tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Jumaat, 5 Oktober 2012

PANAS! Utusan KANTOI Senarai Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat!











Kabinet bayangan ala akhbar Utusan Meloya disifatkan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sebagai tidak masuk akal.


Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, barisan jemaah menteri seperti yang dibayangkan itu khayalan yang tidak berasas sama sekali.


“Saya ucapkan terima kasih kerana dapat melihat begitu tinggi kebolehan saya dan anggap saya layak pegang Menteri Kewangan 1.



“Tapi perkara ini langsung tak pernah berbangkit dalam Pakatan Rakyat jadi tak perlu bincang panjang tentangnya.


“Laporan ini sama sekali sampah dan jelas menunjukkan tahap kualiti sampah akhbar itu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.


Sementara itu Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, tidak ada sebab untuk rakyat mempercayai kesahihan sumber laporan tersebut.


“Saya tak perlu komen kerana kredibiliti akhbar itu memang sudah hancur. Ianya rancangan tersusun untuk mewujudkan percanggahan dan masalah.


“Polisi Pakatan sekiranya menang Pilihan Raya Umum (PRU13) Perdana Menteri yang dilantik tidak boleh ambil portfolio Menteri Kewangan,” katanya yang dikatakan akan diangkat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Pentadbiran negara







Ahli Parlimen PAS-Shah Alam Khalid Samad pula berkata, dakwaan itu sebaliknya menunjukkan pihak Umno-Barisan Nasional (BN) mengakui Pakatan Rakyat mempunyai pemimpin yang berkemampuan menerajui pentadbiran negara.


“Terima kasih diucapkan kepada blogger PapaGomo kerana dia telah memandang dan memperakui kita mampu membentuk kerajaan Pusat.


“Ianya tetap berikan keuntungan kepada Pakatan kerana Umno sendiri yang meyakinkan rakyat kita dapat memerintah,” katanya yang dikatakan sebagai Menteri Pengangkutan.


Manakala Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim menganggap ‘perbalahan’ antara dirinya dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hanya satu salah faham.


Malah beliau mempertahankan kenyataan peribadi Azmin itu sebagai mahu menunjukkan keupayaan pemimpin yang ada dalam PKR untuk memimpin negara.


“Azmin tak perlu minta maaf. Kita tak boleh salahkan Azmin kerana ada baiknya. Itu maknanya orang boleh terima saya kerja di peringkat negeri dan Pusat.


“Saya tak ada masalah. kalau dua-dua (peringkat) saya tak dapat pun tiada masalah,” katanya.


Fokus Putrajaya


Beliau turut berkata kabinet bayangan tidak perlu ditetapkan sehingga selepas PRU13 bagi membolehkan ketiga-tiga parti dalam Pakatan dapat fokus menawan Putrajaya.


“Kalau tak menang maka tiadalah bayang-bayang,” katanya.








Ahli Parlimen PAS-Kubang Kerian Salahuddin Ayub berkata, sekarang bukan masanya untuk berbalah mengenai siapa yang layak menerajui Kabinet.


“Kita tak bincang pun perkara itu, Sekarang kami nak fokus kepada memenangi PRU13, kemudian dah menang baru kita bercakap pasal jawatan.


“Tentang Utusan yang mengangkat saya sebagai Menteri Pertahanan, saya tak pernah mimpikan dapat jawatan itu kerana saya hanya seorang budak Kampung Piai di Pontian,” katanya.


Utusan di muka hadapan semalam melaporkan tentang senarai kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang didakwa mengambil sumber daripada blog Papagomo.


Blog itu juga mendakwa senarai itu diperoleh daripada sumber dalaman PKR iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, namun dinafikannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan