parlimen telah bertanya di Dewan Rakyat untuk mengetahui berapa jumlah kerugian sebenarnya dalam skandal pertukaran wang asing itu. Kerugian dari pertukaran wang asing ini merupakan kerugian yang terbesar dalam sejarah negara dan tidak ada sebab Nor Mohammad Yakcop tidak boleh diambil tindakan semasa itu.


Perdana Menteri telah memberitahu Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, supaya jangan mengambil tindakan terhadap Nor Mohammad Yakcop dan Nor Mohamad Yakcop telah berhenti dari BNM. Selepas kerugian yang dilakukan oleh ketua jabatan perbendaharaan BNM itu beliau telah dinaikkan pangkat dan darjat di dalam kerajaan dengan perlantikan beliau sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan persekutuan.


Di negara ini jika seseorang itu berada di dalam kroni Perdana Menteri dan melakukan kesalahan besar mereka akan dinaikkan pangkat dan tanggungjawab yang lebih besar lagi. Nor Mohammad Yakcop sejak itu telah dinaikkan taraf dan kedudukan beliau oleh Dr Mahathir sehingga beliau menjadi Menteri Kewangan dan sekarang Menteri yang penting dalam Jemaah Kabinet negara.


Saya telah banyak menulis tentang etika kepimpinan dalam blog ini sejak beberapa tahun dahulu. Manusia yang diberi tanggungjawab oleh Perdana Menteri, Mahathir, kebanyakannya adalah mereka yang tidak berkelayakan dari sudut moralnya untuk memikul apa-apa tanggungjawab dalam perkhidmatan awam. Bagi Mahathir rekod buruk seseorang itu tidak penting dan mereka diberi kemudahan untuk menjawat jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam. Yang penting seseorang itu mestilah taat setia tanpa berbelah bagi. Apa yang akan mendatang hasil dari pilihan yang salah itu tidak penting.


Kalau salah kata sistem dan etika kenegaraan, benar kata Dr Mahathir. Mahathir memang tidak boleh bekerja dengan pemimpin yang baik yang tiada masalah ‘baggage’ peribadi. Lagi besar masalah seseorang itu lagi senang hati Dr Mahathir untuk melantiknya kerana melantik orang-orang seperti ini akan memudahkan beliau untuk mengawal mereka.


Bagi Dr Mahathir sistem dan etika itu boleh dipersetankan. Apa yang akan terjadi kemudian hari itu tidak penting dan semua yang berlaku sekarang ini adalah kerana pimpinan tidak boleh menahan diri dari melantik mereka yang rapat dengan mereka (pimpinan) walaupun tidak mempunyai ‘moral standing’ untuk menjawat jawatan terpenting kerajaan kita. Orang yang mencuri diberi tugas untuk menjaga harta benda rakyat.


Akhirnya tidak ada di kalangan yang dibawa ke tengah oleh Dr Mahathir boleh dipercayai untuk menjaga nasib anak bangsa dan negara seperti yang sedang kita rasakan akibatnya sekarang ini. Penggubal dasar yang diamanahkan untuk menjaga kementerian (Menteri) yang sepatutnya memerhati dan memastikan segala dasar dilaksanakan dengan betul termasuk mengelak daripada rasuah kini bersekongkol dengan pegawai tertinggi kementerian mereka dan bersama-sama melakukan rasuah.


Kalau begitu keadaannya kita hendak bertanya, di manakah rakyat hendak meletakkan harapan mereka yang ramai untuk menjaga negara dan kerukunan rakyat? Sekarang rakyat sudah mual dengan janji-janji yang ditabur oleh pimpinan hari ini, maka adalah tidak salah jika rakyat yang sudah begitu lama melakukan 'soul searching’ untuk bertindak mengikut lunas yang dibenarkan oleh perlembagaan negara iaitu melalui pilihanraya yang akan datang ini.


Sesungguhnya pimpinan UMNO baru menyedari penolakan rakyat terhadapnya dan barulah kita mendengar pemimpin yang begitu takbur dan sombong merayu dan meminta belas ehsan rakyat tetapi semuanya itu sudah terlalu lambat untuk mendapat pertimbangan rakyat. Pemimpin yang berkuasa kini sudah menjadi kembiri politik merayu dan menadah tangan untuk mendapatkan sambungan mandat rakyat.


Dua tiga hari yang lepas Najib merayu agar beliau diberikan peluang untuk berada di Putrajaya sepenggal lagi seolah-olah pembangkang sudah memerintah lama di negara ini. Selama ini rakyat telah memberikan kepada BN sebanyak 12 kali peluang dan ia bermakna BN telah memerintah selama 12 penggal. Bukankah selama ini BN telah diberikan peluang itu oleh rakyat?


Sepatutnya pembangkanglah yang meminta untuk diberikan peluang penggal ini untuk membuktikan kemampuan mereka mentadbir kerajaan persekutuan kerana PR telah menunjukkan rekod yang baik dalam mentadbir empat buah negeri dalam persekutuan ini. Jika PR tidak berkemampuan untuk melaksanakannya rakyat masih berhak untuk mengembalikan kuasa kepada pihak BN dalam pilihanraya yang berikutnya.


Tetapi buat kali ini mandat wajar diberikan kepada pihak alternatif dan rakyat sudah ramai menerima hakikat yang BN terutamanya UMNO sudah sewajarnya duduk di pihak pembangkang di Dewan Parlimen penggal ini untuk memberi peluang untuk mereka melakukan introspeksi terhadap diri mereka serta memperbaiki diri mereka supaya lebih memahami yang manusia dan makhluk itu sentiasa berubah. Manusia termasuk rakyat negara kita juga ingin bersama berubah kerana mereka bukan makhluk yang statik. Rakyat mahu merasakan ‘ambience’ baru dalam negara setelah begitu jemu mengalami di bawah pentadbiran yang mengelirukan ini.


Rakyat ramai juga ada perasaan. Bukan pemimpin UMNO sahaja yang mempunyai perasaan itu. Bukankah kita ini manusia yang merupakan secantik-cantik kejadian Tuhan? UMNO mesti menghormati rakyat dan jangan terus menerus mempersendakan perasaan rakyat yang sedang melakukan introspeksi diri dengan serius.


UMNO wajar memberhentikan buruk laku ini. Jadilah sebuah parti yang 'gentleman'. Jangan jadi parti ‘gila talak’. Apabila sampai waktu duduk di luar, duduklah di luar.

Posted by Aspan Alias at 09:25

TERKINI! Keputusan Pilihanraya Kampus UM Digantung!



TERKINI!



Keputusan rasmi Pilihan Raya Kampus bagi Universiti Malaya (UM) terpaksa digantung ekoran dua kerusi iaitu di Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat dan Fakulti Pendidikan mendapat undi sama banyak.

Difahamkan, pengundian semula di kedua-dua fakulti itu akan dilakukan esok 26 September bagi menentukan keputusan rasmi.

Bagaimanapun, keputusan setakat ini menyaksikan kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) (gambar) kampus itu mendahului dengan kemenangan di 20 kerusi.

Ianya diikuti rapat dengan kumpulan Pro-Aspirasi yang condong kepada Barisan Nasional (BN) yang dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa, yang menang 19 kerusi manakala calon bebas menang di dua kerusi.

Keseluruhan kerusi yang dipertandingkan bagi kampus UM adalah 43 kerusi iaitu sembilan kerusi umum dan 34 kerusi di peringkat fakulti.

Dengan keadaan yang berlaku itu, keputusan penuh bagi PRK UM tergantung dan hanya akan diketahui esok.

Pada PRK tahun lalu, Pro-M universiti itu berjaya memenangi 23 kerusi dari keseluruhan yang dipertandingkan sekaligus berjaya membentuk Majlis Perwakilan Pelajar.

Bagaimanapun keputusan hari ini meyaksikan Pro-M hilang tiga kerusi berbanding tahun lalu.

Keputusan PRK di kampus UM sering menjadi perhatian ekoran legasi UM sebagai universiti tertua di Malaysia dan sering dilihat sebagai nadi kepada gerakan mahasiswa di negara ini.

UM juga sering diibaratkan sebagai "mini Malaysia" yang mana komposisi mahasiswanya boleh dikatakan seimbang dalam mengikut pecahan kaum selain menjadi cerminan terhadap keputusan pilihanraya umum nasional.

Sementara itu, lain pula halnya di kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) apabila keputusan pilihanraya universiti itu dibatalkan ekoran kerosakan pada sistem E-Voting.

Pihak senat universiti membuat keputusan itu dan akan menggunakan sistem manual apabila tarikh pilihanraya ditentukan kelak.

Ahad, 23 September 2012


Umno Pun Tak Pernah Terfikir, Lim Guan Eng Cadang Nama Lapangan Terbang Antarabangsa P.Pinang P.RamleeKenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 23.9.2012.

Mencadangkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Dinamakan Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee Demi Mengenangkan Jasa Seniman Terunggul Ini Dan Menggalakkan Mutu Kerja Pembesaran Bertaraf Antarabangsa. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan agar menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee demi mengenangkan jasa seniman terunggul ini dan menggalakkan kerja pembesaran dijalankan dengan baik dan elok secara bertaraf antarabangsa. Pulau Pinang amat bangga bahawa Allayarham Tan Sri P. Ramlee adalah anak negeri Pulau Pinang yang dibesarkan dan belajar di sini.

Masih ada ramai yang tidak tahu bahawa P. Ramlee berasal dari Pulau Pinang dan bahawa masyarakat majmuk dan terbuka serta menggalakkan pembentukan bakat yang wujud pada masa itu di Pulau Pinang membolehkan P. Ramlee menrealisasikan potensinya sebagai seniman, pelakon, pemuzik dan penyanyi yang paling cemerlang dalam sejarah Malaysia. P. Ramlee pernah dipilih pelakon terbaik Asia.

Memandangkan beliau dikenali umum di peringkat antarabangsa adalah wajar nama beliau terukir di peringkat antarabangsa seperti Lapangan Terbang yang berhubungkait dengan pentas dunia.

Pada masa yang sama, keadaan kerja semasa membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa sebanyak RM 250 juta di luar atau di dalam agak kurang memuaskan dengan kebocoron air hujan, kualiti kerja kurang baik dalam banyak aspek, kelambatan siap kerja dan pengurusan kerja yang mengganggu penumpang-penumpang.

Terlalu banyak aduan diterima bukan sahaja daripada penumpang tetapi juga daripada pekerja-pekerja dalam lapangan terbang tersebut.Adalah diharapkan pihak berkuasa Kerajaan perseketuan boleh menjalankan semakan setiap minggu untuk mengenalpasti masalah tersebut yang timbul agar ia tidak ditutup begitu sahaja. Kebimbangan semua pihak adalah bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee ini akan menjadi suatu lapangan terbang bermasalah sebaik ia siap kelak.
LIM GUAN ENG

337 Penghuni “Minum Air Mayat” Tuntut RM100 Juta









Tawau – Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di sini hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.

Penduduk yang diwakili peguam Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, di sini kira-kira 2.45 petang.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.

Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu.

Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang merupakan ejen defendan pertama.

Plaintif mendakwa pihak defendan telah melakukan enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa sahaja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ.

Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air perumahan itu.

Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan.

Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.

Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti dengan yang baharu.– BERNAMA


Penduduk ‘Terguna’ Air Mayat Reput Dalam Tangki Air

Mayat seorang lelaki bogel dan hampir reput dijumpai di dalam sebuah tangki simpanan air di Projek Perumahan Rakyat Sri Titingan.

Mayat dijumpai oleh seorang kakitangan pengurusan perumahan berkenaan kira-kira 8.30 pagi selepas mendapat aduan penghuni bahawa air yang mereka gunakan sejak seminggu lalu berbau seperti bahan pencuci dan busuk.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin, mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

“Siasatan awal kita mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, mahu Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kimia sentiasa memeriksa tangki simpanan air di kawasan perumahan.

Sabtu, 22 September 2012

Tengok neh bukti sifat hipokrit orang umno !!!





Kecoh lagak hero konun mereka pembela islam tapi tanpa di sedari pemimpin Umno la yang banyak menghina agama islam tanpa mereka sedari.
Telah banyak bukti ucapan dari pemimpin umno yang secara jelas menghina islam tetapi tiada satu pun dari mereka berani menyanggah atau membuat laporan polis berhubung kes ini.

tetapi Bila kenyataan dari Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkenaan bantahan filem hina Nabi wow!! sana sini buat lapuran polis menghentam pengerusi DAP ini.
Aku bukan la sokong sangat kenyataan pengerusi DAP Datuk Ngeh kerana sebagai orang islam aku pun terguris perasaan bila dia berkata demikian ,tetapi bagi aku Ngeh tak lebih dari seorang kafir yang sememangnya jahil dalam bab agama islam sudah tentu beliau bercakap tanpa ilmu agama yang cukup.
Tetapi ada pemimpin islam yang telah menguris dan menghina islam secara jelas dan terang dari pengerusi Dap ini kenapa tiada bantahan atau laporan polis.Menakfikan satu ayat dari Al Quran maka kita boleh tergelincir akidah ,bayangkanlah kalau berterusan pemimpin ini merendah serta memperkecikkan hal agama dan tentu tak ada dia dalam golongan munafik atau pun kafir.

Kesilapan Ngeh itu telah beliau sedari lalu memohon maaf atas ketelanjuran beliau kerana telah menguris perasaan umat islam Malaysia ,tetapi adakah anda pernah dengar dari mulut mulut pemipin yang konun mengaku sebagai orang dan pembela islam memohon maaf secara terbuka bila terlanjur kata menghina islam?
tuihhhh...hipokrit

Najib - Taib Mahmud Seorang yang Papa Kedana..






Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengumpulkan kekayaaan berbilion ringgit.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara hari ini, Najib menjelaskan, terdapat banyak dakwaan dibuat dan ia tidak perlu diambil pusing.

NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

NAJIB COVERLINE TAIB MAHMUD





DEY MACHA!!!
KALAU TAK BETOI KASI SAMAN LA BMF
BUKAN SEKADAR MENAFIKAN
TANPA APA-APA FAKTA

PALING KOMAN PUN SURUH LA SPRM SIASAT
BUKANNYA TERUS COVERLINE
NAMPAK SANGAT PEMIMPIN BN DAH TAKUT
PASAI DEPA SEMUA BANYAK KUMPUL KEKAYAAN
KAH! KAH! KAH!

PM tolak dakwaan kekayaan Taib Mahmud

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengumpulkan kekayaaan berbilion ringgit.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara hari ini, Najib menjelaskan, terdapat banyak dakwaan dibuat dan ia tidak perlu diambil pusing.

NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

UKM: Pro-Mahasiswa Dah Menang 7 Kerusi Tanpa Bertanding




Kumpulam Pro-Mahasiswa memenangi tujuh kerusi tanpa bertanding pada hari penamaan calon pilihan raya kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.

Kerusi-kerusi itu dimenangi tanpa bertanding selepas tiada cabaran sehingga tamat sesi pencalonan semalam.


Artikel Penuh

GAMBAR YANG MENYENTUH JIWA DAN MENAIKKAN SEMANGAT JUANG UNTUK MENUMBANGKAN UMNO/BN PADA PRU 13 NANTI!!!






Inilah sekeping gambar yang cukup menyentuh jiwa admin.

Keberanian yang dipamirkan beberapa anak muda yang berikhtizam mau menumbangkan UMNO/BN.

Jumaat, 21 September 2012

kunjungan pas jementah ke rumah terbuka yb mohamed taslim


Isu Gambar Superimposed: Khalid Samad Menang Lagi Kes Ke Atas Adun Umno




Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Exco Kerajaan Negeri Perak dan juga ADUN Sungai Rapat, Perak, Hamidah Osman dengan kos bagi mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang diberikan pada 1 Jun yang lalu.

Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Rayuan yang dianggotai oleh Hakim Datuk Ramly Haji Ali, Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Anantham Kasinather memutuskan bahawa mereka bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa bagi mendengar kes tort.




Artikel Penuh

Cikgu Azliza Disyaki Telah Dipukau Sebelum Dilarikan





Minta perhatian kepada semua rakan! Andai anda terlihat atau terjumpa wanita seperti di dalam gambar tersebut, sila hubungi ke balai polis terhampir atau anda boleh hubungi terus ke talian 019-7986520 atau 07-8952486 (bapa wanita tersebut).


Artikel Penuh

Kalau Tidak Mau Tol, Buang Barisan Nasional



Tak payah nak bincang2 lagi. Kalau nak tengok tol hapus, undilah Pakatan Rakyat dan tolak Barisan Nasional 

Buddhi Hekayat bidas Datuk Rais Yatim isu dana industri kreatif RM320 juta


Sumber KeadilanDaily

Penulis lirik, Hasmi Hashim menggesa Datuk Seri Rais Yatim mengemukakan ke mana perginya Dana dan Geran Industri Kreatif sebanyak RM320 juta yang diperuntukkan bagi membantu industri perfileman, kesenian dan kebudayaan negara.

“Hanya sebilangan kecil saja yang kita ketahui mendapat dana kreatif tersebut, contohnya seperti (Pengarah) Uwei Haji Saari dan KRU, jadi siapa selebihnya yang dapat?

“Kita ingin bertanya dan meminta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Rais Yatim supaya mengemuka, memperjelas dan membentangkan siapa dan syarikat mana yang memperoleh dana tersebut.


“Kita tidak mahu ia disalahguna oleh pihak tertentu,” katanya yang juga Ketua Cabang KEADILAN parti Sulong, ketika dihubungi.

Semasa pembentangan Belanjawan 2010, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan menyediakan Dana Industri Kreatif berjumlah RM200 juta bagi membiayai aktiviti pengeluaran filem dan drama, muzik, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan tempatan.
Pada Mac tahun ini, Rais Yatim turut mengumumkan peruntukan Geran Industri Kreatif sebanyak RM120 juta lagi bagi membantu karyawan dan seniman mencetuskan idea, kreativiti dan inovasi melalui hasil karya mereka.

Buddhi Hekayat bidas Zed Zaidi


Pada masa sama, Hasmi yang juga seorang penulis membidas kenyataan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang menyatakan golongan artis yang menyertai Pakatan Rakyat, dibayar untuk memburukkan kerajaan.

“Kenyataan seperti ini adalah tidak berasas sama sekali dan ianya bukan isu pokok, isu pokoknya ialah perjuangan dapatkan keadilan & hak-hak golongan artis,” kata penulis lirik yang dikenali menerusi lagu Awan Nano ini.

“Ada masalah yang lebih besar yang patut dipersoalkan contohnya seperti menggunakan wang rakyat untuk membeli kilang arak, kenapa tidak persoalkan?,” katanya.

BUKTI PENDIDIKAN DI MALAYSIA LEBIH BAIK DARI AMERIKA,BRITAIN DAN JERMAN


PENDIDIKAN MALAYSIA LEBIH BAIK DARI NEGARA MAJU KATA MUHYIDDIN - INI BUKTINYA!! 


Timbalan Perdana Menteri kita...
merangkap Menteri yang bertanggungjawab memberikan projek fidlot bernilai RM250 juta kepada syarikat keluarga Sharizat mengumumkan bahawa Generasi muda negara ini mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding pelajar di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman...

Berikut adalah pengumuman beliau yang dengan rasa tidak bersalahnya berbangga dengan kenyataan tersebut...



Demi untuk membuktikan kata-kata Menteri Pelajaran Malaysia ini...
maka mari kita lihat pembangunan yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia terhadap pendidikan bagi rakyat negeri Sabah....

Yang ini adalah..
Sekolah kebangsaan Tampulan Telipok 
Kota Kinabalu Sabah 
Malaysia



Yang ini pulak adalah..
Sekolah Kebangsaan Pulau Bait,Semporna 
Sabah,
Malaysia





Sabah selama ini dianggap sebagai deposit tetap BN setiap kali pilihanraya...
tempat BN yang paling selamat selain Sarawak..

Tetapi...
inilah balasan yang diberikan kepada rakyat Sabah..
kehidupan rakyat Sabah tidak dijaga seperti yang sepatutnya..
tidak berbaloi dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat Sabah terhadap BN...

Maknanya....
sekolah kat Britain lagi teruk lah dari yang ni yer..?

hati-hati dgn perisik dalam parti

Kekalutan yang berlaku kebelakangan ini di kalangan Pakatan rakyat khususnya di dalam PAS sendiri tidak lari dari peranan perisik perisik yang berada di dalam parti itu sendiri. Mungkin jika di sebutkan di sini siapakah perisik perisik polis yang boleh di syaki di dalam Pas sudah tentu ianya akan menjadi satu perdebatan yang tidak ada nohtahnya kerana orang Pas tak mungkin dapat di terima jika yang di syaki itu bertitlrkan USTAZ.

Teorinya :

Sekiranya ajen tersebut kita andaikan seorang bekas tahanan ISA.

Setiap tahanan ISA akan di tawarkan beberapa pilihan jika mereka mahu segera di bebaskan selain ugutan. Antara tawaran itu ialah :

1. Mengaku atas segala tuduhan yang di lemparkan kepadanya.

2. Mengaku dan menyesal di atas penglibatan di dalam parti pembangkang.

3. Memilih mana mana parti kompenan BN sebagai wadah perjuangan jika di bebaskan.

4. Membuat tuduhan segala kerja yang bertentangan dengan undang2 adalah arahan dari parti atau pun pimpinan parti.

5. Bersetuju untuk menjadi mata dan telinga serta agen propaganda polis di dalam parti, organisasi dan masyarakat.

Kita ambil perkara yang ke 5.

Bagi tahanan yang sudah tidak tertahan lagi dengan segala deraan mental dan memilih untuk menjadi ajen kepada pihak polis ianya akan terbahagi kepada 2 kerja iaitu ;

1. Menjadi seorang yang mengeluarkan maklumat dan rahsia parti.
2. Menjadi seorang yang membuat propaganda untuk memecah belahkan parti.

Bagaimana bekas tahanan ISA ini melolos diri di dalam parti pembangkang terutamanya PAS?

1. Tahanan ini akan memuncak namanya bila beliau di tahan dalam ISA lebih2 lagi beliau adalah seorang bekas aktivis parti sebelum dia di tahan dan mendapat liputan media seperti harakah.

2. Apabila di bebaskan beliau akan di sambut sebagai seorang wira yang berjaya mengharungi dugaan di dalam tahanan dan mula berjinak dengan ahli2 Pas di tempat beliau di arahkan untuk menyusup masuk ke dalam jawatankuasa parti

3. Selepas tamat tempoh edah tahanan di rumah beliau akan terus menjadi seorang ahli yang aktif di dalam parti sambil menjadi tenaga pengajar di markas2 pas untuk menarik sokongan ahli bila ada mesyuarat agung parti.

4. Ahli pas yang sudah sinonim dengan kekaguman mereka dengan title ustaz tidak teragak agak untuk mencalonkan Ajen propaganda ini sebagai seorang yang penting di dalam organisasi di peringkat kawasan. Selalunya ini akan terus ke kepuncak iaitu jawatan Yang Di Pertua Pas kawasan.

5. Ajen propaganda ini akan sentiasa mendapat nasihat dan panduan daripada pihak polis di dalam semua urusan perancangan parti.

6. Perkara yang pertama yang Ajen propaganda ini akan lakukan setelah menjadi pemimpin tertinggi PAS di peringkat kawasan ialah

a. mencantas semua aktivis parti yang lebih pandai daripadanya atau yang dia rasa tidak boleh mengikut kehendaknya.

b. Melantik ajk kawasan mengikut kehendak hatinya di kalangan orang2 yang bodoh dan angguk2 tapi tidak boleh geleng2.

c. Memonopoli pentadbiran kawasan, pemuda dan muslimat dengan meletakan keluarganya sebagai ketua dan ajk

d. Menawarkan dirinya sebagai orang2 penting dalam organisasi di bawah Pas seperti Pemuda, muslimat dan Unit amal seperti menjadi Naqib dan sebagainya.

e. Ajen propaganda ini akan terus menjadikan dirinya sebagai seorang yang mempunyai kuasa veto dalam membuat keputusan dalam segala segala hal.

f. Seterusnya melobi dirinya dan orang bawahannya untuk terus melolos diri di dalam jawatankuasa perhubungan negeri dan akhirnya ke pusat.

7. Kejayaan Ajen propaganda ini dalam mendapat tempat di dalam organisasi parti akan terus di pecah2kan kerjanya kepada beberapa tindakan seperi membuat propaganda di dalam parti. Antaranya ialah :

a. Memecah belah perpaduan PAS di peringkat cawangan dengan mewujudkan klip2 tertentu iaitu pro beliau dan sebaliknya.

b. Menghasut ajk kawasan dan cawangan serta dewan2 untuk membenci pakatan rakyat iaitu DAP dan PKR serta Dato’ Seri Anwar.

c. Menimbulkan isu perkaumanan yang sempit.

d. Melarang ahli PAS membantu parti2 lain di dalam
Rakyat.

e. Melaga lagakan ahli Pas dengan ahli PKR dengan mencipta berbagai isu di dalam usrah dan mesyuarat.

f. Meminta berbagai jawatan di dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti JKKK dan ahli majlis di berikan kepada Pas terutamanya kroninya.

g. Merancang segala konspirasi senyap untuk terus membuat rakyat membenci Pas dan Pakatan Rakyat.

8. Hasilnya ialah

a. Berlakulah perpecahan di dalam Pas. PKR dan DAP menjadi musuh dengan alasan Pas tidak mendapat tempat di dalam pentadbiran kerajaan negeri.

b. Boikot Pemuda Pas Pulau Pinang dan beberapa kawasan2 dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

c. Keluarlah kenyataan senada dengan UMNO dari perwakilan pemuda di dalam muktamar bahawa dato’ Seri Anwar adalah ajen USA.

d. Suara ahli tidak sampai lagi di telinga Pimpinan tertinggi kerana si perisik durjana ini akan menapis segala keluhan daripada ahli dari sampai keatas.

e. Segala keputusan dan maklumat parti sentiasa bocor.

Dengan itu berhati hatilah dengan manusia yang kamu sangka seorang yang hebat berjuang dan petah ayat qurannya. Mereka ini berada di sekeliling anda.

Mereka ini mungkin pemimpin anda. Jangan mudah kagum dengan orang yang keluar dari ISA kerana ada antara bekas tahanan ISA ini telah mementerai satu perjanjian dengan pihak polis. Berhati hatilah dengan mereka yang meminta jawatan.

Terpulanglah kepada penilaian pembaca sekalian di atas tulisan ini. InsayaAllah segalanya akan terbongkar. Hanya masa yang akan menentukan bila ianya akan berlaku.

Apa yang ditakutkan oleh si perisik durjana ini ialah jika kerajaan yang ada sekarang berubah kerana apabila semua pentadbiran keselamatan Negara bertukar tangan segala rahsianya akan bocor.

Perisik ini tidak mungkin akan dapat berlindung lagi bila segala fail pihak keselamatan akan di buka semula oleh Menteri Dalam negeri yang baru. Ketika itu rakyat akan tahu siapakah dalang di atas segala yang terjadi pada hari ini.

Oleh kerana itu perisik ini akan sentiasa memastikan BN akan terus berkuasa agar rahsianya akan terus tersimpan, tetapi di mungkin lupa di sebelahnya juga punya perisik yang tidak pernah tidur.


alfatihah ibrahim chik pejuang sebenar tnh melayu

Rabu, 19 September 2012

Allah Tabik Dengan umno..????







Merujuk kepada entry ini, ada la sorang malaun dari puak umnoporno syaitun laknatullah nirojim, angin bebenor gamaknya dengan gua... hahahahaha....

Syaitan akan tetap pertahankan Syaitan beb..., katanya Haji Hadi dah mengkafirkan semua orang.... hahahaha... gua sokong (jika benar) Haji Hadi mengkafirkan puak2 umnoporno laknatullah yang tak Solat 5 waktu/fardhu... sebabnya ramai kenalan umnoporno yang gua kenal rapat spesies liat nak mampus pasal solat nih....


Tapi takpa... lu orang baca dulu apa komen penchachai bangang nih... email dan IP adress pun ada jika lu orang nak berkenalan dengan dia... hahaha... (gambar tu adalah evolusi umnoporno)..;

Gas commented on Jom... Bunuh umno/barisan nasional...!!!! - IkutSukaAku-Isa:

Hadi Awang dah kafirkan kamu semua bro. Jadi apa nak cerita,,, dah meroyan si mangkut hayon ini ikut suka dia dah pun jadi gila . Bodoh punyer manusia. entah2 bapak dia dah kena liwat dengan Anwar Ibrahim sebab itu dia ini dah otak mereng.Tanpa UMNO bapak kamu dan emak kamu mungkin dah jadi pelacur.

Email: tonkgas@gmail.com
IP address: 175.143.162.48Dan untuk membezakan antara orang Kafir dengan orang Islam adalah penjagaan Solatmereka... gua nak tanya lu orang semua... lu orang ada tak kenalan yang berpartikan umnoporno nih... lu orang perhatikan kenalan umnoporno lu orang tu... jaga tak Solat diorang... hahahaha....!!!!

Contohnya umnoporno yang gua kenal di sini... ramai yang tak Solat beb..., Tanpa ada perasaan MALU apatah lagi dengan muka diorang bertampal kulit BABI 14 inci masih ada hati nak mengaku sebagai orang ISLAM.... muakakakaaaa....!!!! Gua rasa bukan takat Haji Hadi jer... cakap macam tuuuu... Fathul Bari dengan Dr. Maza pun sokong statement gua nih.... hahahaha...!!!!


Sesiapa yang ENGKAR perintah Allah maknanya KAFIR laaaaa... apatah lagi kalau taktunaikan Solat dengan sengaja... sendiri mau ingat laaaaa..... hahahaha... so kepada pengomen bernama GAS kat atas tu lu tanya diri lu sendiri... dah solat ke belum.... hahahaha....!!!! Lu tipu gua takpa beb... tapi jangan tipu Allah... nanti kang tak pasal2 mampus kena langgar lori sport toto... hahahahaha...!!!!

Part yang paling best bila malaun tu taip kat situ, "Kerana UMNOporno Mak dan Bapak dia terselamat daripada menjadi PELACUR".... muakakakakaaaaa....!!!!

Hebat betul umnoporno nih.... Mengalahkan Allah pulak dah...!!!! Kalau macam tu Allah pun tabik spring laaaa... dengan puak2 umnoporno nih..., itulah jadinya apabila menjadi pengikut Nabi Mahadeath, berkitabkan Lord Reid, bertuhankan umnoporno... hahahaha...!!!!

Nota: Daripada bercakap dengan puak2 umnoporno yang Hati dah Gelap... adalah lebih baik layan PS3... hahahaha...!!!!

Selasa, 18 September 2012

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri




Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri...


1. Gaji Pokok RM18,000

2. Elaun Keraian RM10,500.00

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 -

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia (sebenarnya duit rakyat)

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit, satu driver, minyak percuma. Kalau pakai pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan. ~malique

ganjaran AS3.3 juta (RM10 juta)memenggal kepala



Iran menaikkan ganjaran AS3.3 juta (RM10 juta) kepada mana-mana individu yang dapat memenggal kepala penulis murtad, Salman Rushdie atas penghinaannya terhadap Nabi Muhammad SAW, melalui penulisan bukunya berjudul The Satanic Verses pada tahun 1988.
Pengumuman itu dilakukan Pengurus Yayasan Khordad 15, Ayatullah Sheikh Hassan Sane’ei dalam satu kenyataan sebagai susulan protes di seluruh dunia terhadap produksi film menghina Nabi Muhammad SAW yang telah berlanjutan pada hari kelima.

“Hari ini adalah masa paling sesuai untuk menjalankan pemburuan kepala Rushdie.Kami tidak memberi ruang terhadap sebarang konspirasi anti-Islam yang dilakukan oleh rejim Zionis dan ini adalah waktu terbaik untuk melakukan jihad”, katanya.

Pada Februari 1989 bekas pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Khomeini telah mengeluarkan perintah agama dengan menuntut kematian ke atas novelis berdarah Inggeris-India itu.

Ketika itu, beliau menawarkan ganjaran AS$500,000 (RM1.5 juta) kepada mana-mana individu yang berjaya membunuh novelis tersebut.

P/S- Berapa juta agaknya untuk kepala penghina Islam terbaru???
-sumber

Khamis, 13 September 2012

sabah serawak nak keluar malaysia..

sabah dan serawak akan keluar malaysia..ni buktinya kerajaan umno dengan barisan nasional
tidak dapat mentadbir negara dengan baik..so biarlah video ni yang menceritakan segalanya..

Rabu, 12 September 2012


Polis Buru Samseng Umno ??





Kuala Terengganu - Polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan menghina gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang disiarkan di sebuah portal berita Jumaat lepas.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah/Perundangan Terengganu Supt Luqman Abdul Rahman berkata siasatan dilakukan setelah polis menerima laporan berkenaan perkara itu di Balai Polis Kerteh, Kemaman, Sabtu lepas.


"Gambar dalam portal berkenaan menunjukkan beberapa lelaki melakukan perbuatan menghina pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.


"Salah seorang daripada mereka seolah-olah membuang air kecil pada gambar pemimpin itu. Perbuatan yang dilakukan ini kita kira sangat serius kerana ia menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Luqman berkata setakat ini polis masih mengesan sama ada kejadian sebenar berlaku di Terengganu atau di tempat lain serta latar belakang kesemua suspek.


Beliau menggesa individu yang bertanggungjawab tampil menyerah diri secepat mungkin dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran. -BERNAMA


Rupa-Rupanya Sebab Nih Ust. Azhar Idrus Tolak Jadi Calon PAS Pada PRU13



Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan koleksi ceramah agama di Youtube yang kini sebagai sandaran Pas memeriahkan ceramah politik parti itu telah menolak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka berlangsung tahun 2012 ini. Kenapa?


Ustaz Azhar Idrus : Enggan Berpolitik Secara Serius!! Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beliau difahamkan Ustaz Azhar Idrus enggan terlibat secara langsung dalam politik kerana mahu terus berdakwah dengan cara sendiri.

“Ustaz Azhar Idrus sekarang ini merupakan ikon khususnya di kalangan generasi muda, jika Ustaz Azhar Idrus berada di platform kita, ia sesuatu yang baik, tetapi awal-awal lagi Ustaz Azhar Idrus sudah menolak.


“Difahamkan, Ustaz Azhar Idrus menolak sebelum kami sempat membuat penelitian, lagi pun nama Ustaz Azhar Idrus tidak dikemukakan secara rasmi, cuma disebut-sebut di kalangan ahli parti,” katanya. ~harakahdaily

Addin :

Tak semua orang mahu dan boleh jadi calon.. tapi yang penting dokong dan sokong perjuangan yang mulia ini.

Ahad, 9 September 2012

Edisi Muntah: Tua botak UMNO joget & cium bapok +Video






TDIU A!!! Video begitu khusyuknya ahli UMNO 'beribadah'?


Pemimpin besar UMNO yang menjadi idola kepada kebanyakkan Blogger Pro UMNO pernah mengibaratkan UMNO/BN itu umpama Syaitan.

Mengulas kenyataan Mahathir itu Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata “Kalau bekas presiden Umno pun mengatakan kerajaan BN adalah syaitan, maka langkah paling tepat ialah segera meninggalkan Umno dan berhijrah kepada Pakatan Rakyat,”


Sambil itu beliau juga memetik Al-Qur’an Surah Fathir, ayat 6 yang bermaksud “Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu. Kerana itu hendaklah kamu memusuhinya. Syaitan hanya bermaksud mengajak golongan yang terpedaya supaya sama-sama menjadi penghuni neraka.”


Dalam kumpulan syaitan, penghulu nya ialah Iblis. maka jika Dr Mahathir kata BN adalah syaitan, maka UMNO sebagai ketua , mestilah Iblis.


Bukan aku yang kata, Dr Mahathir, bekas Presiden UMNO yang kata. Oleh kerana ia datang dari Dr Mahathir, maka ianya mestilah suatu kebenaran. UMNO ialah parti Iblis.


Dengan Masjid yang merupakan 'Rumah Allah' dan tempat beribadat ummat Islam sendiri tidak terlepas dari serangan Ahli-ahli atau penyokong-penyokong Parti Syaitan itu (Videonya di SINI ) ianya menimbulkan persoalan di mana dan bagaimanakah mereka beribadat?


Video di atas menunjukkan mungkinkah ini caranya ahli-ahli Parti Syaitan itu beribadat...


Dah nak mampos pun masih tak sedar diri!! ASD

Rungutan Kakitangan Ker ajaan Terhadap Najib


Berita mengenai dua ekor panda yang dipinjamkan oleh Kerajaan China kepada Malaysia dua tiga minggu lalu sebenarnya masih lagi menjadi percakapan umum terutamanya di kalangan pegawai tinggi kerajaan.
Kesediaan Najib menerima hadiah yang dipinjamkan sempena meraikan empat dekad hubungan mesra Malaysia - China itu menimbulkan beberapa persoalan tentang kebijaksanaan Najib dalam membuat keputusan.

Dengan bersedia menerima panda itu yang dijangka akan ditempatkan di Taman Wetland, Putrajaya, ia bukan saja menyebabkan kita terpaksa menyediakan prasarana khusus yang menyerupai habitat asal panda yang hidup dalam iklim sejuk tetapi juga terpaksa mengimport buluh khas daripada China sebagai makanannya.

Kita juga dikatakan terpaksa menghantar beberapa kakitangan menjalani latihan ke China untuk menjalani latihan berkaitan panda serta memahami secara menyeluruh mengenai kehidupan panda itu. Dalam masa yang sama, beberapa kakitangan daripada China's Wulong Panda Research Institute, badan yang bertanggungjawab menyewakan panda itu, akan turut ditempatkan di negara ini bagi mengawasi kehidupannya sepanjang panda tersebut berada di negara ini.

Secara keseluruhannya, sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina, kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kos RM20 juta sepanjang 10 tahun dua ekor panda itu ditempatkan di negara ini.


Perkara yang menimbulkan persoalan di kalangan pegawai tinggi kerajaan ialah tentang kebijaksanaan Najib menerima permintaan China untuk memelihara panda itu. Mereka berpandangan sebaiknya Najib menolak permintaan China itu dengan baik sambil mengambil kira faktor cuaca, makanan dan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung itu.

Bagi pegawai tinggi kerajaan, masih banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk meraikan hubungan mesra yang telah terjalin selama 40 tahun antara Malaysia dengan China, selain daripada memelihara panda. Jika pun ingin sangat meraikan hubungan diplomatik yang mesra itu, ia juga boleh dilakukan dengan mengadakan pertukaran rombongan kebudayaan, pertukaran pelajar, lawatan belia sambil belajar secara tetap dan sebagainya.

Dalam kedudukan Najib sendiri dipertikaikan oleh rakyat, memelihara dua ekor panda dengan kos RM20 juta melalui wang pembayar cukai selama 10 tahun tentulah memburukkan lagi persepsi beliau di mata rakyat.

Rasa tidak setuju rakyat terhadap panda itu terserlah bilamana Najib dalam laman facebook bahasa Cinanya meminta rakyat turut memberi nama kepada dua ekor panda itu, ia akhirnya menjadi persendaan maya di mana antara nama yang dicadangkan ialah cin cin & beg beg, Altantuya & Scorpene dan sebagainya.

Para pegawai tinggi kerajaan juga bimbang hubungan Malaysia dan China akan terjejas serta menjadi isu besar di antara kedua negara sekiranya panda itu mati dan sebagainya berikutan persekitaran habitatnya yang dibina nanti tidak bersesuaian.

Selain isu panda, pegawai tinggi kerajaan juga menyifatkan tindakan pentadbiran Najib mengadakan pelbagai program melibatkan rakyat hampir setiap minggu dan sepanjang masa sejak beberapa bulan lalu sebagai meletihkan kakitangan kerajaan.

Secara umumnya, pegawai kerajaan memang sedia berkhidmat dan menurut arahan daripada pemerintah tetapi yang menjadi persoalan ialah program-program itu sudah berjalan secara marathon sejak beberapa lama dan masih tidak ternampak tanda-tanda Najib akan mengadakan pilihanraya dalam waktu yang terdekat ini.

Mereka juga dapat merasakan pastinya dalam bulan Ramadan dan Syawal nanti, program-program yang melibatkan rakyat akan berlipat kali ganda lagi dari segi bilangan dan saiznya kerana Najib nampaknya masih berusaha meraih sokongan sebanyak-sebanyaknya sebelum mengadakan pilihanraya.

Para pegawai kerajaan kini mengadu sudah beberapa bulan keletihan dan tidak tahu sampai bila lagi mereka akan terus keletihan di bawah pentadbiran Najib ini.

Gempar - Paris Hilton Sudah Memeluk Islam?



Written By canang on Ahad, 9 September 2012 | 9/09/2012 09:27:00 PG



JEDDAH - Arab Saudi - Artis terkenal, Paris Hilton telah menukar agama kepada islam menurut jurucakap beliau, Ian Brinkham melalui media CBS. Dengan menukar agama kepada islam, beliau telah mengambil keputusan untuk meninggalkan cara hidup lama sebagai selebriti dan artis terkenal.


Katanya "saya telah menemui kedamaian dalam hidup saya selepas menganut islam. Sebelum ini, saya lebih dikenali sebagai seorang yang tidak bermoral, rendah akhlak dan sanggup melakukan kerja-kerja kotor, tetapi sekarang semua itu sudah berubah. Pujian hanya kepada Allah".

Paris Hilton telah menukar namanya kepada 'Tahirah' yang bermaksud suci dalam bahasa arab. Beliau akan mula memasuki sekolah agama islam pada julai lalu. Tindakan mengejut Paris Hilton ini pastinya akan menjadi igauan buruk bagi selebriti-selebriti terkenal yang lain ..Alhamdulillah... Subhanallah... jikalau Allah ingin membuka pintu hati hambanya, bila-bila masa dan pada sesiapa jua yang Dia inginkan...

Panas!! Umno Cawangan Di Pasir Salak Di Bubarkan Serta Merta


Posted by Addin at 9/09/2012

Umno Pasir Salak menerima tamparan hebat dimana seramai 35 orang ahli Umno cawangan Pulau Juar di DUN N 49 Kampung Gajah dengan rasmi keluar parti semalam.

Penyerahan borang beramai ramai untuk menjadi ahli Pas telah diserah kepada Mantan Menteri Besar Perak Dato Sri Nizar Jamaludin pada satu majlis jamuan hari raya Pas kawasan Pasir Salak.

Penyerahan borang itu diketuai oleh Saudara Mohd Jamil yang merupakan ketua cawangan Umno Pulau Juar . Pulau Juar sebelum ini merupakan kubu Umno.

Menurut sumber berita sebab mereka keluar dari parti Umno kerana rasa tidak puas hati dengan pergerakan itu.



Dengan penyerahan borang keahlian untuk menjadi ahli Pas maka dengan rasminya mereka telah mengistiharkan bahawa cawangan Umno Pulau Juar di bubarkan.

Dengan berita pembubaran cawangan serta kemasukan ahli Umno Pulau Juar diharap ahli Pas serta Pakatan Rakyat kawasan Pasir Salak mempergiatkan lagi usaha agar pada pilihan raya umum yang akan datang dapat merampas Parlimen Pasir Salak ,Dun Sungai Manik serta Dun Kampung Gajah dari tangan BN.

Media Perak.Com mengucapkan syabas kepada Pas kawasan Pasir Salak kerana berjaya meroboh benteng Umno di kawasan tersebut.

Bye Bye Umno…~~~

~mediaperak

PIJAK GAMBAR KENE GARI KENCING GAMBAR MCM MANA PULAK?KITA TENGOK BRAPA LAMA PDRM BOLEH CARI SUSPEK




Warga Aman beri masa 48 jam untuk polis tangkap mereka yang kencing gambar pemimpin Pakatan Rakyat atau mereka akan turun ke jalanraya..


KUALA LUMPUR, 8 Sept 2012 : Warga Aman hari ini memberi amaran kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan terhadap mereka yang bertindak kencing gambar menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam masa 48 jam untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab, atau mereka akan turun ke jalan raya.

Pengerusinya, Raja Ratnam Arumugam berkata, polis seharusnya adil dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perkara sedemikian seperti yang dilakukan terhadap mereka yang menunjuk punggung kepada gambar perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Polis seharusnya bekerja untuk rakyat, bukan untuk Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kerajaan boleh bertukar, tapi polis tidak boleh ditukar," katanya lagi.

Menurut Raja Ratnam, mereka tidak menyokong tindakan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar yang menunjukkan punggung dan memijak gambar perdana menteri, tetapi menuntut agar tindakan sama kepada mereka yang memijak gambar pemimpin pembangkang.

"Perdana menteri juga telah menggunakan bahasa kesat seperti haram jadah, apakah ini budi bahasa seorang pemimpin tertinggi negara?

"Mengapakah pihak polis tidak menangkap Najib sedangkan dia juga melaungkan kata-kata berunsur kesat?" kata Raja Ratnam lagi.

Sementara itu, Senator S. Ratmakrishnan berkata, mereka sudah turun ke Bukit Aman sebulan yang lalu untuk membuat aduan terhadap kes ini, tetapi tidak ada tindakan susulan dibuat.






"Polis dibayar gaji oleh rakyat, bukannya Umno dan BN.

"Jadi kami menuntut agar polis berlaku adil sebelum rakyat hilang kepercayaan dengan polis," kata Ratmakrishnan dalam sidang media hari ini.

Raja Ratnam mengetuai Warga Aman menghantar memorandum tersebut kepada ASP Mohd Fouzi Halim, yang mewakili Pusat Kawalan Malaysia (MCC) Bukit Aman.

Pihak polis baru-baru ini telah menubuhkan skuad khas untuk memburu mereka yang menunjuk punggung kepada gambar perdana menteri semasa himpunan Janji Demokrasi pada malam ambang merdeka yang lalu.

Sabtu, 8 September 2012

CURI BOTOL SHAMPOO DENGAN CURI JUTA2 DAPAT HUKUMAN SAMA DI MALAYSIA


TERKINI : ADAKAH ANDA MASIH INGAT DENGAN IMAM INI

MACAMANA DENGAN NASIBNYA
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas imam Hoslan Hussein atas kesalahan menghina mahkamah dengan melempar selipar ke arah panel hakim. Baca seterusnyadisini














Kes 1



Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.
Kes 2



Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz mengarahkan Chuah Guan Jiu, 22, dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik.
Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz berkata , "Mahkamah mengambil kira bahawa Chuah masih muda dan merupakan kesalahannya yang pertama.Kami juga mengambil kira hubungan seks tersebut atas kerelaan dan dia seorang pelajar yang tercicir dan demi masa depannya."

Menteri Pengajian Tinggi Yang Macam Orang Tak Mengaji


Jikalau pemimpin UMNO menjadi menteri di negara yang betul-betul mengamalkan demokrasi sudah pasti ramai yang dah tersungkur. Apa tidaknya, harta rakyat dan negara dibuat macam harta mak bapa mereka.


Terbaru, Menteri Pengajian Tinggi, Khalid Nordin disokong oleh Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yasin (juga Timbalan Perdana Menteri) telah membekukan pinjaman PTPTN kepada siswa Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) atas alasan ingin “memberi peluang” kerajaan PR Selangor melaksanakan dasar pendidikan percuma yang mereka war-warkan.


Walaupun pembekuan ini ditarik balik balik selepas 2 hari, ia tidak mengubah hakikat bahawa betapa kerepotnya pemikiran pemimpin UMNO. Pertamanya, cara mereka mentadbir hak rakyat dan hak negara dibuat ikut sedap hati mereka sahaja tanpa memikirkan konsekuensinya.


Sebelum mereka laksanakan sesuatu keputusan pernah tak mereka fikir logiknya terlebih dahulu. UNISEL dan KUIS bukan institusi pendidikan untuk rakyat Selangor sahaja. Rakyat seluruh negara datang untuk belajar di situ.


Dan jikapun rakyat Selangor sahaja yang belajar di situ, adakah mereka tidak berhak mendapatkan sebarang kemudahan negara yang ditawarkan kepada rakyat negeri lain. Sejak bila kita mengamalkan dasar diskriminasi kepada negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaysia.


Samada Selangor memberikan kemudahan pendidikan percuma atau tidak itu soal lain kerana tanggungjawab pendidikan rakyat tetap terpikul di bahu kerajaan persekutuan. Adakah menteri-menteri ini tidak faham apa yang dimaksudkan dengan konsep federalisme yang diamalkan di negara ini. Atau perlukah mereka “disekolahkan” dahulu sebelum dilantik menjadi menteri?


Jangan dek dendam kesumat kepada dasar pendidikan PR menjadikan mata kamu buta dan hati kamu mati. PR menjanjikan dasar ini dilaksanakan jika diberi amanah memerintah Malaysia kelak sesuai dengan tanggungjawabnya seperti yang termaktub di dalam perlembagaan negara.


Tetapi jika menteri UMNO masih juga nak kerajaan Selangor tadbir sendiri pendidikan rakyatnya, kita boleh setuju tetapi syaratnya segala cukai yang disumbangkan oleh rakyat dan komuniti perniagaan Selangor yang berjumlah RM 16 billion setahun wajar diserahkan kepada kerajaan Selangor. Jika setuju kita boleh bincang, sebab kini Selangor hanya dapat balik RM 400 juta lebih sikit daripada jumlah di atas daripada kerajaan persekutuan untuk kegunaan membaiki jalan dan longkang.


Hakikatnya kaedah “tak ada otak” yang diamalkan oleh pemimpin UMNO untuk sekian lama banyak mencalar kewibawaan mereka. Malah kita dah sampai ke satu peringkat di mana rakyat boleh bertanya tahap kewarasan otak pemimpin UMNO!


Sedarkah mereka bahawa tindakan politik dendam sebegini akan merugikan mereka sendiri atau mungkin mereka sengaja buat begitu dengan tujuan mensabotaj Najib? Sabotaj yang sama telah dilakukan oleh geng Muhyiddin terhadap Najib dengan tindakan mengasari peserta himpunan BERSIH 3.0 baru-baru ini sedangkan geng Najib terlebih awal telah memberi jaminan bahawa himpuan BERSIH 3.0 tidak mengugat keselamatan negara?

Anak Bapa: Apabila MB Selangor cadang sedia dana RM 30 juta untuk bantu siswa yang dipinggirkan kemudahan PTPTN, pemimpin UMNO terus kecut t****. Segala ludah dan kahak yang mereka dah luahkan terpaksa dijilat balik! +

Pendedahan Mengapa Khalid Samad Tokoh PAS Yang Paling Dibenci UMNO!!!!


Saudara/ri sedar tak? Sejurus selepas PRU 2008 dan sejurus selepas kekalahan UMNO/BN di 5 negeri itu, media2 milik UMNO telah menyerang Khalid Samad secara bertubi-tubi. Pada masa itu Khalid Samad cuma menziarahi sebuah gereja untuk berucap kepada pengundi2 beliau yang beragama Kristian.


Mereka yang menghadiri majlis tersebut bukanlah kesemuanya pengundi PAS dan Pakatan Rakyat. Setengah dari hadirin yg beragama Kristian itu adalah pengundi dan penyokong Barisan Nasional ataupun tiada parti. 

Maka, apa sebab nak serang Khalid Samad sebegitu rupa? Ramai lagi Ahli2 Parlimen BN yang berucap di gereja. Najib sendiri pergi menziarahi Paus, Ketua UMUM Mazhab Katolik di Vatican. Juga, pada waktu itu, Khalid Samad bukanlah seorang yang memegang jawatan tinggi dalam PAS.

Khalid Samad pada waktu itu tiada pengaruh dalam PAS Pusat mahupun di negeri2 lain di Malaysia. Pengaruh Khalid Samad pada masa itu sekadar di PAS Shah Alam dan sedikit sebanyak di Selangor. YANG SEBENARNYA….. Sewaktu mula2 menubuhkan kerajaan di Selangor, Hasang Ali telah memainkan peranan memberi maklumat2 yang bohong dan tipu kepada pimpinan2 PAS Pusat.

Malahan, secara terus kepada Presiden PAS berbagai-bagai cerita tohmah dan bohong berkaitan Kerajaan Pakataan Rakyat Selangor diberikan. Strategi BISIK Hasan Ali ni Tulang Besi pernah saksikan sendiri dengan mata kepala Tulang Besi. Maka, Presiden PAS terpengaruh dan pernah satu waktu Presiden PAS bersetuju menubuhkan Kerajaan Perpaduang dengan UMNO serta keluar dari Pakatan Rakyat.

Semua ini adalah akibat hasutan dan tipu daya ala iblis yang dilakukan oleh Hasan Ali. Maka, di waktu yang kritikal itu, satu-satunya tokoh dari PAS Selangor yang mempunyai hubungan samada dengan Presiden PAS mahupun pentadbiran Kerajaan Negeri adalah Khalid Samad. Sedar atau tidak, di dalam 6 bulan pertama (dan mungkin lebih) kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Khalid Samad adalah satu-satu tokoh yang aktif memerangi kempen hasut dan fitnah tajaan Hasan Ali.

Berani saya kata kalau tiada usaha agresif Khalid Samad, nescaya PAS sudah pun bersama-sama dengan UMNO sekarang ini dalam Barisan Nasional. Khalid Samad menggunakan hubungan pribadi beliau dengan Presiden PAS untuk mengendurkan pengaruh fitnah Hasan Ali serta kedudukan beliau dalam Mesyuarat Lujnah Politik PAS Pusat. Maka, Hasan Ali pada masa itu sudah menemui kegagalan.


Lantas beberapa tindakan drastik diambil. Secara dalaman, kedua-dua Shaari Sungip serta Khalid Samad dipecat dengan rakus dari apa-apa jawatan Perhubungan Negeri Selangor. Secara luaran, Hasang Ali menggunakan hubungan UMNO beliau yang kemudiannya menggunakan jaringan media mereka untuk memfitnah serta menista Khalid Samad. Jaringan media UMNO tersebut termasuklah:
a. Harian2 UMNO seperti Utusan Malaysia
b.Media elektronik seperti TV3
c. Blogger2 UMNO seperti Papagomo dan Parpukari
d. Cyberuk2 mereka di alam Facebook dan Twitter
Tidak lama dahulu Khalid Samad menang saman beliau terhadap Utusan Malaysia kerana Utusan menyiarkan artikel dari blog Zulkifli Nordin yang bertajuk “Zulkifli bidas Pak Janggut”. Tujuan utama serangan jentera UMNO terhadap Khalid Samad adalah berkaitan dengan peranan Khalid samad yang berjaya menumpulkan segala fitnah dan hasutan hasan Ali serta kuncu2 UMNO dan geng perpaduang dalam PAS.

Ia tiada kena mengena dengan pendirian Khalid Samad yang menyebelahi hak kaum Hindu di Seksyen 23 Shah Alam untuk membina kuil mahupun mempertahankan hak orang Kristian untuk menggunakan nama Allah dalam bible mereka. Jadi, saya harap tuan2 pembaca sekelian dapat memahami sebab sebenar serangan fitnah ke atas Khalid Samad selama ini. Sekian

Bajet 2013: Bimbang daya tahan ekonomi negara


18 Syawal 1433H. [MOD] -

Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan agensi penarafan kredit Standard & Poor’s (S&P) bertarikh 5 September terhadap kedudukan penarafan kredit dan kewangan negara, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah segera untuk memastikan khazanah wang rakyat diurus secara lebih berhemah, demi kelangsungan daya saing dan daya tahan negara.

Kerisauan terhadap kadar defisit fiskal dan hutang negara yang tinggi, hasil daripada perbelanjaan kerajaan yang tidak berhemah menjadi alasan utama laporan tersebut yang memberikan amaran risiko penurunan penarafan kredit dan kewangan Malaysia.

Laporan S&P ini dilihat senada dengan sebuah laporan yang dikeluarkan oleh agensi penarafan kredit antarabangsa terkemuka yang lain, antaranya agensi Fitch Ratings yang turut menzahirkan kebimbangan yang sama terhadap kedudukan kewangan Malaysia dalam senario ekonomi global dan serantau yang tidak menentu.

Pemuda PAS berpendapat, jika rakyat ditegur untuk membuang tabiat gemar berhutang dan berbelanja melebihi pendapatan, seruan yang sama adalah lebih wajib kepada pihak kerajaan supaya tabiat buruk ini diberhentikan.

Tindakan berhutang untuk menampung perbelanjaan kerajaan dilihat umpama tabiat yang sukar dihakis apabila Laporan Perbendahaan Persekutuan mencatatkan hutang kerajaan persekutuan meningkat 70% dalam tempoh 5 tahun, daripada RM247 bilion pada tahun 2007 kepada RM421 bilion pada tahun 2011, berbanding pendapatan negara yang meningkat sebanyak 30% daripada RM140 bilion kepada RM183 bilion bagi tahun yang sama.

Pemuda PAS mendesak kerajaan Malaysia memberikan perhatian serius terhadap aspek perbelanjaan kerajaan dan beban defisit fiskal selama 14 tahun berturut-turut ini, natijah daripada sikap kerajaan yang berbelanja melebihi pendapatan sejak tahun 1998, malah rekod defisit yang sama turut diunjurkan bagi tahun 2012 dan 2013.

Apa yang lebih membimbangkan, kadar hutang negara yang kian meruncing di paras 52% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir tahun 2011 diunjurkan terus meningkat ke paras kritikal 55% jika tidak dibendung secara drastik dan holistik.

Pemuda PAS berpendapat, kerajaan perlu memberikan perhatian terhadap aspek dayatahan ekonomi negara (economic resilience) secara komprehensif, bukannya pemberian populis sementara (one-off contribution) yang tidak mampu mengeluarkan rakyat daripada belenggu bebanan sara hidup yang kian menghimpit.

Pemuda PAS menyarankan agar kerajaan Malaysia meneroka sumber pendapatan yang baru agar tidak terus bergantung kepada hasil petroleum, mengkaji mekanisma agihan subsidi dan bantuan kebajikan yang lebih efektif, penyusunan semula agihan peruntukan kepada sektor produktif khususnya pendidikan dan perubatan, serta pelaksanaan sistem tender yang telus untuk menghentikan ketirisan wang rakyat.

Malah, Pemuda PAS sekali lagi mengulang saranan yang sama agar jawatan Menteri Kewangan tidak lagi dipegang oleh Perdana Menteri untuk mewujudkan fungsi ‘semak dan timbang’ (check and balance) kerana mengikut rekod, Malaysia menanggung defisit fiskal yang berterusan sejak 1998 di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir, diteruskan oleh Tun Abdullah dan dikekalkan oleh Perdana Menteri sekarang.

Justeru, sebelum Bajet 2013 dibentangkan, Pemuda PAS mengajak seluruh rakyat menilai kejayaan Bajet 2012 dengan memberikan pertanyaan berikut, “Adakah peruntukan Bajet 2012 ditepati? Adakah matlamat Bajet 2012 dicapai?” dan yang lebih penting, “Adakah Bajet 2013 membawa masa depan yang sejahtera kepada anak cucu kita?” Selamatkan Malaysia!

Penulis ialah Pengarah Institut Polisi Studi Dewan Pemuda PAS Malaysia.