tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Selasa, 26 Jun 2012

Najib Pernah Label Ikwanul Muslimin Sebagai Pengganas..kini presiden mesir


Jangan Lupa.. Najib Pernah Label Ikwanul Muslimin Sebagai Pengganas

Pengisytiharan Mohamed Morsi dari Ikhwanul Muslimin sebagai presiden Mesir semalam meneruskan kesinambungan gelombang kebangkitan Islam di Timor Tengah dan Afrika Utara yang berjaya menumbangkan rejim-rejim diktator. Pelantikan beliau ini juga tentunya diraikan oleh semua gerakan Islam di negara-negara Islam termasuk di Timor Jauh apatah lagi parti PAS di Malaysia ini. PAS dan Ikhwanul Muslimin dianggap seperti saudara kembar. Dasar perjuangan Ikhwan yang berasaskan teologi sama dengan dasar perjuangan PAS.

Malahan ramai tokoh, pemimpin, ustaz dan ulama yang menyertai PAS adalah lulusan dari Universiti Al Azhar, universiti tertua dan terbilang di Mesir itu.

Sehinggakan gerak kerja dan pentadbiran Ikhwan banyak mempengaruhi gerak kerja dan disiplin parti PAS terutama dalam aktiviti usrah, tanzim dan muktamar.

Kemenangan ini dilihat memberi kekuatan dan menyuntik semangat baru kepada aktivis dan pejuang Islam terutama ahli-ahli PAS dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti.

Siapa yang tidak kenal dengan tokoh yang menjadi pengasas Ikhwan, Sheikh Hassan Al Banna sehinggakan cara pemikiran dan gerak kerja beliau dalam Ikhwan menjadi teks dan panduan dalam usrah PAS.

Morsi, 60, lulusan University of Southern California memenangi pilihan raya presiden dengan memperolehi 51.73% undi dengan mengalahkan Ahmad Shafiq, bekas perdana menteri dan komander tentera udara era Hosni Mubarak.

Namun Morsi dijangka mempunyai kuasa yang terbatas kerana kuasa pentadbiran telah banyak diambil alih oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF – Supreme Council of Armed Forces) yang memerintah negara itu sejak kejatuhan Mubarak.

Jika pergerakan Morsi terus dihadkan maka pergolakan dijangka akan berterusan memandangkan golongan muda dan rakyat terbanyak di negara itu sudah lama hidup menderita dengan kadar kemiskinan yang tinggi dan kebebasan mereka disekat.

Dasar luar

Bagi kuasa Barat, Amerika Syarikat dan Israel sudah tentu kemenangan Ikhwan ini sungguh mengecewakan mereka kerana apakah selepas ini Mesir masih mahu bersikap lunak dengan mereka atau dasar luarnya akan berubah.

Kepada golongan sekular baik di Mesir maupun di negara ini, terutama Umno kemenangan Ikhwan ini merupakan satu lagi tamparan kepada perjuangan mereka untuk terus bergayut kepada kuasa walaupun sudah lebih 54 tahun memerintah.

Kemenangan Ikhwan ini pasti mencetuskan kebimbangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan kabinetnya kerana kemungkinan besar tempiasnya akan dirasai di negara ini.

Kebimbangan dan kebencian Najib kepada gerakan Islam terserlah apabila beliau pernah melabel Ikhwanul Muslimin sebagai sebuah gerakan teroris atau pengganas dalam satu ucapannya di Turki.

Barangkali Najib hendak mendapat restu dan pengiktirafan dari kuasa Barat dan Amerika Syarikat bagi menyokong pentadbirannya yang dirundung dengan pelbagai masalah.

Najib juga gelisah memandangkan faktor demografi Mesir hampir sama dengan Malaysia. Demonstrasi besar-besaran di Dataran Tahrir hingga menyebabkan kejatuhan Mubarak adalah terdiri daripada anak-anak muda.

Kebanyakan pengundi di Mesir adalah terdiri dari golongan muda dan remaja manakala 40 peratus dari pengundi di Malaysia juga adalah dari golongan muda.

Kebangkitan golongan muda inilah yang digeruni oleh Najib seperti mana yang kita saksikan dalam penyertaan perhimpunan Bersih 3.0 lalu hingga beliau menuduh peserta perhimpunan dan parti pembangkang merancang untuk mengguling kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz turut menyuarakan kebimbangan ini dengan mendakwa botol mineral dan garam pun boleh menjatuhkan kerajaan.

Ciri-ciri yang wujud di Mesir seperti menyekat kebebasan media, kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun semasa zaman Mubarak juga kini sedang dirasai oleh rakyat di negara ini.

Berdasarkan faktor-faktor ini maka mungkin agak sukar bagi Najib untuk mengisytihar tarikh pilihan raya umum akan datang. ~freemalaysiatoday

Tiada ulasan:

Catat Ulasan