tan malaka
kalau sudi jadi pengikut add kt sini
Khamis, 25 Oktober 2012
MP Umno Belasah UMNO: Ada Individu Sabah Terima 1 juta Saham Felda!
Seorang MP BN menuntut kerajaan menjelaskan dakwaan bahawa terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham Felda Global Ventures Holding (FGV) walau "tiada kena mengena dengan pembangunan Felda", demikian lapor malaysiakini.
Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) juga berkata individu yang didakwa menerima saham tersebut tidak menyumbang kepada pembangunan Felda.
"Ada orang di Sabah, yang tidak ada kena mengena dengan Felda, mendapat sejuta saham. Saya tidak sebut nama. Saya minta menteri menjawab secara bertulis, kerana orang ini tidak menyumbang dari segi politik dan pembangunan Felda.
"Saya minta diberi senarai pihak yang menerima pink form ini yang dapat sejuta syer," kata Abdul Ghapur dalam satu soalan lisannya di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Ahmad Maslan kemudiannya mempersetujui saranan Abdul Ghapur untuk mengemukakan jawapan bertulis bagi menyenaraikan golongan yang layak menerima tawaran saham dan syarat kelayakannya.
Sebelum itu, Ahmad menjelaskan bahawa golongan yang menerima “pink form” tersebut adalah pengarah kumpulan FGV, kakitangannya serta kumpulan yang menyumbang kejayaan Felda dan FGV.
"Tetapi daripada senarai yang saya ada, saya tidak dapat melihat sesiapa yang disebut oleh Yang Berhormat itu.
"Saya ingin menjelaskan di sini, kerajaan negeri Sabah telah diperuntukkan 5 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini.
"Itu nilainya yang amat besar untuk sebuah kerajaan negeri.
Dan saya khuatir kekeliruan di situ nanti. Kerajaan negeri Sabah dapat 5 peratus saham itu," kata Ahmad Maslan.
Sementara itu Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mahu kerajaan membuat siasatan menyeluruh dan mendalam tentang pengagihan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH), KeadilanDaily dipetik.
“Ia bukan soal Sabah atau di mana-mana, ia soal ketelusan,” kata Ahli Parlimen Batu itu kepada Keadilan Daily.
“Saya turut terkejut dengan kenyataan Ghapur itu, jelas ada pilih kasih dalam pengagihan tersebut.
“Justeru, kita juga perlu siasat di Semenanjung Malaysia sama ada perkara yang sama turut berlaku,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sedarlah peneroka, generasi ke2, generasi ke3 felda. Sudah lama anda ditipu dan diperkotakkatikkan oleh umporno. Felda yg ditubuhkan oleh TL Concanon pd 1956 berdasarkan ordinan tanah adalah untuk kesejahteraan peneroka!!!! Kemana perginya duit balak hasil hutan dara yg diluluskan untuk anda!!!! Anda masuk ke felda dengan hutang yg perlu dijelaskan dengan memakan tempoh yg panjang tuh!!! hutang pembangunan ladang, hutang benih, hutang pengawasan dan pelarasan ladang, hutang rumah, hutang sara hidup.....kini hutang saham lak. Ordinan Tanah Berkelompok 1960 telah menyekat anda memiliki tanah felda secara individu....betul ke geran atau skadar kertas a4 yg depa kasi???? Apabila hasil keluar, polis bantuan digunakan untuk menyekat peneroka drp menjual dengan harga lebih mengancam!!!! Cukupla kesukaran anda selama ini!!! Tinggalkan umporno-bn, undilah PR dalam pru13 nanti.
BalasPadam