tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Selasa, 10 Julai 2012

tahniah pada pm kita kerana menamatkan perhambaan moden kepada pemandu teksi


Punya lah baik pm kita..sampai dalam ucapannya kepada pemandu teksi nak menhapuskan perhambaan moden..aku ingat zaman perhambaan ni dah lama hapus..rupa rupanya ada lagi cuma tak nyata macam zaman dulu..itu pun kalau pm tak bagi tahu kita tentang perhambaan moden ni kita pun tak perasaan..al maklum je lah banyak buku sejarah tentang melayu hambakan bangsa sendiri di lupuskan jadi banyak yang tak tahu yang bangsa melayu ni yang terdiri dari golongan elit atau bangsawan banyak menyimpan hamba yang terdiri dari bangsamelayu itu sendiri...sebab siapa pembesar yang paling banyak menyimpan hamba dia yg paling berkuasa pada ketika itu..cuba baca artikal yang saya ambil dari sejarah malaysia dibawah ini membuktikan perjuangan yang kononnya menentang british disebabkan cukai dan lain lain..tapi yang jelas kerana j.w.w birch menghapuskan sistem perhambaan terhadap orang melayu..pembesar melatu marah dan tak setuju dgn jww birch..kah..kah..kah..

jenis-jenis hamba dan kesan pemerintahan British terhadap sistem perhambaan di Tanah Melayu




PENDAHULUAN

Institusi perhambaan diwarisi dari zaman sebelum kerajaan Melaka dan sebelum zaman Islam lagi.Orang Barat mendakwa amalan perhambaan menyebabkan manusia hidup menderita.Bagi raja-raja dan pembesar Melayu institusi perhambaan berperanan menyumbang tenaga dalam bidang ekonomi dan memberikan status kepada tuannya
Hamba boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa.



1) Hamba raja

Asalnya ialah orang merdeheka yang melakukan kesalahan jenayah tetapi berjaya ditangkap dan kemudianya diampunkan oleh raja
Taraf hamba raja lebih tinggi berbanding hamba-hamba lain.
Mereka mendapat perlindungan daripada pemerintah
Dikenali sebagai budak raja dan digelar biduanda
Hamba raja dan keturunannya akan menjadi hamba raja secara turun-temurun
Juga terdiri daripada orang tawanan perang atau banduan
Akan dibebaskan dengan keampunan dan keizinan raja

2) Hamba berhutang

Orang biasa yang menjadi hamba kerana gagal membayar hutang dalam tempoh masa yang ditetapkan
Orang yang melakukan kesalahan berjaya ditangkap tetapi tidak dapat memulangkan barang yang dicuri atau tidak mampu membayar denda.
Hamba, isteri dan anak-anak terpaksa tinggal bersama dengan pemiutang sehingga hutang selesai atau tamat tempoh masa berkhidmat seperti yang dipersetujui
Tarafnya sebagai hamba akan lupus apabila hutang itu selesai dibayar
Mereka akan melakukan kerja-kerja seperti bercucuk tanam, melombong dan kerja-kerja rumah
Boleh dijual kepada orang lain oleh tuannya
Boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti orang berhutang- orang yang terikat dengan hutang yang dibebaskan setelah hutangnya selesai.
anak emas- orang yang menjadi hamba melalui perkahwinan.
hamba waris- anak isteri hamba yang berhutang.
hamba bayar- abdi yang diserah oleh tuannya kepada orang lain sebagai membayar hutangnya.

3) Hamba biasa

Golongan orang suruhan khas atau daripada keturunan hamba
Diperoleh melalui pembelian atau apabila berlaku pertukaran tuan
Menjadi hak tuannya seumur hidup
Terdapat tiga jenis hamba :
a) hamba abdi – melakukan kerja-kerja berat
b) hamba yang dibeli
c) biduanda- orang suruhan yang dimiliki oleh raja

Hamba abdi dibahagikan kepada:
a) hamba tawanan - tawanan perang
b) hamba diranggah – orang bukan Islam yang diculik dan dijual oleh peniaga hamba abdi
c) hamba habsyi - hamba import dari Afrika
d) hamba hulun – pesalah yang menyerah diri kepada pemerintah
e) hamba serah – orang yang menyerah diri menjadi hamba akibat kesukaran hidup
f) anak/keluarga hamba – isteri dan anak-anak kepada hamba abdi

Kesan pemerintahan British terhadap perhambaan

British menentang amalan perhambaan kerana bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan Barat
British memperkenalkan undang-undang barat yang bertentangan dengan adab dan undang-undang masyarakat Melayu khususnya yang berkaitan dengan institusi perhambaan
Raja-raja dan pembesar Melayu menentang campurtangan British dalam isu perhambaan kerana hamba penting dari segi politik dan sosial masyarakat Melayu
Tindakan Birch yang memberi perlindungan kepada hamba berhutang terutamanya wanita, menjadi salah satu punca Birch dibunuh
Tahun 1884 amalan perhambaan diharamkan di Tanah Melayu

Kesimpulan

Sebelum kedatangan British kekuasaan pembesar dinilai dengan bilangan hamba yang dimiliki.
Selepas kedatangan British sistem perhambaan dihapuskan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar kerana British telah campurtangan dalam adat masyarakat Melayu Timbul penentangan dalam kalangan masyarakat Melayu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan