tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Selasa, 24 Julai 2012

untung jadi blogger UMNO dapat gaji kerajaan bayo


Kisah Sebenar 'Blogger' UMNO Melaka Yang Dijaja @AmenoWorld?





Sudah sampai masa nya untuk aku sound bloggers umno yang gila meroyan di twitter aku. Aku rasa aku dah lama sabar dengan perangai dorang yang menyemak dan mengfelad twitter aku. Satu sudah cukup. Tiada masalah.


Berbelas2 posting = isi sama = tajuk sama = blog lain2 = seme tag nama aku? Sehingga menenggelamkan twitter dari rakan2 aku? Sudah tentu ia sudah melampaui batas sehingga aku rasa SEMAK nak tengok reply dari rakan2 twitter disebabkan perangai biadap bloggers umno.


Memang biadap pun.


Biadap sebab tak menghormati privacy seseorang. Ada nampak tak aku tag bloggers umno macam tue? Pasal apa aku tak buat? Pasal aku reti nak hormat privacy orang. Kalau ada satu2 benda, aku direct pergi kat wall individu tersebut. Macam mana aku boleh paksa diri respect sekumpulan orang yang tak reti respect orang lain?


Dan aku nak betulkan juga tuduhan bloggers umno. Tetiba jek kaitkan aku dengan posting dari sinar harian neh dah kenapa? Otak senget ka sebab puasa?


Penjelasan ;


1. Aku tak jaja apa2 cerita pun pasal blogger di atas. Ada nampak aku update di blog ka? Ada ka?


2. Aku cuma petik apa yang sinar cakap dan tambahkan sedikit point aku di facebook ==> disini.


3. Apa point aku?




KENANGAN HARI INI.

DULU2 BLOGGERS UMNO CAKAP AKU DAN MILOSUAM BLOGGERS UPAHAN PKR.

KEH KEH KEH

Sekarang sapa upah sapa der?

Lue fikirlah sendiri.


4. Ada aku cakap berdosa? Ada aku update di belog aku kutuk2 korang? Ada aku cakap sesuatu yang salah disitu? Jangan main heret orang dan felad wall twitter orang tak pasal. Jangan lah anggap twitter aku tue twitter korang larh sengal.


5. Balik2 kaitkan nama aku. Balik2 babitkan aku. Balik2 cakap aku fitnah korang. Mula2 aku senyap jek. Tapi makin lama makin melampau plak. Tak reti nak respect orang sekalipun tak payah nak baca apa yang aku tulis.


6. Motive dia simple jek. Geng2 korang pergi jaja fitnah cakap aku neh upahan pkr. Aku dibayar beratus ribu untuk fitnah bn. Lepas tue ramai lah yang dok perli2, sindir2 dan fitnah aku macam2. Jadi aku nak buka mata orang2 yang fitnah aku, sedar diri sket sapa yang bayar sapa.


Aku dah cakap sekali dulu2 bahawa aku bergerak indi. Aku takde parti bahkan aku tak terikat dengan mana2 parti pun. Aku punya belog dan aku punya suka lah apa yang aku nak tulis disini.


Oleh disebabkan itu korang boleh nampak aku akan tulis apa saja pandangan aku tak sejajar pun dengan matlamat pr apatah lagi matlamat bn. Tetapi sejajar lah dengan matlamat aku iaitu mahu mencari kerajaan yang adil. Bila aku mahu mencari kerajaan yang adil, mana2 kerajaan yang tidak adil aku akan sanggah. So siapa yang paling banyak disanggah itu bermaksud dia lah yang paling banyak melakukan ketidakadilan.


Benda neh tak payah aku explain panjang lebar pun. Tengok belog pun dah boleh tahu fikrah aku macam mana. Tapi disebabkan korang, bloggers umno spesis yang tak bijak terpaksa lah aku turun padang terangkan satu persatu. Selepas neh kalau masih bebal juga sudah tidak menjadi tanggungjawab aku sebab aku dah explain baik2.


Berbalik kepada isu gaji dan bayaran, bagi aku tiada yang salahnya pun andai bn dan pr bayar blogger2 mereka gaji ataupun salurkan apa2 peruntukkan untuk mereka. Tetapi apa yang salah ialah cipta fitnah untuk hapuskan musuh. Tak payah cakap pasal blogger, kalau bukan blogger sekalipun, andai tugas ko menyebarkan fitnah, contohnya wartawan utusan, tetaplah merupakan satu tindakan yang salah.







Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/07/kisah-sebenar-blogger-umno-melaka-yang.html#ixzz21VJ6oEvx

Tiada ulasan:

Catat Ulasan