tan malaka
kalau sudi jadi pengikut add kt sini
Isnin, 30 Julai 2012
Ahad, 29 Julai 2012
lagu gereja dan lagu janji ditepati sama?
Lagu Tema Hari Kemerdekaan 55 Tahun Ada Persamaan Dengan Lagu Gereja Indonesia.. Ini Buktinya
Dari sumber yang memberikan info mengenai lagu yang dinyanyikan di atas ini mendakwa videoclip di atas telah dirakamkan di Bandung, Indonesia.. Dan ianya merupakan satu lagu Ketuhanan masyarakat Kristian..
Bezakan dengan lagu tema bagu Hari Kemerdekaan yang ke 55 di bawah ini...yang hingga ke hari ini telah menerima 6916 'Dislikes'... Jikalau tak percaya dengar dengan teliti video klip di bawah..
Dan bandingkan dengan lagu "Janji Di Tepati"..
Sabtu, 28 Julai 2012
tanah rezab melayu tergadai di kws umno?
Umno peduli apa pasal ketuanan Melayu...habis tanah rezab Melayu di belasah oleh gerombolan penyamun umno nih..tapi umno dgn muka tak malu cuba berlakon depan orang Melayu sebagai pejuang ketuanan melayu..siang hidup Melayu..malam jual tanah Melayu.. inilah budaya haramjadah pemimpin umno sejak sekian lama..
KUANTAN: Seorang ahli perniagaan terkejut apabila tiga lot tanah rezab Melayu berhadapan dengan tanah yang beliau beli telah bertukar tangan kepada orang bukan Melayu di pantai Cherating.
KUANTAN: Seorang ahli perniagaan terkejut apabila tiga lot tanah rezab Melayu berhadapan dengan tanah yang beliau beli telah bertukar tangan kepada orang bukan Melayu di pantai Cherating.
Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau membeli tanah yang berhadapan dengan pantai menghala ke Laut China Selatan pada tahun 1990.Namun, tujuh tahun kemudian beliau mendapati tiga lot tanah pantai di depan tanahnya itu telah bertukar tangan kepada pihak lain.
Kedudukan lot-lot tanah di Pantai Cherating. Lot 5233, 7058 dan 7059 kini sudah diserahkan kepada pihak tertentu."Saya terkejut kerana ia sepatutnya rezab pantai di depan tanah saya itu tetapi telah bertukar milik kepada pihak tertentu.
"Padahal semua tanah di kawasan ini adalah tanah rezab Melayu," kata sumber itu kepada Harakahdaily.Tiga lot tanah yang berubah pemilik itu adalah lot 5233, 7058 dan 7059.
"Salah satu darinya betul-betul di depan Cherating Holiday Villa," kata sumber itu kepada Harakahdaily.Menurut maklumat yang beliau dapat, tanah itu bertukar tangan menjadi milik bukan Melayu atas kerja pihak-pihak tertentu dalam parti kerajaan.
Bagi mempastikan maklumat ini sahih, beliau meminta pihak PAS dan yang berkepentingan membuat siasatan dan mengenalpasti bagaimana perkara ini boleh berlaku.
SUMBERumno peduli apa pasal ketuanan Melayu...habis tanah rezab Melayu di belasah oleh gerombolan penyamun umno nih..tapi umno dgn muka tak malu cuba berlakon depan orang Melayu sebagai pejuang ketuanan melayu..siang hidup Melayu..malam jual tanah Melayu.. inilah budaya haramjadah pemimpin umno sejak sekian lama..
Jumaat, 27 Julai 2012
SAPA TIRU SAPA?
SAPA TIRU SAPA?
DEY MACHA!!!
RAYA TAHUN NI WARNA-WARNI LA POKET HANGPA
DAPAT DUIT BARU
KAH! KAH! KAH!
TENGOK PADA DESIGN DUIT TU
MEMANG SAH LA KERAJAAN BE END DAH NAK MASUK KUBOQ
KAH! KAH! KAH!
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/07/sapa-tiru-sapa.html#ixzz21oHOkF00
Rabu, 25 Julai 2012
GEMPAR!! Saham FGVH Dalam Bahaya!! Felda Bakal Tergadai!!
SURPRISE! PENGERUSI THE STORE SEBENORNYA ORANG MELAYU!
SURPRISE! PENGERUSI THE STORE SEBENORNYA ORANG MELAYU!
LEMBAGA PENGARAH THE STORE
STOP!
Sebelum komer mengamuk kata haramjadah kat orang kafir harbi yang tidak sensitive kepada umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan, komer kenali dahulu siapa Chairman the Store? Yong paparkan keratan dari laman web The Store boleh di akses di sini. Pengerusi The Store memiliki nama Melayu Islam!
Isu yang dihebohkan ialah ini:
PROMOSI MINUMAN KERAS
Kalau komer layari laman web Carlsberg Malaysia di sini, komer akan jumpa gambor Board of Directors syarikat ini:
LEMBAGA PENGARAH CARLSBERG
Salah seorang dari mereka dalam gambor ini juga orang Melayu weh!
Kalau ikut tafsiran JATI, semua orang Melayu beragama Islam. Hukum minum arak adalah haram dalam ajaran Islam. Period.
Siapa mereka ini yang berpangkat Dato Sri dan Tan Sri, Yong tak kenal. Yong pun tak ingin kenal. Yong cuma minta Majlis Fatwa, Mufti, JATI, ISMA dan Ulama Muda UMNO huraikan dan beri fatwa!
Sebelum marah pada The Store, sendiri mau ingat dulu! Kata JATI Melayu tegakkan Islam. Kata ISMA, Melayu sepakat, Islam berdaulat!
Nah! ini dia kesepakatan Melayu!
Orang Melayu Islam (Yong pasti mereka bukan ahli PAS) bersekongkol dengan kafir harbi untuk merosakkan akidah umat Islam!
Jauh berbeza saiz kek kroni dengan kek untuk anak yatim!
Jauh berbeza saiz kek kroni dengan kek untuk anak yatim!
Aku tak pasti , tapi mungkin ini semua kebetulan rasanya, sebab semalam aku ada siar kisah Najib berbuka puasa dengan kek KLIK SINI
Apakah disebabkan kelmarin makan kek dengan kroni-kroni, makan semalam makan kek dengan anak-anak yatim pula..
Tetapi lihat sendirilah... Nilai untuk anak-anak yatim dengan nilai untuk kroni...
KUALA LUMPUR, 24 Julai -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor memotong kek hari jadi beliau ke-59 pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Bantuan Hari Raya Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan di Dewan Besar Tabung Haji di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor.
Kek kroni tiga tingkat yup....
Kek untuk anak yatim,, setingkat jadilah... he he silap... anak yatim hanya kek cawan aja... senang... tak payah nak potong-potong lagi dah,,,
KUALA LUMPUR, 24 Julai -- KONGSI RASA … Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengagihkan muffin dan kek kepada anak-anak yatim setelah memotong kek hari jadi beliau yang ke-59 pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Bantuan Hari Raya Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan di Dewan Besar Tabung Haji di sini hari ini.
Kesian kat anak-anak yatim tu,,, balik sekolah petang rasanya baju uniform sekolah pun tak sempat tukar,, punya nak pi berbuka posa dengan PM... yang dapat kek cawan.....Kek cokelat ...eerrmm....
TERKINI! Lagi ADUN BN keluar parti!
TERKINI! Lagi ADUN BN keluar parti!
Malang bertimpa-timpa buat Barisan Nasional ibarat sudah jatuh ditimpa tangga!
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), salah satu sekutu BN di negeri itu mengumumkan akan keluar parti.
Menurutnya, tindakan itu dibuat secara rasmi hujung Julai ini.
“Pada 30 Julai nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP), William Mawan dan Timbalannya, Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka.
“Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya (31 Julai). Bagaimanapun, hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya," katanya, lapor Borneo Post.
Kelmarin di Sabah, Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing turut keluar BN manakala Amsir Dani, orang kanan kepada Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukin meletak jawatan Ketua Umno Cawangan.
Ditanya sama ada beliau menyesali keputusan itu dan kemungkinan kehilangan semua manfaat dinikmati selama menjadi wakil rakyat BN, beliau berkata: “Manfaat apa? Kepada saya? Saya tidak melakukan perkara ini untuk kepentingan peribadi.
“Saya sudah 48 tahun, bukan budak hingusan, 17 tahun. Saya sudah matang, jadi tiada apa sangat yang hendak dikesali,” kenyataan beliau dipetik.
Judat memegang jawatan Adun Meluan selama tiga penggal bermula dengan kemenangan beliau sebagai calon bebas pada 2011.
Beliau menyertai SPDP pada 2003.
DUN Meluan berada dalam Parlimen Julau dan majoriti penduduk adalah kaum Iban.
Satu lagi DUN dalam Parlimen ini ialah Pakan.
Projek-projek overbudjet duit rakyat tergadai?
Berikut adalah langkah-langkah yang diambil oleh pemimpin UMNO / BN dalam usaha untuk menjahanamkan negara Malaysia. Jika anda benar-benar rakyat yang sayangkan dan cintakan negara yang aman dan makmur sila 'Remove" Pemimpin-pemimpin ini daripada minda anda khususnya menjelang pilihanraya umum ke 13
Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam
Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam, at 25.7.12,
Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.
Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.
Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.
Boleh Menyembuhkan Penyakit
Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
1) Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
2) Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
3) Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
4) Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam. -Crewfathi
Anda mungkin juga meminati:
KEADILAN Cadang Turun Harga Kereta dalam Manifesto Pakatan Rakyat
KEADILAN Cadang Turun Harga Kereta dalam Manifesto Pakatan Rakyat
[KD] KUALA LUMPUR 25 Julai: KEADILAN bercadang memasukkan penurunan harga kenderaan sebagai salah satu manifesto Pakatan Rakyat.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, langkah itu ekoran harga kenderaan di negara ini terlalu tinggi disebabkan cukai import, jualan dan duti eksais.
“Kereta bersaiz enjin di bawah 1,500 cc akan dikenakan duti eksais 60 peratus, cukai jualan 10 peratus jika dikilang di Malaysia, dan akan meningkat 100 peratus jika kenderaan itu diimport.
“Ini bermakna kereta yang berharga RM40,000, rakyat (perlu) membayar cukai RM16,500 akibat dasar Umno BN,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Ketua Penerangan, Sim Tze Tzin.
Menurut Rafizi, cadangan tersebut sudah dibincang di peringkat parti dan akan diputuskan oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
Dasar Umno BN punca kenderaan mahal
Rafizi berkata, harga kenderaan melambung tinggi disebabkan ‘dasar automotif Umno BN’ yang lebih mementingkan kroni daripada mengambil kira penderitaan rakyat.
Katanya, harga kenderaan tempatan dinaikkan agak tinggi disebabkan pentadbiran kerajaan tidak mahu rakyat menggunakan kereta import.
Tambahnya, Umno BN turut menaikkan duti import kenderan luar dengan alasan untuk menggalakkan penggunaan kereta tempatan.
Bagaimanapun, setelah Zon Perdagangan Bebas Asean (Afta) ditandatangani, kerajaan berhadapan dilema untuk menurunkan duti kenderaan yang diimport kerana takut permintaan kenderaan tempatan terjejas.
“Justeru Umno BN memperkenalkan duti eksais kononnya untuk mengimbangi pengurangan cukai import.
“Tindakan itu dibuat setelah kerajaan menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin,” katanya.
Kereta mahal jadi beban
Rafizi berkata, kajian oleh Jabatan Statistik mengenai pendapatan dan kemudahan isi rumah pada 2009 mendapati, hutang kenderaan kedua terbesar selepas rumah iaitu berjumlah RM134.2 bilion pada akhir Mei lalu.
Katanya, jumlah hutang kenderaan meningkat RM16 bilion atau 14 peratus dalam tempoh 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.
Tambah beliau, 71.9 peratus keluarga di negara ini menggunakan kenderaan sedangkan 53 peratus daripada keseluruhan keluarga berpendapatan kurang RM3,000.
“Keadaan ini membayangkan harga kenderaan yang mahal menjadi beban hutang utama rakyat pada ketika sebahagian besar rakyat berpendapatan di bawah RM3,000,” katanya.
Pembongkaran Skandal Pak Lah? (Bahagian 2)
Pembongkaran Skandal Pak Lah? (Bahagian 2)
Komisen RM18 Bilion (Bhg II)
Ini harta Ahmad Albab yang punya!
Camner boleh kantoi ni?
1. Mula-mula mamat yang bernama En H jumpa Mr E, dia kata dia ada RM125Billion duit Malaysia yang lama dan yang baru
2. Si Mr E ni anak murid Allahyarham Pak R (seorang ulama dan ahli spiritual bernama Pak R di Indonesia). Mr E pernah diuji mejadi orang miskin selama 2 tahun oleh Allahyarham Pak R sebelum Mr E jadi kaya!
3. Allahyarham Pak R rapat dengan pemimpin Indonesia seperti Pak Harto dan Pak Sutrisno.
4. Mr E adalah orang yang dilindungi di Negara Indonesia (surat bertarikh 18-12-2003) kerana dia pemegang amanah harta presiden Sukarno (bekas presiden Indonesia yang pertama)
5. Dato MT jawab surat Mr E pada 16-5-2008 (cepatnya Dato MT jawab surat Mr E dihantar pada 15-5-2008. Satu hari jer....jangan main-main beb)
6. Dato MT hantar surat Dato MN pada 30-5-2008 (Laju betul Dato MT hantar surat, agaknya lepas telefon Dato MN, dia terus taip dan terbang macam superman. Fulawee..)
7. Pastu surat perjanjian pun dibuat pada 4-6-2008 diantara Mr E dengan Dato MS dan En MA
8. Mr E tulis sekali lagi bersama surat 'movement order' kepada Pak Lah pada 6-6-2008 dan cop penerimaan terima dari pejabat ketua setiausaha perdana menteri pada 9-6-2008 dan
salinan kepada
1. The President Republic Of Indonesia in Jakarta, Indonesia.
2. The Ministry Of Finance Of Republic Of Indonesia in Jakarta, Indonesia.
3. Mr Bambang Sutedjo, Msc, Deputy Ministery/Deputy Chairman of BAPPENAS for Political, Law, Defence, and Security Affair in Jakarta, Indonesia.
4. The I... A.... C.... Sdn Bhd (xxxx-x) in Kuala Lumpur, Malaysia
5. The Indonesian Embassy CQ Military Attache, in Kuala Lumpur, Malaysia
Salinan Surat Movement Order
Tindakan pertama adalah penghantaran RM2billion dari keseluruhan RM125billion dan secara terperinci seperti didalam surat dibawah. Kesiaaannn...
Surat pengesahan dari Indonesia kepada Dato MT
Surat persediaan penghantaran wang pada bila-bila masa dari Dari Dato MT pada 7-7-2008
Apa komen Perdana Menteri keempat dan keenam Malaysia tentang isu ini?
Perdana Menteri Malaysia ke 6
Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia ke 4
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
1. Siapakah Dato MT & Dato MS yang sebenarnya?
2. Berapa banyak wang sudah dibawa masuk ke Malaysia sehingga hari ini?
3. Kenapa komisen 15% diberi pada Dato MS dan En MA dan bukannya kepada kerajaan Malaysia?
4. Siapa yang temberang siapa dalam isu ini?
5. Siapakah dalang yang sebenar?
6. Siapakah mangsa penipuan dalam isu ini dan banyak lagi yang akan didedahkan....
Tunggu.......
Apa khabar saudara Khairy Jamaluddin dan brother Rizal Marecan? He he
To Seek The Truth
Seramai 260 Penyokong Awang Adek Keluar UMNO ??
Seramai 260 Penyokong Awang Adek Keluar UMNO ??
Huzir Sulaiman's photo.
***HEMMM...PELIK...PELIK...BILA KELUARNYA HASAN ALI DARI PAS, SEMAKIN RAMAI SELEBRITI/ARTIS, PEGAWAI ATASAN KERAJAAN DAN AHLI UMNO YANG MENYERTAI PAS.
KENAPA YA???***
Huzir Sulaiman's photo.
***HEMMM...PELIK...PELIK...BILA KELUARNYA HASAN ALI DARI PAS, SEMAKIN RAMAI SELEBRITI/ARTIS, PEGAWAI ATASAN KERAJAAN DAN AHLI UMNO YANG MENYERTAI PAS.
KENAPA YA???***
7 tahun tiada air di kawasan PM ? - APAHAL ni Najib? Tolong jawab sat...
7 tahun tiada air di kawasan PM ? - APAHAL ni Najib? Tolong jawab sat...
(Melihat tangki yang tidak menghasilkan air di Pekan)
PEKAN: "Kami hidup macam zaman sebelum merdeka, malu rasanya berada dalam parlimen dua orang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib dan Tun Razak).
"Nak disembunyikan, kami sudah tidak mampu. Pihak berkenaan hanya berjanji dan terus berjanji... masalah ketiadaan air tetap tidak dapat diselesaikan."
Begitulah bunyinya rungutan Hasni Omar, seorang penduduk Taman Sepekan Makmur dekat sini, yang kecewa dengan Ahli Parlimen mereka yang juga Presiden Umno serta pemimpin tempatan yang gagal membela nasib mereka mengatasi masalah ketiadaan bekalan air.
Dalam aduannya kepada media, beberapa orang penduduk di taman perumahan yang mempunyai 248 buah rumah itu telah mengalami masalah ketiadaan air sejak tujuh tahun yang lalu.
Menurut mereka, meskipun sudah berkali-kali masalah itu diajukan kepada pelbagai pihak berkaitan termasuk Perdana Menteri sendiri, namun hingga kini masih belum diselesaikan."Pada awalnya kami bersabar, namun selepas pinjaman perumahan mula dipotong daripada gaji kami maka terpaksalah berpindah ke sini kerana tidak mampu membayar sewa rumah lain.
"Banyak kali kami adukan masalah ini kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang yang kini dah jadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) namun tiada tindakan dibuat.
(Tangki ada tetapi air yang takda di kawasan PM ini)“Sampai bila kami harus terus jadi mangsa keadaan. Mujurlah setakat ini belum ada lagi mana-mana penghuni yang mengadakan majlis kenduri perkahwinan dan sebagainya.
"Bayangkan jika ada, sudah pasti keadaan akan lebih merumitkan. Kami terpaksa memunggah air dari sungai berdekatan atau dari rumah saudara mara setiap hari. Teruk kami, tujuh tahun hidup begini.
“Rumah yang kami beli ini bukan rumah kos mewah cuma rumah kos sederhana dan kos rendah sahaja yang mana kebanyakan pembeli berpendapatan rendah dan sederhana.
"Kami terpaksa menanggung pembiayan bank sejak 2006 lagi dan ada pembeli yang tak sanggup tinggal di sini terpaksa menanggung rumah sewa diduduki sekarang," kata beliau lagi.
Sementara itu tinjauan mendapati segala kelengkapan untuk pengurusan bekalan air sudah disediakan.
Menara tangki, pam dan kipas juga sudah pun disiapkan sejak sekian lamanya oleh pemaju, namun air tetap tidak dibekalkan kepada penduduk hingga menyusahkan mereka.
Menurut penduduk, mereka difahamkan masalah timbul apabila pemaju taman perumahan terbabit iaitu Sepekan Sdn Bhd didakwa telah melanggar syarat dan membuat pembinaan tangki tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh PAIP.
"Tangki air taman perumahan terbabit didakwa tidak mengikut piawaian yang ditetapkan maka itu kebenaran tidak diberikan.
"Kini struktur semuanya sudah disiapkan, saluran paip pun sudah siap, tangki bawah dan pam semua sudah ada cuma kelulusan sahaja tidak diperolehi," katanya.
Ada pula yang berkata ia berpunca apabila pemaju dikatakan membeli tangki sedangkan kos berkaitan tidak dibayar sepenuhnya kepada pembekal.
Justeru, pembekal tidak mengeluarkan surat kepada pemaju sedangkan dalam masa yang sama PAIP perlukan surat tersebut untuk proses kelulusan.
Penduduk mengatakan, masalah mereka telahpun acap kali diadukan kepada Pegawai Daerah Pekan, Adun Peramu Jaya dan setiausaha politik Najib di Pekan.
Mereka berjanji untuk selesaikan, namun hingga kini tidak ada sebarang penyelesaian dilakukan.
“Apa lagi yang dapat kami lakukan jika tidak mendedahkannya kepada media? Cuba bayangkan jika masalah seperti kami ini berlaku dalam negeri Pakatan Rakyat,” tegasnya.- Harakahdaily
Shalehudin
Dibelasah Kerana Rakam Polis Belasah Orang
Seorang peserta yang sempat merakam pelbagai bentuk kezaliman polis dalam himpunan 28 April lalu turut dibelasah hingga terpaksa menerima jahitan di telinganya.
Lee Teck Yew, 39, hadir sebagai saksi kedua dalam sidang kelima siasatan awam Bersih 3.0 oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.
“Saya sedang merakam aksi beberapa polis membelasah orang awam, tiba-tiba polis itu perasan, lalu mereka terus datang menyerang saya,” kata Lee.
Isteri Lee yang turut hadir dalam himpunan itu ditolak ketepi oleh polis lantas membelasah dan membawa Lee ke Dataran Merdeka sebelum ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol).
“Saya dibebaskan dari Pulapol lebih kurang jam 1.00 pagi dan saya terus ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan,” jelasnya.
Lee menerima empat jahitan di belakang telinga dan menderita sakit siku hingga sekarang akibat ditolak polis ketika dalam perjalanan ke Dataran Merdeka.
TV3 suku dan Utusan tak pernah siarkan cerita polis belasah rakyat, sedangkan rakyat semua dah tahu, nampak benar tak adilnya media massa negara ni,"tukanglawan" masih tunggu video yang polis kata nak siarkan tu.... belum siap edit lagi ke?
Lee Teck Yew, 39, hadir sebagai saksi kedua dalam sidang kelima siasatan awam Bersih 3.0 oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.
“Saya sedang merakam aksi beberapa polis membelasah orang awam, tiba-tiba polis itu perasan, lalu mereka terus datang menyerang saya,” kata Lee.
Isteri Lee yang turut hadir dalam himpunan itu ditolak ketepi oleh polis lantas membelasah dan membawa Lee ke Dataran Merdeka sebelum ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol).
“Saya dibebaskan dari Pulapol lebih kurang jam 1.00 pagi dan saya terus ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan,” jelasnya.
Lee menerima empat jahitan di belakang telinga dan menderita sakit siku hingga sekarang akibat ditolak polis ketika dalam perjalanan ke Dataran Merdeka.
TV3 suku dan Utusan tak pernah siarkan cerita polis belasah rakyat, sedangkan rakyat semua dah tahu, nampak benar tak adilnya media massa negara ni,"tukanglawan" masih tunggu video yang polis kata nak siarkan tu.... belum siap edit lagi ke?
Tamrin minta tunjuk sebab menteri-menteri umno
Tamrin mahu MT Umno tunjuk sebab
Oleh Subky Latif
TAMRIN Tun Ghafar Baba, bekas Mempi BN dan bekas Exco Pemuda UMNO sebelum demonstrasi Bersih 3.0 hujung April lalu menulis surat panjang kepada Perdana Menteri Najib membantah apa yang dikiranya penyelewangan oleh Najib dan pemimpin UMNO dan kerajaan dalam banyak isu. Semua yang disebutnya adalah bertentngan dengan undang-undang dan politik demokrasi UMNO.
Dia memberi tempoh dua minggu kepada Najib, jika tiada respons dia akan mengedarkan surat itu kepada umum. Kerana tidak menerima maklum balas, dia naik pentas pembangkang dan kelihatan dalam tunjuk perasaan rakyat yang tujuannya untuk menyampaikan sikap dan salah laku pimpinan UMNO yang diketuai Najib kepada orang ramai.
Awal Julai ini dia menerima surat tunjuk sebab dari Setiausaha Agung UMNO, mengapa dia tidak boleh dikenakan tindakan disiplin parti.
Seperti Najib tidak menjawab suratnya, Tamrin juga tidak menjawab surat tunjuk sebab itu. Tetapi saya dapati Tamrin muncul dalam TV secara on-line menyebut bukan dia mesti diberi surat tunjuk sebab, sebaliknya Najib dan sekalian ahli Majlis Tertinggi UMNO yang mesti menunjuk sebab mengapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar perlembagaan UMNO.
Dia mnunjukkan antara petikan perlembagaan UMNO tentang tujuan dan tanggungjawab sekalian ahli UMNO dari setinggi hingga serendahnya di peringkat akar umbi mestilah peduli dan prihatin terhadap masalah rakyat. Tetapi UMNO sekarang sudah tidak peduli lagi dengan masalah rakyat.
Dia juga menyebut tentang semangat perlembagaan UMNO yang mahu parti itu dan kerajaan yang dipimpinnya menjaga kedaulatan dan keselamatan negara.
Dia membangkitkan tentang apa yang dikiranya keselamatan negara sudah digadaikan apabila berpuluh ribu orang asing telah diberi kerakyatan segara dan didaftarkan menjadi pengundi untuk PRU 13 ini.
UMNO telah membenarkan pegawai dan jabatan kerajaan membawa orang luar bagi dijadikan pengundi. Tidakkah ia satu kerja pengkhianatan kepada keselamatan negara?
Hingga katanya, dalam kawasan pilihan raya Parlimen Pekan yang diwakili Najib terdapat satu kawasan pengundi yang dinamakana Kampung Kampuchea. Pengundinya terdiri dari pelarian dari Kampuchea.
Apa yang dilakukan oleh pemimpin dan orang-orang UMNO sekarang bukan lagi apa yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpiin UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan dulu seperti bapanya Tun Ghafar Baba dan bapa Najib, Tun Razak.
Tamrin ditanya mengapa semua salah laku UMNO dan pemimpinnya itu tidak disampaikan kepada parti melalui saluran yang sewajarnya tetapi sebaliknya dia membuat teguran terbuka dan menggunakan pentas pembangkang?
Jawab Tamrin, UMNO tidak mahu dengar teguran kita dan tidak akan layan bantahan rakyat. Dia sudah menghantar surat kepada Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Dia tidak jawab. Tiada jawapan sejak hujung April hingga Julai sekarang.
Jika babanya Tun Ghafar Baba tidak dilayan oleh UMNO sedang dia adalah bekas Timbalan Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri, maka siapa dalam UMNO hendak layan ahlinya yang tidak ada kedudukan dalam parti.
Katanya, bapanya minta berjumpa dengan seorang Menteri Besar, Menteri itu kerana terlalu sibuk memberinya enam bulan untuk menemuinya. Sehari sebelum temu janji itu pegawai Menteri Besar itu memaklumkan pertemuan itu dibatalkan.
Inilah layanan Menteri Besar terhadap orang disebutkan sebagai negarawan. Tetapi kata Tamrin bapanya minta bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz. Tok Guru itu juga seorang yang sibuk, banyak memberi kuliah agama, dia pun bukanlah sihat sangat, tetapi dalam masa tiga hari saja bapanya dapat bertemu dengan Menteri Besar Kelantan.
Tok Guru terima bapanya sebagai tetamu negeri, sediakan motokar untuk ke mana saja. Apa yang mengharukannya Tok Guru katakan kepada Tun Ghafar bahawa Tun Ghafar boleh berapa hari dia suka, kalau mahu tinggal di Kelantan, kerajaan akan sediakan rumah untuknya.
Mengapa Tamrin naik pentas pembangkang dan tidak mengadakan pentas partinya? Jawabnya, UMNO akan adakan ceramah untuknya dan kalau pun UMNO adalah majlis ceramah, tiada siapa dalam UMNO itu hendak mendengarnya.
Maka pilihannya ialah menyertai ceramah pembangkang supaya pendedahannya tentang kepalsuan UMNO sekarang dapat disampaikan kepada orang ramai termasuk ahli-ahli UMNO.
Katanya, dia sayangkan UMNO dan masih ahli UMNO. Teguran yang dibuatnya di merata-rata itu ialah kerana sayangkan UMNO dan mahu pemimpin-pemimpin UMNO membetulkan semula perjuangannya.
DD
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/07/tamrin-mahu-mt-umno-tunjuk-sebab.html#ixzz21asU8sGp
Selasa, 24 Julai 2012
TOP 5 : Lima menteri paling tidak cerdik pada tahun 2011.
TOP 5 : Lima menteri paling tidak cerdik pada tahun 2011.
Kah kah kah
Baru tulis tajuk aku dah tergelak. Belum lagi tulis point kenapa aku kata menteri2 neh tidak cerdik [ganti nama untuk bangang]. Minta maaf pak menteri. Minta maaf banyak2 kerana aku menjadi rakyat yang sangat jujur bila mengkritik kepimpinan korang. Aku dah berusaha sehabis baik mahu mengrespect korang tetapi tak kira sehebat mana pun aku mencuba, ia tetap gagal. Sebab?
Sebab korang sebagai menteri langsung tidak bekerjasama dengan aku dan rakyat dalam menjaga imej diri sendiri. Bila korang sendiri dah memilih untuk tidak direspect, maka siapalah aku yang beria2 nak respect korang, betul?
Kah kah kah
Di mulai dengan tempat kelima.
5. Hishamuddin Hussein.
BERSIH. Isu bersih membuktikan bahawa dia layak mendapat title neh. Lupakan kekantoian dia dalam isu yang lain2. Isu bersih neh lah yang menyebabkan dia dilihat sebagai menteri yang bangang yang mana dia sendiri pun sedar akan hal tersebut.
Siapa dia menteri yang menangkap orang semata2 pakai baju bersih dan edar risalah? Siapa dia menteri yang tahan orang jual baju bersih? Siapa dia menteri yang tutup seluruh kl tetapi menyaksikan berpuluh2 ribu rakyat yang berazam akhirnya berjaya menembusi kl?
Siapa dia? Ya, anda lah orang nya Hishammudin. Menteri propa. Konon nya menteri menjaga keselamatan dan mementingkan rakyat. Tapi ban buku kartun? Kartun boleh membunuh meh? Kartun tidak, tapi gas beracun boleh.
Apa yang dah jadi pada kes hospital tung sin? Apa yang dah jadi dengan kes kertas siasatan lengkap pasal bersih? Itu pun belum masuk isu kematian di bangunan sprm. Itupun tak sentuh lagi bab salah laku polis yang menceroboh ceramah2 pr. Itupun tak kira lagi kes ugutan bunuh kepada pr.
Kes serang markas pkr di tropicana even dengan bukti kita bagi. Apa dah jadi? Zero. Apa pun takde. Kejayaan bersih 2 menyebabkan kerajaan akur dengan kemahuan rakyat malaysia apabila mereka akhirnya menubuhkan PSC.
Siapa cakap bersih 2 tiada effect? Siapa yang menerima faedah RM500? RM100? Siapa, ya koranglah rakyat yang bersenang lenang goyang kaki di atas perjuangan kami. Di sebabkan kami berani menentang kezaliman, disebabkan kami berani melawan kemungkaran, maka akhirnya kerajaan terpaksa kendurkan kekerasan demi meraih undi. Semua itu atas usaha kami, rakyat yang bukan sekadar goyang kaki di rumah dan mengeji semua pejuang bersih.
Anda patut berbangga kerana rakyat macam kami wujud di malaysia neh. Orang yang sayangkan malaysia dia tahu mana satu betul dan salah. Orang yang pentingkan diri sendiri hanya pandai mengambil kesempatan di atas usaha orang lain. Berapa ramai yang pentingkan diri sendiri? Lue fikirlah sendiri.
4. Ismail Sabri.
Kenapa dia tidak cerdik? Adakah disebabkan dia bapak kepada dafi? Tidak sama sekali. Dua isu neh langsung tidak berkaitan pun. Dia tidak cerdik disebabkan dia gagal menangani krisis kenaikan harga barang dengan berkesan. Sedangkan dia ialah menteri yang sepatutnya memikirkan permasalahan neh.
Fenomena kenaikan harga barangan makanan di malaysia neh semakin melampaui batas. Tapi apa yang menteri kita jawab? Harga barang di malaysia lebih rendah berbanding negara jiran. Bila dia gagal atasi penyeludupan, tahu dia cakap apa? Jumlah penguatkuasa terhad, dah tue dia nak rakyat pula atasi penyeludupan?
Inilah antara menteri yang buat kenyataan tah hapa2 sepanjang tahun 2011. Isu kenaikan cukai yang membebankan dia buat derk. Isu yang tah hapa2 dia pergi meroyan sana sini. Lepas tue tah hapa2 pongpnag marah pembangkang depan tv.
Rakyat peduli meh lue nak hentam pembangkang? Lue punya pasal tapi utamakan lah kerja dulu. Setiap satu bulan 1 barang sekurang2nya naik harga. Itu paling kurang bhai. Bayangkan kalau 10 barang naik harga? Kalau 20?
Tak ke mamposnya nama tue? Itulah yang dialami oleh rakyat malaysia sekarang neh. Di alam kemamposan. Sana sini orang mengeluh barang naik harga. Mengeluh harga barang yang naik dengan mendadak bukan bererti mereka2 itu pro pembangkang beb.
Sialan.. itu hari harga dia baru rm2.50 apahal sekarang jadi rm3? Marah pakmat. <-- Pakmat neh mesti pembangkang. Bila check2 dia ialah pro umno. Hidup mampos untuk umno.
Celaka punya kedai. Makan tah pape pun rm27? Gila betul. Marah yusri. <-- Yusri neh mesti pembangkang. Bila check2 rupanya dia apa pun tak minat pasal politik.
Tapi ismail sabri dia tak nampak semua tue. Mentaliti dia dah jitu. Complaint harga barang naik lue confirm pembangkang. So apa sahaja kenaikan harga barang yang dibangkitkan oleh rakyat adalah boleh pergi straight masuk bakul sampah.
Dan dia pula boleh pergi straight bagi idea2 bahlol. Seperti portal pengguna 1malaysia rm1.5juta yang satu sen pun takde effect pada aku dan ko. Walhal sebelum tue portal yang lebih kurang sama telah dibuat setahun sebelumnya. Tukar nama dan format sudahlah. Benda percuma tapi bayar kepada kroni. Last2 benda ditinggalkan dan diabaikan macam portal yang lama. Useless.
Seperti kedai2 rakyat 1malaysia yang kita tahu sah2 ia adalah projek kroni. Seperti restoran 1malaysia[hasil tarik subsidi bahan mentah] dan kedai ikan 1malaysia [hasil tarik subsidi nelayan dalam] dan terbaru burger 1malaysia [hasil NFC?]. Ini semua apa? Apa? Apa benda yang mahu disampaikan? Lue punya otak kasi luas sikit lah.
Daripada beberapa peniaga yang mendapat kebaikan, kan elok lue kasi kembangkan ia kepada semua peniaga2 di malaysia dan automatik semua rakyat malaysia boleh dapat kebaikan? Lue tarik subsidi dari majoriti yang memerlukan, tapi lue beri susbsidi pada minoriti yang tidak memerlukan, ini adil meh? Ini adil kah?
Apa salahnya kalau konsep kedai rakyat neh ditekankan dari segi sistem. Bukan dari segi projek. Maksudnya cari satu sistem yang boleh dilaksanakan oleh pekedai2 malaysia sehingga membolehkan mereka menjual dengan harga yang berpatutan kepada rakyat malaysia. Harus diingat, rakyat bukan nak harap dan hadap barang percuma dan subsidi dari kerajaan. Tetapi rakyat mahukan kualiti yang bersesuaian apabila mereka dah bersusah payah membayar cukai dan sebagainya.
Ini konsep yang kerajaan kena faham dan gunapakai. Jangan ingat dengan lambakkan barang murah lagi beracun lepas tue nak suruh rakyat berlutut owhh.. syukurlah aku.. syukurlah aku.. bien memang ko lah raja paling agung. Gila ka ko bien? Ko fikir aku cukup bodoh nak berbuat demikian? Pergi mampos.
Penafian Ismail sabri pasal barang makanan KR1M yang beracun dan dibuktikan dengan fakta langsung tidak menghilangkan rasa ego menteri neh. Dia malahan tidak tahu pasal pengenappan. Sila rujuk posting lama di amenoworld dan fb dia sendiri. Ini lawak beb.
Dan yang lebih sadis, walaupun dengan berani aku menjemput dia masuk ke fb saya benci harga barang naik menerusi mesej private dengan menjanji 3 syarat bahawa
1. tiada provokasi kepada dia.
2. Bahasa yang sopan.
3. Hujah yang relevant [tidak lari topic]
agar dia boleh memahami keluhan ahti rakyat terbanyak macam aku yang menderita sakit jiwa fikir kenaikan harga barang setiap hari dengan jumlah pendapatan yang masih sama, dia langsung tidak endahkan. Fikirlah, aku dah bagi dia ruang dan peluang untuk mengenalpasti apa masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat tapi ada dia kesah? Ada dia kesah? Haram.
Walhal sehari sebelum itu di berita dia cakap, dia dengar suara ahti rakyat. Neh rakyat datang jemput dia sungguh2, time seme dia tetapkan, aku dan fans momantai, ada dia peduli? Haram. Berlakon depan tv mesti mao. Belakang2 Allah swt lebih tahu ma. Simple. Itu sebab aku berani cakap dia neh memang langsung tak cerdik.
Yang cerdik hanyalah buang duit. Sikap terlatih pemimpin2 bn dari dulu sampai sekarang.
3. Jamil Khir.
Inilah menteri yang sangat2 memalukan umat islam di malaysia. Engkauuu tibaaa bilaa politik bien di ancam.. ko blahh bilaa akidah umat islam jadi taruhan. Benda yang dia patut focus dan atasi dia boh layan. Jakim takde kuasa. Had kuasa jakim terhad. Kalau dah tahu kuasa ko terhad, pergi tambah. Pergi cari jalan, usaha untuk tambah kuasa ko.
Tak dapat dengan tangan, lawan dengan mulut. Hentikan penerbitan majalah lucah malaysia seperti mangga dan dll yang sama seumpamanya. Ia diterbitkan oleh orang islam dan dibeli pula oleh orang islam dan ko sebagai ketua yang menjaga akidah umat islam mesti tentang benda neh habis-habisan. Takde kompromi.
Pelbagai filem yang melampaui batas, pelbagai drama yang menyeleweng, ko patut banteras. Ko patut tahu bila dan di mana peranan ko perlu dimainkan. Bukan guna wang zakat. Bukan pergi sound umat islam jangan suka meminta. Bukan bina rumah besar2. Bukan beli buku kutuk pas. Bukan hina pr dalam ceramah dan khutbah jumaat. Bukan, bukan, bukan.
Ini bukan kerja ko. Kerja ko jaga akidah kami. Halal haram bukan dalam bab pemakanan je. Itu pun ko tak pass. Syarikat besar2 yang sah2 jual dna babi disembunyikan. Macam mana orang islam nak tahu benda apa yang halal dan apa yang tidak? Nama baik syarikat lebih penting dari pemakanan umat islam. Adakah umat islam ialah testimoni kepada pemangkinan kekayaan yang boleh jamil khir raih di dunia neh?
Jadi orang jangan kejam sangat jamil, jangan. Bukan bermaksud kejam sikit2 boleh. Jangan salah faham. Tapi fikirlah. Bila ia melibatkan akidah umat islam, utamakanlah kami neh. Kami neh amanah buat ko. Setiap satu langkah salah yang kami buat yang mana ia didorong oleh pentadbiran yang salah oleh ko, bukan kami je kena di akhirat, ko pun kena. Malahan lebih teruk. Ini melibatkan dari generasi kepada generasi. Kalaupun generasi sekarang neh dah rosak, janganlah bawa ia kepada generasi akan datang jamil. Jangan. Kita mampu mengubahnya.
2. Najib Razak.
Tidak lagi perlu diterangkan kenapa dia masuk ke dalam carta. Mungkin orang sedikit confuse kerana dia sepatutnya juara taktha. Tapi apahal dia no 2 pula. Siapa lagi yang paling tak cerdik berbanding dia? Ada meh? Ada. Memang ada. Malahan terlampau banyak saingan sehingga susah nak cari pemenang beb.
kah kah kah
Isu yang paling menampakkan Najib razak tidak cerdik pada tahun 2011 ada pada 3 perkara neh. Sebenarnya ada banyak, tapi 3 isu di bawah neh mencetuskan momentun respon yang luar biasa rakyat malaysia terbanyak ;
1. Isu menara warisan.
Isu yang jelas lagi terang terbukti dia tak pakai otak ketika announce menda neh. Awal tahun announce [sekarang sedang finalising] buat menara warisan. Akhir tahun malaysia takde duit pun nak bayar kos selenggara pesawat yang baru dibeli. Ini cara pm tadbir negara. Dipenuhi dengan hutang kiri kanan atas bawah. Pun ada ahti bazir duit lagi dengan berubat luar negara walhal sendiri nasihat hargailah kepakaran tempatan.
Lagi bising suruh rakyat jimat cermat tapi sendiri yang perkenalkan pula pelbagai cukai2 yang baru, malahan bil elektrik juga sudah bercukai yang dijenamakan dengan gelaran baru iaitu LEVI. Ini apa? Lue suruh wa jimat, wa hormat. Tapi lue jangan melampau ma. Jimat wa kena, cukai pun wa kena, lue mao wa buat apa? Sampai wa mampos baru lue syok meh?
Kemon larh piem, kemon larh. Nak suruh rakyat berjimat momantai. Tapi jangan ditekan lagi. Dan sendiri pun kena belajar amalan jimat cermat. Jangan pandai nasihat rakyat je. Bil elektrik + air beriban2 dan sewa rumah rasmi tue apa citer?
Sendiri amalkan dulu, then rakyat pun ikut. Kalau sungguh nak selamatkan negara, kena sama2 bergabung. Ko tak boleh nak kerah rakyat sedangkan dalam waktu yang sama ko sendiri yang habiskan boreh. Ini salah. Sendiri pandai buat hutang, sendiri bayar hutang. Jangan lambakkan pada rakyat sebab beban kita orang neh pun dah banyak.
2. Isu email 1malaysia.
Isu yang tak perlu diperjelaskan lagi. Jelas, inilah projek kroni. Syarikat neh juga telah mendapat tender sebagai pengutip saman traffic. Macam lah susah sangat nak bayar saman traffic. Bersepah cara ada di malaysia neh. Email free pun bila jadi satu malaysia kena bayar 50sen. Ini yang penyokong umno soh wa respect? Memang wa gelak besar bhai.
Kah kah kah
3. Isu imej islamik.
Orang pergi haji, dia pun pergi haji. Orang guna duit sendiri, dia guna wang rakyat dengan naik kapal terbang yang mana kos tambang sewa nya rakyat yang kena bayar. Orang pergi haji happy2, dia pun happy2 sampai masuk tv hari2.
Orang belum balik haji tapi dia dah selesai haji. Bila orang bagi persepsi dia marah bertubi2. Sedangkan sendiri yang tayang amal diri sendiri. Orang pun tak hingin nak menyemak kalau bukan dia yang tayang diri.
Jangan lah ingat semua orang buta ahti terpengaruh dengan amalan yang sengaja disensasi. So akhirnya berbalik kepada diri sendiri. Siapa lagi yang salah kalau bukan diri sendiri yang sengaja berlagak demi meraih undi? Itu pun tak masuk lagi isu lue perleceh hudud depan tv. Berkerjasama dengan totok yahudi? Lue fikirlah sendiri.
1. Shahrizat Abdul Jalil.
Ya. Inilah juara. Dia berada di tempat yang betul. Dia ialah menteri paling tak cerdik sekali dalam tahun 2011. Isu NFC mencalarkan semua rekod baik dia. Isu NFC menghilang dan melenyapkan semua jasa dia pada negara. Siapa yang salah kalau bukan diri sendiri?
Pada awalnya dia dah kalah secara bermaruah dengan nurul izzah di lembah pantai. Dia patut sedar ketika itu bahawa dia dah ditolak. Kenapa lah nak tunggu sampai orang2 betul2 menyampah dekat dia ? Itupun dia tak blah lagi. Dia duduk lagi dalam kerusi menteri. Boleh nampak tak betapa tak cerdiknya dia neh?
Bagitau saya mana satu pemimpin umno yang tidak bermasalah? Ini dia jawab bila orang suruh dia blah. Woitt.. pasal pemimpin umno bermasalah lah orang makin benci pada umno. Sekarang tak payah heret pemimpin lain, sekarang focus isu ko jek. Saya hanya isteri, saya buat kerja saya dan dia buat kerja dia.. nak selak kain ke sinsing baju ke apa ke itu semua tidak lagi berguna.
Jadilah ibu yang bermaruah at least kepada anak sendiri. Tunjukkanlah contoh yang baik kepada anak2 sendiri. Isu NFC neh tak kira nak lari kot mana pun memang ko dah tersepit. Dari salahguna wang beli kondo di malaysia dan singapore sampailah kepada isu gaji yang melampau2 banyaknya semua nya dah terbongkar. Semua nya. Dibuktikan dengan fakta yang kuat lagi, jelas lagi konkrit.
Ko dah tak boleh nak buat apa. Ada kuasa memang aku dakwa ko. Aku seriyes neh. Tapi aku fikir kalau ko boleh pulangkan balik rm250j dan berundur cara baik pun okey dah. Lepas neh apa ko nak buat dengan hidup ko punya pasal. Jangan lagi susahkan rakyat hanya semata2 nak hidup mewah. Please shahrizat. Berundurlah selagi ada ruang untuk berundur.
Ameno : Ulang kata2 shahrizat.. siapa menteri umno yang tidak bermasalah.. siapa?
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/12/top-5-lima-menteri-paling-tidak-cerdik.html#ixzz21WM0j18C
Langgan:
Catatan (Atom)