tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Rabu, 4 Julai 2012

Imam muda digantung tugas kerana benarkan TGNA menjadi imam solat.





Imam muda digantung tugas kerana benarkan TGNA menjadi imam solat.




Berita neh datang dari wall facebook sahabat nizar jamaluddin. Rujuk sini.


Berita terkini: imam muda masjid jamek pasir gudang telah di gantung kerana membenarkan Tuan Guru Nik Abd Aziz sembahyang jumaat dan menjadi iman di masjid jamek pasir gudang johor...nie la politik kotor yg di buat oleh puak2 yg sggup m'gadaikn agama demi politik di malaysia.







Aku tak pasti berita neh sahih ataupun tidak. Kita sama2 tunggu laporan selanjutnya mengenai insiden tersebut. Sebenarnya bukan perkara baru bahawa tgna dilarang menjadi imam di mana2 masjid dalam negeri yang diperintah oleh barisan nasional.






Bagi aku ini satu undang2 lapok yang mesti dihapuskan. BN kata pas terlalu taksub kepartian sehingga membawa kepada perpecahan jemaah di masjid2 di kelantan. Tetapi lihatlah sendiri apa yang umno buat di masjid2 seliaan mereka?






Bukan kah melarang tgna menjadi imam dan menghukum imam yang membenarkan tgna menjadi imam solat merupakan pintu kepada perpecahan sesama umat islam? Tak sepatutnya umno mengamalkan pemerintahan sebegitu. Kalau tak boleh bersama2 dalam soal politik jangan sampai babitkan urusan lain.






Di masjid tak kira lah apa pun pegangan politik mereka tapi kalau mereka memang layak dan ditauliahkan boleh menjadi imam tak sepatutnya ia dihalang. Jangan lah terlalu partisan sehingga mengamalkan perkara2 yang menjurus kepada tindakan berasaskan emosi semata2.






Aku nak komen lebih2 pun payah sebab nak tunggu dulu kesahihan berita tersebut. Kalau sungguh sahih rasanya umno kena cermin diri. Dia dok pongpang2 cakap jangan berpolitik dalam masjid tapi dia juga yang fikirkan isu politik dalam masjid. Kalau tidak takan sampai nak hukum imam muda yang memberikan laluan kepada tgna untuk menjadi imam solat? Betul tak?






Oke bai.



Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/07/imam-muda-digantung-tugas-kerana.html#ixzz1zc5okHRv

Tiada ulasan:

Catat Ulasan