tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Jumaat, 15 Jun 2012

peneroka Berjaya Dapat Injunksi Halang Bank Proses Pinjaman


Peneroka Yang Di"haramjadah"kan Najib Berjaya Dapat Injunksi Halang Bank Proses Pinjaman


 
Peneroka menang di Kuantan, lebih banyak saman menyusul

PETALING JAYA: Lebih ramai peneroka akan memfailkan saman terhadap Felda berikutan kemenangan 147 peneroka menghalang dua bank memproses pinjaman yang ditanda tangani mereka.

Dua bank berkenaan ialah CIMB Bank dan Amislamic Bank sebagaimana diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Mariana Yahya hari ini.
Peneroka dari Pahang dan Negeri Sembilan itu memohon injunksi mahkamah dengan ‘inter parte’ bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani mereka pada 21 Mac lalu.

Alasan peneroka ialah mereka tidak memahami isi kandungan dan menandatangi dalam keadaan dan tergesa-gesa.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman yang dihubungi hari ini ,berkata sekurang-kurangnya 100 peneroka dari Johor dan Terengganu akan mengemukakan saman sama kepada Felda pada minggu depa.

Halang FGV

Selepas itu menyusul peneroka-peneroka Felda dari Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang akan mengambil tindakan sama.

“ANAK sedang mengumpul maklumat mengenai peneroka di Johor dan Terengganu yang mahu berbuat demikian tetapi menjangkakan paling kurang 100 orang,” tambah beliau.

“ANAK juga menggesa peneroka yang telah menyerahkan boran pinjaman supaya mengemukan saman untuk kebaikan merka juga.

“Kira-kira 80, 000 peneroka dari 112, 635 peneroka telah menyerahkan borang pinjaman untuk membeli saham Felda Global Ventures FGV) Holding Berhad.

“ANAK akan melakukan apa sahaja untuk menghalang penyenaraian FGV yang dijadualkan 30 Jun ini,” katanya. -FMT
Pinjaman FGVH: Mahkamah benar injunksi peneroka

KUANTAN: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini membenarkan permohonan 147 peneroka bagi menghalang CIMB Bank dan Amislamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani mereka baru-baru ini.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, mereka sangat gembira dengan keputusan yang dibacakan Hakim Datuk Mariana Yahya itu dan menunjukkan satu lagi kejayaan warga peneroka.

"Anak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada peguam plaintif, Harris Abdullah yang bertungkus lumus membantu peneroka dalam kes ini," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

16 Mei lalu, 154 peneroka sekitar Pahang memohon injunksi mahkamah dengan ‘inter parte’ bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani mereka.

Mereka juga memohon sekiranya sudah diproses, pihak bank dilarang untuk menyalurkan jumlah pinjaman kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) kerana kerana mereka menandatanganinya dalam keadaan terpaksa dan tidak faham.

Sehubungan itu, Mazlan menyeru peneroka lain yang menandatangani borang tersebut turut tampil memberi maklumat kepada Anak agar ia boleh dibawa ke mahkamah.

"Saya menyeru mana-mana peneroka yang telah menandatangani borang pinjaman, mereka boleh memberitahu kepada Anak dan kita akan bawa ke mahkamah kerana kejayaan hari ini membuktikan peneroka di pihak yang benar," katanya.

Sementara itu, Mazlan turut mengajak warga Felda untuk bersama-sama Anak menyerahkan notis kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di kediaman rasminya di Putrajaya, selepas solat Jumaat esok.

Notis itu menuntut Najib membuat permohonan terbuka berhubung ucapannya yang menyebut 'haram jadah' kepada peneroka, 8 Mei lalu.

"Saya harap peneroka dapat beri sokongan moral dengan hadir beramai-ramai esok. Kita mahu perdana menteri mohon maaf secara terbuka. kalau gagal, kita akan sama malu," katanya yang juga pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Tambah Mazlan, beliau juga akan membuat pengumuman berhubung tarikh perhimpunan besar-besaran membantah penyenaraian FGVH yang dirancang akhir bulan ini.

"Esok saya akan umumkan tarikh perhimpunan kita dan lokasinya di mana," katanya.

Mazlan sebelum ini berkata, pihaknya akan menghimpunkan sekurang-kurangnya 20,000 orang di Kuala Lumpur terdiri daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) bagi tujuan itu.

Katanya, perhimpunan itu merupakan kemuncak kepada usaha Anak selepas usaha dilakukan selepas segala pendekatan diplomasi mereka tidak diendahkan.
 -HD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan