tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Khamis, 5 Julai 2012

Harga Petrol RON97 Turun 20 Sen Mulai Esok


Wednesday, July 4, 2012
Semua neh jasa rosmah mansur. Terima kasih PM baru ku yang cemerlang dan terbilang. Eh jap. Aku tak guna pun ron 97 kat motor aku. Aku guna ron 95 jek. Pe kata kerajaan turunkan harga ron 95 sebab ron 97 aku tak guna.
Dan memandangkan kerajaan sendiri cakap, majoriti rakyat malaysia guna ron 95, so turunkanlah ron 95, bukan ron 97. Boleh tak rosmah mansur pm yang ku sayangi selalu?

kah kah kah

Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa pada Khamis.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula Khamis.
Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran, katanya.
Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas. - BERNAMA
          Kalau harga minyak turun.. napa kat ron 97 je? Napa ron 95 tak turun sekali ek? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan