tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Selasa, 24 Julai 2012

Malaysia 7 Hari Kebelakang Dari Singapura & Brunei


Malaysia 7 Hari Kebelakang Dari Singapura & Brunei
Perencah Tukang Merapu ---- 8:57 AM

Kalau anda percaya menunjukkan anda peminat setia akhbar Utusan Malaysia.

Semua orang tahu Malaysia ini negaranya maju. Semua orang tahu Malaysia ini negaanya aman dan makmur. Semua orang tahu ekonomi Malaysia ini kukuh. Semua orang akan tahu sekiranya mereka membaca Utusan Malaysia dan menonton Buletin Utama TV3 dan yang sewaktu dengannya. Pasti mereka tahu dan percaya bahawa Rosmah Mansur adalah wanita paling solehah didunia. Tak percaya ke? Kalau tak percaya itu bermakna anda tak baca Utusan Malaysia dan tak tengok Buletin Utama TV3.




Percayakah anda pekerja import Malaysia yang bekerja di Indonesia ini dibayar gaji sebanyak RM118,000 sebulan?


The best part bila aku cakap negara kita sebenarnya mundur dan makin lama makin jauh ketinggalan ada sahaja Melayu syukran yang memanjang nak bersyukur je kerjanya 25/7 membandingkan negara kita dengan negara Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar, India dan beberapa negara pekerja import yang sewaktu dengannya. Sumpah aku blur 5 minit sejenak. Lagi bertambah blur aku bila mereka start menjalankan ritual syukur tanpa mereka tahu apa dan kepada siapa yang dorang syukurkan "Syukurlah negara kita aman, minyak kita murah berbanding negara jiran. Syukurlah kalau takde UMNO Melayu akan mundur dan masih dijajah."..


AMAN KEBENDANYA!



Mungkin inilah para penyokong kuat UMNO bayangkan apabila tiap kali mereka kata kalau UMNO tak ada, negara akan kucar-kacir. Overdose pil kuda barangkali.


Percaya atau tidak bahawa tiada satu negara yang akan aman didunia ini sekiranya tidak menjalankan perintah Allah (hukum Allah). So, ko nak aku percaya janji BN/UMNO ke janji Allah?Untuk menentukan sama ada ekonomi kita maju atau tidak ini faktanya. Baca biar guna mata, fikir biar guna akal. Bukan baca guna hidung fikir guna lutut. Fakta ni tak ada dalam google, yahoo mahupun ensiklopedia. Ini korang kena selidik sendiri, fikir sendiri dan renung-renungkan kenapa mereka suka membandingkan negara kita dengan negara pekerja import. Hahaha, kelakar pulak rasa.





Kemajuan negara Singapura dibawah pemerintahan UMNO. Trololololololol.


Singapura sewaktu ketika dahulu adalah sebahagiaan dari Tanah Melayu dan Brunei pula sebahagiaan dari Kepulauan Borneo yang dimana kedua-dua negara ini adalah dibawah jajahan British selama lebih 500 tahun sewaktu ketika dahulu. Itu fakta yang tidak boleh diubah dan perlu kita tahu sekiranya mahu lulus subjek sejarah SPM. Lol~




Tahukah anda bahawa Singapura memiliki 7 biji kapal selam dan untuk memiliki 7 biji kapal selam tiada warga Mongolia yang mati kena C4 dinegaranya.

Malaysia merdeka pada tahun 1957 yang akan menjadikan kemerdekaan kali ini ke-55 kali. Singapura pula merdeka pada tahun 1963 yang akan menjadikan negaranya berusia 49 tahun. Brunei pula paling istimewa. Brunei merdeka pada tahun 1984 dan usia negaranya sama dengan usia aku iaitu 28 tahun. So aku permudahkan perkara ini seperti di bawah:-




1) Malaysia (1957) = 55 tahun
2) Singapura (1963) = 49 tahun.
3) Brunei (1984) = 28 tahun




Faham tak? Kenapa aku buat perbandingan menggunakan Singapura dan Brunei? Ini kerana 2 negara ini pernah menjadi negeri jajahan British dan sebahagiaan dari Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo. So, yang pergi nak bandingkan dengan Indonesia nak buat apa? Indonesia bukan Tanah Melayu dulu. Sebab tu aku tekankan 2 negara di atas. Okeyh, berbalik kepada topik semula.


Mengikut carta hati Najwa Latif kat atas, sudah terang lagi berspotlight Malaysia sudah lama merdeka. Lebih lama dari Singapura dan Brunei. Tapi mengapa ekonomi Malaysia lembab dan masuk kategori lembab nak mampos?


Singapore Dollar (SG) 0.40 = Malaysia Ringgit 1
Brunei Dollar 0.40 = Malaysia Ringgit 1
Bayangkan ye sedagha sedaghi semua. Kita memerlukan 1 ringgit untuk membeli 40 sen duit depa semua. Murahnya nilai mata wang negara kita. Sebab tu kalau ada apa-apa melibatkan ekonomi depa selalu bandingkan dengan Indonesia, Bangladesh dan negara pekerja import yang lain. Hahahaha. Singapore dengan Brunei dorang tak mahu bandingkan sebab takut kantoi.

Kalau P. Pinang berpisah dengan Malaysia sbelum merdeka aku rasa P. Pinang dah jadi macam Singapore agaknya. Itulah yang terjadi bila para pemimpin korup. Mereka mampu menyembunyikan taik mereka tapi bau tetap dapat dihidu oleh rakyat. Puuuuuih.




P/s: Aku tahu ramai orang membaca blog ni. Tapi komennya sedikit mungkin sebab para pembaca segan untuk meluahkan rasa. Mungkin juga takut kena bahan (kalau anda pencacai). Tapi jangan risau kami tidak akan membahan anda kecuali jika anda merapu meluahkan pendapat macam sampah. Contoh terdekat macam Striker yang tulis tapi dia sendiri tak tahu apa yang dia mencarutkan. Fakta keluar dari kepala lutut. Nama je cikgu sekolah tapi kualiti tahap susu 1Malaysia.


So, kalau ada orang UMNO atau BN nak meluahkan pendapat silakan. Kalau ada orang PR nak meluahkan pendapat silakan. Kita perbetulkan yang mana tak betul, kita terangkan yang mana tak terang. Cuma, aku cakap terus terang tak payahlah bermain dengan isu lucah. Geli doe.


Selamat Sejahtera,
Assalamualaikum wbt.


-Bro Ery-

1 ulasan:

  1. saya nak tanya sedikit..negara singapore..negara nya pemimpin bkan islam..dan cara mereka memajukan negara bkn cara islam..tpi kenapa mereka boleh maju dr negara kita?? boleh bg pendapat..jgn marah ok

    BalasPadam