tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Ahad, 21 Oktober 2012

Walaupun kini sedang berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia antara ATM dengan Kelantan, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kini berada di Kulai dalam satu majlis makan malam anjuran DAP sempena Jelajah Merdeka Rakyat yang bermula hari ini di parlimen Yong Peng.
Anwar yang ditemani Pengerusi DAP, Lim Kit Siang hadir dalam majlis tersebut yang dihadiri lebih 2000 penyokong Pakatan Rakyat yang memenuhi dewan di Restoran Tropical Garden di Taman Tropika.



Selepas majlis tersebut Anwar akan bergerak ke Skudai dalam parlimen Gelang Patah bagi menyampaikan amanat penting kepada rakyat Johor Bharu khususnya dan negeri Johor amnya.
Ketibaan Anwar bakal disambut ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang sudah menanti kehadiran bas dua tingkat milik KEADILAN itu yang tiba di tapak ceramah di Taman Sutera Utama di Skudai yang pernah menyakiskan 850 meja dalam majlis makan malam habis ditempah di tempat yang sama.
Turut berceramah ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mahfodz Mohamad, Pengerusi KEADILAN negeri yang juga Naib Presiden, Chua Jui Meng, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pengerusi DAP negeri, Boo Cheng Hau, Exco Kerajaan Selangor, Xavier Jayakumar, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin dan ahli parlimen Jelutong, Liew Chin Tong. 
Untuk mengikuti lintas langsung ini sila klik pautan di bawah.


Selamat menonton.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan