Sabah ….paling malang di Malaysia bawah BN
Berpuluh tahun rakyat Sabah dianak tirikan oleh BN. BN mengaut untung minyak dan balak dari Sabah tapi membiarkan negeri ini terus miskin dan rakyatnya miskin. Tapi PM Najib kata negeri termiskin di Malaysia ialah Kelantan. Rakyat Sabah terus kena tipu! dan kena kena tipu hidup-hidup. Bila agaknya rakyat Sabah mahu sedar dan menolak BN?
Baca statitsik 2007 ini: Sabah paling miskin di Malaysia
Baca statistik 2009. Sabah paling miskin di Malaysia
Dan untuk terus berkuasa di Sabah, BN beri kad pengenalan biru kepada warga asing sewenang-wenangnya menjadikan warga asing layak mengundi dan pastinya mereka mengundi BN dan memenangkan BN.
(“Yakub bersedia menjadi saksi dan memberi keterangan di Parlimen atau di Mahkamah Undang-Undang berhubung dakwaannya bahawa Jabatan Pendaftaran Negara Sabah terlibat mengeluarkan ratusan ribu kad pengenalan projek kepada PATI di Sabah sekitar 1991 sehingga 1994.” – MP BN)
Pakatan Rakyat menawarkan 20% royalti minyak untuk Sabah kalau pengundi Sabah memenangkan PR dalam PRU 13 kelak. Sabah tidak akan merempat dan malang lagi. Rakyat Sabah tidak akan menyesal selamanya selepas PR memerintah Sabah. Beri satu penggal untuk PR buktikan. BN sudah diberi tempoh 55 tahun memerintah Sabah tapi rakyat Sabah masih miskin dan malang. Kalau PR gagal buktikan pemerintahan yang lebih baik dalam satu penggal (5 tahun), rakyat Sabah boleh jatuhkan semula PR! Belum cuba belum tahu….
Baca lagi:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan