tan malaka
kalau sudi jadi pengikut add kt sini
Jumaat, 13 Julai 2012
LRT AMPANG - PKR DEDAHKAN DOKUMEN CAMPURTANGAN NAJIB DALAM KONTRAK RM1 BILION
LRT AMPANG - PKR DEDAHKAN DOKUMEN CAMPURTANGAN NAJIB DALAM KONTRAK RM1 BILION
CAMPUR TANGAN DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK BERTENTANGAN DENGAN KEPUTUSAN AWAL JAWATANKUASA PEROLEHAN MENTERI KEWANGAN
Walaupun KEADILAN telah memaklumkan bahawa pendedahan bersiri mengenai anugerah kontrak bernilai RM1 bilion projek sambungan LRT Ampang akan membuktikan campur tangan terus Dato’ Seri Najib Tun Razak, sehingga kini beliau masih belum bersuara.
Saya percaya beliau memahami betapa besarnya kesan pendedahan ini kepada kredibiliti pentadbiran beliau.
Desas-desus campur tangan beliau yang bertentangan dengan penilaian bidaan (bid evaluation) dan tindakan beliau menolak semua keputusan yang telah dibuat di peringkat jawatankuasa bertanggungjawab menjadi bahan bualan di kalangan mereka yang terbabit di dalam projek ini.
Ia menguatkan lagi pandangan komuniti perniagaan di dalam dan luar negara bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak dan keluarga beliau memainkan peranan mempengaruhi pelbagai keputusan tender dan berkait rapat dengan pihak yang berkepentingan.
Dalam kes kontrak kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1 bilion, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada minggu lepas melahirkan hasrat beliau untukmenganugerahkan kontrak tersebut kepada Konsortium George Kent, seperti yang dilaporkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang lalu.
Ini bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) yang bersidang pada 25 Januari 2012.
JPMK adalah jawatankuasa perolehan tertinggi di peringkat Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan.
Keputusan mesyuarat JPMK dengan rujukan T/1/M/1/2012 dengan secara jelas menolak cadangan Prasarana Negara untuk melantik PDA Consortium sebagai kontraktor projek ini (seperti yang didedahkan sebelum ini oleh KEADILAN).
Sebaliknya, JPMK mengarahkan supaya pakej kontrak itu dianugerahkan kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys pada harga RM1,012,910,000.
Keputusan itu ditandatangani sendiri oleh :
Dato’ Seri Najib Tun Razak (Menteri Kewangan),
Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Menteri Kewangan II) dan
Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) seperti yang dilampirkan bersama.
Keputusan JPMK itu kemudiannya disampaikan secara bertulis oleh Kementerian Kewangan kepada Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana melalui satu surat bertarikh 26 Januari 2012 (yang dilampirkan bersama).
Rentetan keputusan ini menimbulkan persoalan-persoalan berikut yang perlu dijawab segera oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak:
1. Kenapakah Konsortium George Kent begitu yakin akan memenangi kontrak ini seperti yang dilaporkan oleh media kebelakangan ini, walaupun keputusan anugerah kontrak telah dibuat seawal 25 Januari 2012?
2. Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu menafikan bahawa beliau menandatangani kertas keputusan JPMK jika dokumen yang saya tunjukkan hari ini adalah palsu;
3. Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu menjelaskan atas faktor apakah beliau mengubah fikiran sehingga campur tangan untuk menolak keputusan awal anugerah projek yang beliau sendiri sama-sama bersetuju; dan
4. Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu meyakinkan rakyat Malaysia bahawa campur tangan beliau di dalam anugerah projek ini langsung tidak ada unsur rasuah atau penyelewengan.
KEADILAN akan terus menunggu maklum balas daripada Dato’ Seri Najib Tun Razak berhubung perkara ini dan akan terus membuat pendedahan.
Pun begitu, saya yakin bahawa campur tangan Dato’ Seri Najib Tun Razak sudah pun melanggar etika pentadbiran telus dan berbaur penyelewengan kuasa.
Oleh yang demikian, KEADILAN akan membuat satu laporan polis dan laporan SPRM terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak pada hari Jumaat 29 Jun 2012 untuk mendesak perkara ini disiasat secepat mungkin.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
27 JUN 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan