tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Rabu, 25 Julai 2012

Dibelasah Kerana Rakam Polis Belasah Orang

Seorang peserta yang sempat merakam pelbagai bentuk kezaliman polis dalam himpunan 28 April lalu turut dibelasah hingga terpaksa menerima jahitan di telinganya.



Lee Teck Yew, 39, hadir sebagai saksi kedua dalam sidang kelima siasatan awam Bersih 3.0 oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.


“Saya sedang merakam aksi beberapa polis membelasah orang awam, tiba-tiba polis itu perasan, lalu mereka terus datang menyerang saya,” kata Lee.


Isteri Lee yang turut hadir dalam himpunan itu ditolak ketepi oleh polis lantas membelasah dan membawa Lee ke Dataran Merdeka sebelum ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol).


“Saya dibebaskan dari Pulapol lebih kurang jam 1.00 pagi dan saya terus ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan,” jelasnya.


Lee menerima empat jahitan di belakang telinga dan menderita sakit siku hingga sekarang akibat ditolak polis ketika dalam perjalanan ke Dataran Merdeka.


TV3 suku dan Utusan tak pernah siarkan cerita polis belasah rakyat, sedangkan rakyat semua dah tahu, nampak benar tak adilnya media massa negara ni,"tukanglawan" masih tunggu video yang polis kata nak siarkan tu.... belum siap edit lagi ke?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan