tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Khamis, 14 Jun 2012

Rakaman Video Undi POS Di Jual Beli BN Di PRU DUN SARAWAK......









Menurut Petugas Parti DAP, Mary Josephine Pritam Singh kejadian berlaku sekitar antara jam 12.30 Tengahari ke 1 Tengahari. Beliau dan petugas ‘Polling Agent’ telah ke Wisma Sanyan sebagai pemerhati , kejadian telah dirakam oleh salah seorang petugas yang bersamanya.

Pengundi pos sedang bertukar kertas undi dengan wang tunai di tangga Wisma Sanyan Sibu tengah hari ini. Syabas DAP!!


Apa nak jadi ni??? Mana SPR?? Mana SPRM?? Sudah Buta atau apa? kesalahan telah dirakamkan.. jangan hanya kerana undi mereka dibeli untuk menyokong BN segala kesalahan menjadi halal..Sumber


MalaysiaKini melaporkan DAP hari ini mendedahkan satu klip video ringkas kepada pihak media yang didakwa parti itu menunjukkan berlakunya perbuatan mengganggu undi pos. DAP mendakwa insiden itu telah dirakamkan di Wisma Sanyan, Sibu, tempat pembuangan undi pos semalam.

Dalam klip video selama 1.32 saat itu, seorang lelaki telah dirakamkan sekitar waktu tengah hari, menerima kertas undi pos daripada empat pengundi wanita, sebelum menyedari tindakannya dirakam. Lelaki itu dengan cepat memulangkan kertas undi tersebut dan cuba menghalang ejen pengundian DAP, daripada memantau proses undi pos.

Ejen pengundi pos DAP, Mary Josephine Prittam Singh berkata, kertas undi tidak patut diberikan kepada orang lain, sekaligus dia percaya perbuatan membeli undi berlaku di Wisma Sanyan.

Satu laporan polis akan dibuat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan