10 Tahun Sebelum Merdeka
Sudah lama menanti saat untuk memuat naik dokumentari bertajuk '10 Tahun Sebelum Merdeka' oleh Fahmi Reza ini. Lama rasanya tidak dapat mengakses internet dengan kelajuan seperti ini yang terbukti kelajuannya apabila video ini berjaya dimuat naik.
Saya kira kisah perjuangan golongan berhaluan kiri ini pastinya tidak diselitkan dalam buku-buku sejarah. Kita juga (beberapa orang) sering berkira dengan gahnya bahawa Malaya merdeka tanpa pertumpahan darah. Kita juga sering membandingkan keberuntungan Malaya yang merdeka dengan cara berhikmah ini jika dibandingkan dengan Republik Indonesia. Kita merdeka dengan kebijaksanaan setengah-setengah pemimpin negara yang akhirnya berjaya mencapai persefahaman dengan British melalui rundingan. Begitu coretan sejarah yang popular di buku-buku, teks-teks, artikel-artikel dan manuskrip sejarah bukan?
Menarik juga kisah Mat Sabu yang membuka isu berbaur provokatif yang menjulang pejuang komunis seperti Mat Indera hinggakan ramai yang mengkaji semula sejarah. Apakah yang terjadi? Siapakah wira sebenarnya? Sedarkah Melayu? Bersatukah rakyat Malaya yang berbilang bangsa dalam isu kemerdekaan? Tidak melawankah nenek moyang kita dahulu?
Bak kata Cikgu Ishak Surin ketika saya menyertai Bengkel Penulisan anjuran Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) yang lalu, Palestin mempunyai Hari Nakbanya. Hari Nakba buat negara kita ialah hari kemerdekaan negara. Kenapakah ironi sungguh perbandingannya? - Hari Nakba ialah hari yang ditangisi manakala Hari Kebangsaan ialah hari yang dirai? Kerana menurutnya, hari tersebut menggambarkan kejayaan British menaikkan pemimpin dari kalangan pejuang palsu. Bung A. Samad Said menambah bahawa siasahwan yang naik berkuasa pada hari ini dan juga di masa lalu merupakan pejuang palsu - mereka terdiri daripada golongan bangsawan yang berdiri di belakang British.
Secebis perkongsian yang mampu diberikan. Banyak pembacaan dan kajian lagi perlu dilakukan. Dokumentari ini membuka mata saya dan saya meyakini, rakyat Malaya pada masa dahulu bukanlah tidur, dan bukanlah sayur. Mereka mepunyai kesedaran biarpun sekadar menjadi petani, pelombong dan kuli yang tinggal di desa. Berbeza sekali dengan belia kini yang tidur, sayur, lemak dan tiada kesedaran yang kenyang dengan gula-gula yang diberikan penjajah era baru, suapan hedonisme melampau yang disumbat oleh hegemoni Barat. Justeru, saya kongsikan secebis kisah perjuangan di celah-celah satu sisi dunia yang telah dicoret kisahnya oleh unsung hero (wira yang tidak didendang).
p/s: entri ini ditulis demi perkongsian dan tidak berniat untuk menyentuh isu yang berbaur sentimen dan tabu.
Eheh...tiada pejuang langsung dlm umpurno ni upanya untuk kemerdekaan negara ni. upa2nya depa skadar ikan belaan & belaci serta talibarut british aje. Perangai buruk depa ni di bawa2 sehingga laa dan lagi teruk malah dah peringkat haramjadah!!!! Cukup laa 55 tahun...bukan kasi bersara tp kasi pupus lagi baik lps pru13 ni!!!!
BalasPadam