tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Selasa, 12 Jun 2012

Hutang Malaysia 2012 (Terkini)di paras BAHAYA Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!!


Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!!

by STAFF BERITA SEMASA 
Hutang Malaysia 55 Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!!
Jikalau diikutkan sekarang sumber utama pendapatan negara Malaysia datangnya daripada pelbagai cukai dan tarif bersama-sama hasil yang diperolehi daripada pengeluaran lesen perniagaan, lesen arak, lesen premis dan lain-lain lagi. Cukai-cukai yang datang ini datang dalam pelbagai bentuk samada  :
  1. Cukai Jualan Langsung
  2. Cukai Pendapatan Peribadi (Jika pendapatan anda melebihi paras dan syarat yang ditetapkan oleh LHDN)
  3. Cukai Pendapatan Korporat (setiap syarikat/perbadanan membayar kepada kerajaan sebelum mereka membayar dividen kepada kalangan pemegang saham mereka)
BEBERAPA industri lain yang dikawal selia seperti industri rokok & alkohol boleh dikenakan cukai berbeza pada kadar yang berbeza :

  • Cukai Keuntungan Modal (sama ada dari Keuntungan direalisasikan dalam nilai ‘saham’ syarikat / saham korporat)
  • Memiliki sebidang tanah atau rumah/bangunan yang telah meningkat nilainya dan akan dikenakan cukai jika ingin menjualnya
  • Tarif Air / Elektrik
  • Cukai Jalan
  • Cukai Pegangan
  • Dan lain-lain lagi
Tidak kira apa kerajaan di dunia sekalipun termasuklah negara kita Malaysia, perlu ada 3 peranan asas ini. Antaranya ialah :

  1. Mewujudkan keamanan dan kestabilan sesebuah negara (persekitaran yang kondusif untuk didiami dan untuk tujuan menjalankan perniagaan)
  2. Mewujud dan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada, peraturan-peraturan dan piawaian untuk kebaikan dan manfaat kepada rakyatnya (seperti ISO, API, TUV, SIRIM, OSHA – AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN dan juga Undang-undang Buruh dan Garis Panduan Pengambilan Pekerja)
  3. Dan akhir sekali, yang ketiga adalah  sesebuah kerajaan ”bijak” menguruskan khazanah negara dan mengagihkan semula Kekayaan Negara (dilakukan melalui “DASAR FISKAL” sebuah negara yang dijalankan melalui BELANJAWAN TAHUNAN untuk tujuan Penjagaan Kesihatan Orang Awam, Pendidikan, dan sebagainya BUKANNYA BERNIAGA wang negara sesuka hati
Dan sebagai kerajaan, yang menguruskan hasil sesebuah negara dan pembelanja BESAR dalam ekonomi, hanya mempunyai sumber yang terhad bagi kelangsungan dan pertumubuhan negara tersebut :
  • Sumber asli
  • Sumber manusia
  • Sumber kewangan

Itu sebablah apabila kerapkali sesebuah kerajaan yang tidak dapat menguruskan kekayaan dengan baik  sehingga tidak dapat menjana HASIL (PENDAPATKAN) dan mengakibatkan negara tidak mempunyai lebihan wang untuk berbelanja pada masa-masa akan datang menyebabkan sesebuah kerajaan terpaksa mengheret sekali negara dalam perbelanjaan defisit. Contohnya terdekat, negara kita Malaysia. Merujuk kepada pembentangan belanjawan 2012, negara Malaysia mengamal kan bajet defisit bukan sekali dua, tetapi sudah 14 kali berturut negara diuruskan dengan BELANJAWAN DEFISIT seperti :
  • pengeluaran BON Kerajaan bagi meminjam wang daripada sektor swasta ataupun badan-badan antarabangsa untuk membiayai dan menampung perbelanjaan negara pada masa yang akan datang.
Itu sebablah sesebuah kerajaan mestilah bijak menguruskan khazanah dan kekayaan negara tetapi jikalau duit negara banyak dihabiskan dengan cara yang salah ia akhirnya akan merugikan dan menyusahkan rakyat pada masa akan datang
  • membazir dengan projek-projek mega yang akhirnya menjadi gajah putih dan ada pula yang sudah menyembah bumi
  • sesuatu projek dikeluarkan yang angka sepatutnya RM100 juta contohnya menjadi RM200 juta dengan ada orang tengah yang menunggu giliran bagi mendapatkan duit atas angin
  • membuat tindakan flip flop yang membazirkan duit negara begitu sahaja tanpa membuat kajian yang terperinci
  • atas nama rasuah berleluasa, menjadi nanah bagi sesbuah negara sehingga menyebabkan perbelanjaan negara terus meningkat
  • lagi???
Apa yang sebenarnya kerajaan perlu lakukan sekarang ini ialah kerajaanmesti pantas menjana pertumbuhan negara pada paras yang lebih baik daripada segi Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) yang sebenarnya mampu meningkatkan taraf hidup dan pendapatan majoriti rakyat untuk tempoh masa yang panjang dalam pada masa kerajaan harus serius membanteras habis-habisan rasuah yang telah menjadi “nanah” dalam negara ketika ini secara total. Keadaan ekonomi Malaysia perlu diberikan perhatian yang lebih serius ketika ini. Ketepikan pendirian politik buat sementara waktu ketika ini. Jika mana-mana anda mengikuti setiap laporan Berita Semasa, pastinya anda masih teringat implikasi dan risiko  yang bakal dihadapi jika hutang negara terus meningkat merujuk 2 laporan berita yang pernah kami keluarkan sebelum ini:
  • beberapa syarikat-syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA seperti Standards & Poors dan juga Moody’s Investors Service yang telah memberikan “peringatan dan amaran awal kepada Malaysia jika kerajaan Malaysia masih belum mampu menunjukkan keupayaan mengawal hutang negara Malaysia dengan baik, akibatnya RATINGS” bagi BON-BON TERBITAN KERAJAAN PUSAT di arena antarabangsa besar kemungkinan akan diturunkan daripada :“Rating ( A- ) diturunkan kepada ( BBB )”. Natijahnya………
  • Antara tahun 2003-2009, siling pinjaman berkanun telah dinaikkan sebanyak 15 peratus daripada KDNK. Tidak mustahil siling pinjaman berkanun untuk dinaikkan sekali lagi? Mungkin?
Dalam kes ekonomi Malaysia sekarang ini, hutang kerajaan Malaysia telah berkembang lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia secara keseluruhan termasuklah pendapatan kerajaan Malaysia daripada cukai.
Sama seperti Perbadanan Persendirian yang JUGA meminjam daripada Pasaran Modal, Bon Kerajaan juga sering diberi “PENARAFAN KREDIT” oleh Agensi Penarafan Antarabangsa Standard seperti Standard & Poors (S & P), Fitch dan juga Moody’s Investors Service.
  1. BON yang dinilai berkualiti sering diletakkan pada kadar AAA, AA atau A dengan (+) atau (-)
  2. Diikuti dengan penilaian yang lebih rendah BBB, BB, B.
  3. Manakala, gred pelaburan dengan risiko yang terlibat untuk CCC, CC dan C yang sering dipanggil “bon berkualiti rendah” kerana terdapat risiko yang tinggi apabila sebuah syarikat atau Kerajaan menguruskannya dengan buruk sekali sehingga berisiko menjadi tidak solven (bankrap) dan tidak mampu membayar balik Bon Bayaran Faedah atau Hutang

Hutang Malaysia 2012 : RM 470,759 Juta (Semakan 7 Jun 2012)

Hutang Malaysia Bank Negara Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!!
Sumber Bank Negara : Statistik BNM Pada 7 JUN 2012
Semasa awal pentadbiran Datuk Najib Razak sebagai Perdana Menteri,  kerajaan telah berbelanja secara berlebihan tanpa kawalan yang baik untuk cuba memulihkan ekonomi negara Malaysia ketika itu ibarat seperti menyalurkan suntikan adrenalin ke jantung) ekonomi negara dan terdapat banyak lagi cara lain pada masa itu bagi mengangkat semula angka Pertumbuhan ekonomi melalui penerbitan besar-besaran Bon Kerajaan Malaysia atau SKM (Sekuriti Kerajaan Malaysia) bermula pada tahun 2010 apabila Kerajaan mula dikeluarkan sejumlah BON Kerajaan sebanyak RM60.5 Bilion sebagai PAKEJ RANGSANGAN sejak kemerosotan ekonomi yang dialami Malaysia sekitar tahun 2009.
Dan masalah dalam pasaran modal dalam negara adalah Malaysia adalah kemerosotan dari 2009. Masalah dalam pasaran modal bagi mana-mana negara di dunia, adalah melibatkan permintaan untuk kredit (dana pinjaman/dana jangka masa panjang)  yang sentiasa kekurangan, bergantung kepada tahap ‘kapitalisme’ dan pembangunan di negara tersebut.
Tidak seperti di Amerika Syarikat, Kerajaan Malaysia begitu banyak MELIBATKAN dirinya dalam “PERNIAGAAN” memiliki dan memonopoli banyak Perusahaan Milik Negara (SOE) atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti:-

  • Petronas
  • FELDA
  • TM Bhd
  • TNB
  • Sime Darby
  • MAS
Oleh itu, apabila kerajaan terlibat dalam Pembiayaan Defisit yang agak membebankan atau berlebihan melalui penerbitan besar-besaran bon yang mana mereka TIDAK dipadankan dengan jumlah SAMA Pertumbuhan bagi Hasil daripada segi kedua-dua cukai Korporat dan Cukai Pendapatan Peribadi, menyebabkan ia dipanggil kesan “menjejaskan” Ekonomi negara Malaysia.

Hutang Malaysia : Peningkatan Kadar Dasar Semalaman Bagi Mnedapat Dana tambahan Bagi Pasaran Modal

Kita boleh antara kesannya sekarang ini dengan jelas berlaku pada tahun 2010 apabila Bank Negara Malaysia menaikkan  Kadar  Dasar Semalan (OPR) yang akhirnya menimbulkan Kadar Asas Pinjaman Bank sebanyak 3 kali dalam tempoh 1 tahun sahaja bermula :
i) Pada 4 Mac 2010
  • OPR dinaikkan sebanyak 25 mata kepada 2.25%
  • Pertama kali dalam tempoh 4 tahun
ii) Pada 13 Mei  2010
  • OPR menaikkan 25 mata lagi kepada kepada 2.5%
  • Sebulan lebih selepas menaikkan pada bulan Mac 2010
iii) 8 Julai 2010
  • 2 bulan kemudian
  • OPR dinaikkan buat kali ketiga sebanyak 25 mata kepada 2.75%
Tetapi…….apabila penerbitan BON Kerajaan tidak mampu dihentikan akhirnya menyebabkan perbelanjaan negara terus meningkat akhirnya……
(iv) 5 Mei 2011
  •  OPR telah dinaikkan sekali lagi sebanyak 25 mata kepada 3% bagi meningkatkan kos mendapatkan dana dalam pasaran modal sekali lagi
Sekarang ini hutang negara dalam bahasa mudah ibarat seperti anda memilki kad kredit ada kad yang dibenarkan sama juga seperti kerajaan Malaysia, siling hutanf atau kredit yang dibenarkan untuk berbelanja  adalah pada kadar 55& bagi KDNK negara. Kalau sebelum ini KDNK negara adalah sekitar 53.5% pada suku pertama tahun 2012, tetapi sekarang KDNK Malaysia terus melonjak ke pada paras 54.8%. Apa yang akan berlaku selepas ini?
Berdasarkan kenyataan IMF dan Bank Dunia, apabila hutang negara mula mencecah pada paras siling 55% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), negara tersebut akan mula menghadapi masalah kewangan yang serius dan apabila sesebuah negara menghampiri kepada paras siling untuk 75% akan menghadapi masalah kewangan yang boleh dikatakan tidak tertanggung lagi.

Situasi Hutang Malaysia 2012 Vs Hutang Kerajaan Jepun Vs Amerika Syarikat?

Ya….kami pasti akan ada yang akan membandingkan antara hutang negara Amerika Syarikat dan Jepun yang lebih tinggi daripada Malaysia tetapi bezanya di sini :

  1. Yen Jepun masih tinggi berbanding dengan mata wang dunia lain yang disebabkan dengan Produktiviti TINGGI negara matahari terbit itu (Jepun)
  2. Amerika Syarikat masih terus boleh mencetak wang US $ disebabkan matawang tersebut menjadi wang rizab di dunia
  3. Tetapi…di mana kedudukan Malaysia ketika ini? Adakah Malaysia mempunyai kelebihan tambahan sama seperti yang ada pada negara Jepun dan negara Amerika Syarikat?
P/S : Manusia dicipta oleh Tuhan untuk “datang” menghambakan diri kepadaNya dan akhirnya akan kembali semula kepadaNya. Tetapi bagaimana dengan nasib generasi akan datang jika masalah hutang negara yang ada sekarang ini tidak diuruskan dengan baik? Hentikan sementara sentimen politik kotor yang melampau dan kucar-kacir yang ada sekarang ini. Diharapkan kedua-dua parti politik terbesar di Malaysia duduk berbincang untuk mencari titik pertemuan terbaik bagi menyelesaikan masalah ekonomi negara ketika ini…..
P/S : Apa respon anda melihatkan keadaan hutang Malaysia 2012 ketika ini? 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan