tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Khamis, 19 Julai 2012

Saman Utusan: Cubaan defendan kaitkan reputasi Anwar gagal (Oleh Aisha Geoffrey) KUALA LUMPUR 18 Julai: Percubaan defendan kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Malaysia yang diwakili Datuk Firuz Hussin membangkitkan isu reputasi Ketua Umum KEADILAN itu gagal apabila dipatahkan Peguam, N Surendran. Firuz di awal perbicaraan membangkitkan isu sabitan kesalahan Anwar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V T Singham, dengan mengatakan Anwar pernah dijatuhkan hukuman, justeru beliau tidak mempunyai reputasi untuk menyaman Utusanatas sebab fitnah. Surendran kemudian membantah hujah tersebut. Hakim turut menolak hujah defendan dan meneruskan sesi soal balas. Latheefa Koya yang juga peguam Anwar turut menyangkal tindakan Firuz tersebut. “Isu sekarang adalah sama ada Utusan telah fitnah, betul atau tidak fitnah itu, bila terbukti betul, barulah kita tentukan nilai yang harus dibayar atas fitnah tersebut, tiada kena mengena dengan reputasi,” katanya kepada Keadilan Daily. Hadir sama mewakili Anwar, peguam Murni Hidayah. Anwar hari ini tampil sebagai saksi pertama kes saman fitnah beliau terhadap Utusan Malaysia berkaitan isu memutar belit kenyataannya dalam wawancara BBC. Tindakan saman ini ekoran akhbar milik Umno itu mengatakan beliau “menghalalkan homoseksual” dalam terbitannya 17 Januari lalu. Dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar – Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali membidas Anwar kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini. Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysiamendakwa Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan Ketua Pembangkang itu mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini. Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk “Anwar ulas isu gay” turut mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk. Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta. Beliau juga menuntut Utusan Malaysia menarik balik segala laporan palsu dan permohonan maaf terhadap dirinya dan menuntut permohonan maaf disiarkan di muka hadapan akhbar itu. Anwar menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.


Saman Utusan: Cubaan defendan kaitkan reputasi Anwar gagal

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 18 Julai: Percubaan defendan kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Malaysia yang diwakili Datuk Firuz Hussin membangkitkan isu reputasi Ketua Umum KEADILAN itu gagal apabila dipatahkan Peguam, N Surendran.

Firuz di awal perbicaraan membangkitkan isu sabitan kesalahan Anwar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V T Singham, dengan mengatakan Anwar pernah dijatuhkan hukuman, justeru beliau tidak mempunyai reputasi untuk menyaman Utusanatas sebab fitnah.

Surendran kemudian membantah hujah tersebut. Hakim turut menolak hujah defendan dan meneruskan sesi soal balas.
Latheefa Koya yang juga peguam Anwar turut menyangkal tindakan Firuz tersebut.
“Isu sekarang adalah sama ada Utusan telah fitnah, betul atau tidak fitnah itu, bila terbukti betul, barulah kita tentukan nilai yang harus dibayar atas fitnah tersebut, tiada kena mengena dengan reputasi,” katanya kepada Keadilan Daily.

Hadir sama mewakili Anwar, peguam Murni Hidayah.

Anwar hari ini tampil sebagai saksi pertama kes saman fitnah beliau terhadap Utusan Malaysia berkaitan isu memutar belit kenyataannya dalam wawancara BBC.
Tindakan saman ini ekoran akhbar milik Umno itu mengatakan beliau “menghalalkan homoseksual” dalam terbitannya 17 Januari lalu.
Dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar – Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali membidas Anwar kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.
Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysiamendakwa Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan Ketua Pembangkang itu mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.
Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk “Anwar ulas isu gay” turut mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.
Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta. Beliau juga menuntut Utusan Malaysia menarik balik segala laporan palsu dan permohonan maaf terhadap dirinya dan menuntut permohonan maaf disiarkan di muka hadapan akhbar itu.
Anwar menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan