Labels: Bersih 3.0, Pemuda Pas, PRU-13
Ayuh!...yang buta datang berpimpin, yang tempang datang bertongkat, yang sihat datang berlari, yang sakit datang berusung, yang kaya datang memandu, yang muda datang merempit, yang tak bisu datang bertempik, yang pergi haji datang berserban, yang anggun datang melenggang, yang huduh datang bersolek, yang gelap datang bersuluh.....
Semua akan terjun keluar dari komputer masing-masing untuk membantah pembohongan yang bakal terjadi pada PRU13 nanti, ada seramai 400,000 pengundi meragukan berada dalam senarai pengundi SPR....selamatkan negara kita daripada pengundi gila zombies berhantu, mereka mahu mengatur kemenangan Umno/BN, parti ketinggalan zaman, mereka mahu hidupkan kembali zaman feudal di Tanah Air kita....
Pemuda PAS hari ini berjanji akan mengerahkan paling sedikit 10,000 anak muda untuk menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 28 April ini.
Ketua dewan itu Nasrudin Hassan berharap kumpulan "gelombang siber" yang berkumpul di alam maya dapat keluar ke Dataran Merdeka untuk berhimpun pada masa yang ditetapkan,
"Selama ini anak-anak muda memerhati kepincangan urus selia sistem pilihan raya melalui alam maya. Mereka berkumpul membentuk gelombang siber.
"Jumlah mereka terlalu ramai. Saya harap kali ini mereka keluar dari gentian siber untuk duduk dan bantah di alam nyata...," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan