tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Rabu, 12 September 2012


Polis Buru Samseng Umno ??





Kuala Terengganu - Polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan menghina gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang disiarkan di sebuah portal berita Jumaat lepas.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah/Perundangan Terengganu Supt Luqman Abdul Rahman berkata siasatan dilakukan setelah polis menerima laporan berkenaan perkara itu di Balai Polis Kerteh, Kemaman, Sabtu lepas.


"Gambar dalam portal berkenaan menunjukkan beberapa lelaki melakukan perbuatan menghina pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.


"Salah seorang daripada mereka seolah-olah membuang air kecil pada gambar pemimpin itu. Perbuatan yang dilakukan ini kita kira sangat serius kerana ia menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Luqman berkata setakat ini polis masih mengesan sama ada kejadian sebenar berlaku di Terengganu atau di tempat lain serta latar belakang kesemua suspek.


Beliau menggesa individu yang bertanggungjawab tampil menyerah diri secepat mungkin dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran. -BERNAMA

2 ulasan:

  1. Fuh!
    Betul Kata Mahathir, memang syaitan. Cuma yang BN ni syaitan yang nyata dan dapat dilihat.
    Apa yang menyedihkan, tak jadi pengajaran kepada umat Mahathir Muhamad. Tau buat-buat tak tahu, hati,akal dan nafsu telah gelap gelita kerana murkaNya, umpama seekor semut hitam, di atas batu hitam di malam yang gelap gelita..
    ape cahaya pun tak de dah buat kamu dan umat kamu! Wanauzubillah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Karat tunggu reput!!! harap2 gererasi berikut dr puat karat tunggu reput ni xjadi cam tok bapak depa!!! hancus beb kalo terus jadi sukusakat mensudut ni!!!!

      Padam