Perdana Menteri, Najib Altantuya rupanya telah bertemu dengan spekulator matawang berbangsa Yahudi, George Soros dalam sebuah pertemuan tertutup di sebuah hotel mewah, Plaza Hotel (gambar bawah) di New York, Amerika Syarikat dua tahun lalu.Pertemuan rahsia tersebut diadakan semasa Najib Altantuya tiba untuk menyampaikan ucapan sulung sebagai perdana menteri di mesyuarat agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kotaraya yang sama.
Maklumat tersebut didedahkan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang memetik sumber yang rapat dengan pertemuanntersebut semasa berdebat dengan bekas ahli KEADILAN yang kini Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim minggu lalu.
Hotel tersebut yang terletak di pusat kewangan sibuk Manhattan merupakan tempat pertemuan pertama Najib Altantuya dengan Soros yang turut dihadiri beberapa menteri kanan kabinet, berlangsung pada 27 September 2010.Belum dapat dipastikan pertemuan tersebut diatur sebelum atau selepas Najib Altantuya menyampaikan ucapan bertajuk 'Global Movement of Moderates' di persidangan tahunan tersebut.
Tetapi sumber memberitahu bahawa selepas Najib Altantuya mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB, Ban ki-Moon, dia terus mengadakan pertemuan dengan penyangak matawang antarabangsa yang dituduh bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad sebagai dalang krisis kewangan Asia pada 1997-98.
Ini jelas membuktikan tuduhan Umno kononnya NGO yang pro-Pakatan Rakyat menerima bantuan kewangan dari spekulator tersebut meleset sama sekali seperti yang didakwa Mahathir beberapa hari lalu."Saya gembira bahawa pendapat anda tentang saya telah berubah," tulis Mahathir dalam sepucuk surat peribadi kepada spekulator matawang George Soros enam tahun lalu - 11 bulan sebelum beliau bertemu jutawan itu buat kali pertama.
Dalam surat tersebut, Mahathir merujuk kepada temubual New Straits Times dengan Soros pada 7 Januari 2006 apabila dermawan itu yang melawat Jakarta untuk menghadiri mesyuarat antara agama, di mana beliau berkata dia bersetuju dengan langkah-langkah yang diambil oleh perdana menteri Malaysia untuk menangani krisis kewangan serantau pada 1997-98.Empat hari kemudiannya, Mahathir menulis surat tiga halaman kepada Soros, menggesa spekulator matawang itu menyertai beliau dalam projek Forum Keamanan Global, yang berusaha untuk menjenayahkan perang dan mengharamkannya sebagai pilihan untuk menyelesaikan konflik antarabangsa

Dah kaum kerabat si kodet, setan dikenali. Tipu tetap tipu rakyat punya!!! Tu pun puak umporno ni x sedak2 jugak....sedak laa!!! tinggalkan umporno ni....
BalasPadam