tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Selasa, 25 September 2012

TERKINI! Keputusan Pilihanraya Kampus UM Digantung!



TERKINI!



Keputusan rasmi Pilihan Raya Kampus bagi Universiti Malaya (UM) terpaksa digantung ekoran dua kerusi iaitu di Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat dan Fakulti Pendidikan mendapat undi sama banyak.

Difahamkan, pengundian semula di kedua-dua fakulti itu akan dilakukan esok 26 September bagi menentukan keputusan rasmi.

Bagaimanapun, keputusan setakat ini menyaksikan kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) (gambar) kampus itu mendahului dengan kemenangan di 20 kerusi.

Ianya diikuti rapat dengan kumpulan Pro-Aspirasi yang condong kepada Barisan Nasional (BN) yang dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa, yang menang 19 kerusi manakala calon bebas menang di dua kerusi.

Keseluruhan kerusi yang dipertandingkan bagi kampus UM adalah 43 kerusi iaitu sembilan kerusi umum dan 34 kerusi di peringkat fakulti.

Dengan keadaan yang berlaku itu, keputusan penuh bagi PRK UM tergantung dan hanya akan diketahui esok.

Pada PRK tahun lalu, Pro-M universiti itu berjaya memenangi 23 kerusi dari keseluruhan yang dipertandingkan sekaligus berjaya membentuk Majlis Perwakilan Pelajar.

Bagaimanapun keputusan hari ini meyaksikan Pro-M hilang tiga kerusi berbanding tahun lalu.

Keputusan PRK di kampus UM sering menjadi perhatian ekoran legasi UM sebagai universiti tertua di Malaysia dan sering dilihat sebagai nadi kepada gerakan mahasiswa di negara ini.

UM juga sering diibaratkan sebagai "mini Malaysia" yang mana komposisi mahasiswanya boleh dikatakan seimbang dalam mengikut pecahan kaum selain menjadi cerminan terhadap keputusan pilihanraya umum nasional.

Sementara itu, lain pula halnya di kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) apabila keputusan pilihanraya universiti itu dibatalkan ekoran kerosakan pada sistem E-Voting.

Pihak senat universiti membuat keputusan itu dan akan menggunakan sistem manual apabila tarikh pilihanraya ditentukan kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan