tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Jumaat, 29 Jun 2012

Saham FGVH 800 unit x 31 sen = rm 248 peneroka kene tipu lagi







Saham FGVH mencatatkan premium sebanyak 84 sen kpd RM 5.39 pada dagangan pertama hari ini. Ini bermakna tiap unit hanya ada lebihan 31 sen (rm5.39-rm5.08 ). Kiralah berapa UNTUNG yg di war2kan.
800 unit x 31 sen = rm 248. Inilah jumlah untung berlipat lipat kali ganda yg dinikmati peneroka!

Isa Samad yg tak de seinci pun tanah, dapat 180,000 unit saham. Sokong dan ampu le peneroka pada Isa dan kroni2nya seperti Sabri Ahmad dpt 180,000 unit, Dr Omar Salim 150,000 unit, Dr Emir 150,000 unit.

Apapun, ANAK tetap konsisten menentang penyenaraian FGVH ke Bursa Msia. Warga Felda tidak boleh di perjudikan dengan pendekatan seperti ini kononnya utk membesarkan saiz pelaburan dan kecairan modal.

Memetik kata2 Tan Sri Ramli Ngah Talib, bekas MB Perak; kenapa diketika Johor, Pahang, Tgnu dan negeri2 lain ghairah melancarkan Amanah Saham Negeri tapi Perak tidak berbuat demikian; dia mengatakan cukuplah Amanah Saham Nasional sudah ada. Saya tidak mahu rakyat negeri saya menanggung rugi. Betul, Amanah Saham Negeri2 jatuh. Sekurang2nya saya berjaya menyelamatkan wang rakyat saya
(wawancara dlm program 'In Person' di Astro Awani, siang tadi)

Biarlah orang kata ANAK kolot, tak mau transformasi, tolak kemajuan dll, yg penting kita ada prinsip. Kita bukan mcm Isa n kuncu2nya; yg berdegar2 cakap dgn peneroka, kami tak ada kepentingan apa2...
Tau2 dlm prosfektus FGVH...ratusan ribu unit saham. Itu yg nampak.
Seperti kata pelawak Ibrahim Pendek;....Sape yang kena!!!
 —mazlan aliman


Video2 Hot: Pendedahan Berkaitan KERTAS UNDI Untuk Menang... Jom Terjah..



Video2 Hot: Pendedahan Berkaitan KERTAS UNDI Untuk Menang... Jom Terjah..

Tiga lagi anggota bekas tentera hari ini mengaku pernah memanipulasi kertas undi pos Pilihan Raya Umum (PRU) atas arahan pegawai atasan semasa tempoh perkhidmatan mereka. 

Selain 
pernah ditawarkan habuan, mereka mengaku telah diarahkan supaya memangkah beratus-ratus kertas undi pos bagi pihak anggota tentera lain yang sedang bertugas termasuk undi isteri


Dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini, Mejar (B) Risman Mastor mendedahkan semasa PRU ke 6 tahun 1978,beliau yang ketika itu bertugas di sempadan Malaysia-Thailand telah menerima dua karung guni (Parlimen dan Dewan Undangan Negeri) yang berisi beratus-ratus undi pos.

Kemudiannya, beliau mendakwa pihak atasan telah mengeluarkan arahan supaya memangkah kertas tersebut kepada calon pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan layanan kerajaan terhadap anggota tentera pada ketika itu.

“Sebelum PRU6 seorang menteri wanita Umno-Barisan Nasional (BN) dalam ucapannya di Parlimen telah menganggap kami anggota tentera tidak berkelulusan tinggi untuk ditawarkan gaji yang sama seperti guru sekolah.

Guru anak emas, tentera anak tiri

“Kami cuba diketepikan sehinggakan wujudnya kain rentang ‘guru dianak emas, tentera dianaktirikan’,” katanya yang mahu membuktikan undi pos merupakan sistem yang amat mudah dimanipulasi oleh parti dan individu namun tidak meberi keuntungan mana-mana pihak sama ada BN mahupun pembangkang.

Sementara itu, Kamarul Zaman Ibrahim, 53, berkata semasa berkhidmat sebagai kerani di Markas Tentera 3 Divisyen Terendak, Melaka, beliau turut melakukan perbuatan sedemikian termasuk menandatangani borang pengesahan undi selama tiga hari iaitu sepanjang tempoh undi pos dijalankan.



“Tiga hari saya berpanas dalam sebuah bilik memangkah dan tandatangan nama anggota tentera yang bertugas daripada seluruh negeri sampai terpaksa sediakan tiga batang pen biru dan hitam dalam poket,” katanya yang mengaku tidak pernah berdaftar sebagai pengundi pos namun namanya wujud dalam sistem apabila disemak.

Namun beliau berkata tindakannya itu hanya sia-sia apabila hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.

“Tentera berkorban jiwa raga untuk negara tetapi kami hanya diberikan tanah tiga kaki lebar, tujuh kaki panjang dan tujuh kaki dalam sahaja (saiz keluasan kubur),” katanya kesal.

Namun tidak bagi bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mohd Kamil Omar, 49, yang pada mulanya diarahkan memangkah sekotak kertas undi pos semasa PRU tahun 1999 di Kem Butterworth.

Menceritakan pengalamannya, Mohd Kamil atau dikenali Komando Kamil yang keliru dengan arahan tersebut kemudiannya naik berang apabila pihak atasan menjanjikan habuan jika selesai melakukannya dalam tempoh setengah jam.

“Saya tahu itu salah dan tidak mahu bersubahat, ia seperti mengkhianati negara,” katanya.


Sementara itu, bekas anggota tentera yang pernah mengaku memanipulasi kertas undi pos semasa bertugas di Kem Sandakan, Sabah sebelum ini, Mohamed Nasir Ahmad, 50, berkata mereka tidak sedar perbuatan mereka ketika itu mampu membawa kesan serius, dan tidak mampu berbuat apa-apa ketika berkhidmat sebagai kakitangan awam.

“Tentera ibarat ‘Yes Man’. Kalau kami lawan negara akan jadi huru-hara.
“Selepas wujudnya Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) baru tersedar apa yang kami buat itu tak betul,” katanya.

Undi pos mudah dimanipulasi

Sementara itu Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat menegaskan undi pos adalah sistem yang boleh dimanipulasikan oleh sesiapa sahaja termasuk pemantauan yang lemah oleh SPR.

“Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dengan yakin pernah berkata perkara sedemikian tidak wujud lagi di zaman pentadbirannya.

“Namun bagi saya ia tetap wujud dari dulu sampai sehinggalah sekarang terutamanya ketika Pilihan Raya Kecil Dun Bagan Pinang 2009,” katanya

Justeru kata beliau pihaknya akan terus mendesak kerajaan dan SPR dengan mendedahkan lagi beberapa penyelewengan dari semasa ke semasa sehinggalah pembaharuan sistem pilihan raya dilaksanakan sebelum PRU13. -FMT



Bekas tentera mengaku "tolong pangkah" undi


KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Empat bekas anggota tentera mengakui pilihanraya di negara ini tidak bersih dan tidak adil, sehingga mereka sendiri mengakui pernah memangkah ribuan kertas undi pos anggota-anggota tentera lain dan kertas-kertas undi isteri anggota tentera, atas arahan pegawai atasannya.


Ketika itu, mereka melakukannya tanpa rasa bersalah setelah diarahkan berbuat demikian, tambahan pula mereka sendiri tidak pernah mengambil berat soal pilihanraya, pembuangan undi dan politik tanah air.


Seorang bekas tentera, Mohamed Nasir Ahmad, 50, mengakui pernah memangkah 400 kertas undi pos bagi pihak anggota tentera lain pada pilihanraya umum tahun 1986 lalu ketika bertugas di Sabah.


Menurut beliau, perbuatan itu dilakukan setelah menerima arahan pegawai atasannya dan arahan itu pula dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab sesuai dengan disiplin tentera.


"Saya bertugas di bahagian perkeranian. Saya bertugas di Sabah selama 4 tahun. Sebelum bertugas di Sabah, saya pernah bertugas di Mindef dan kemudian di beberapa tempat lain lagi.


"Walaupun arahan dan pekerjaan itu hanya sekali sahaja saya terima dan saya lakukan sepanjang saya berkhidmat dalam tentera sehingga saya bersara cukup tempoh pada tahun 1998 lalu, tetapi saya tetap rasa bersalah sehingga sekarang," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agong PAS, di sini, hari ini.


Seorang lagi bekas anggota tentera, Kamarulzaman Ibrahim, 53, mengakui telah memangkah ribuan kertas undi pos selama 3 hari sehingga lenguh.


Perbuatan tersebut dilakukan setelah menerima arahan dari pegawai atasannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-7 pada tahun 1986 lalu ketika sedang bertugas di Kem Terendak, Melaka.


Beliau yang bertugas sebagai kerani tadbir menjelaskan, selain memangkah kertas-kertas undi pos tentera sebanyak dua karung dengan angka ribuan itu, beliau turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas-kertas undi tersebut.


"Ketika memangkah kertas-kertas undi itu, saya terpaksa menggunakan tiga jenis pen berlainan warna bagi mengelak dikesan. Jumlahnya memang banyak, sebanyak 2 karung, tetapi saya tak tahu jumlahnya, yang nyata ribuan, hingga lenguh tangan.


"Pen tiga batang ada dalam kocek saya dan saya isu borang sampai terpaksa tanggal baju kerana panas sebab dulu mana ada kipas. Saya perlu isi banyak nama dan pangkah banyak borang, jadi pen nak kena banyak,” katanya yang bersara pada tahun 1991 lalu.


Beliau yang tinggal di Johor turut mengakui kertas-kertas undi pos yang dipangkahnya itu melibatkan anggota-anggota tentera di seluruh negara dan melibatkan pengundian untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).


"Saya berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah." Kini saya sedar apa yang saya lakukan itu adalah salah. Jadi saya turut tampil membuat pengakuan pada hari ini supaya semua orang tahu mengenai kepincangan pilihanraya di negara kita," katanya.


Sementara itu, Mejar (B) Risman Mastor, 64, pula mengakui turut diarahkan memangkah puluhan kertas undi pos ketika bertugas di Kem Kampung Sawah, Port Dickson, Negeri Sembilan pada PRU tahun 1978 lalu.


"Jika kepada rakan-rakan saya yang lain, mereka diarahkan memangkah BN, kepada saya berbeza pula. Saya diarah oleh pegawai atasan saya supaya memangkah pembangkang sebagai tanda protes kepada kerajaan. “Puncanya, ketika itu kami marah pasal gaji sebab ketika itu gaji kami sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan guru. Kami dianaktirikan, kami berjuang demi negara, kawan-kawan kami ada yang kudung kaki, kami berjuang demi mempertahankan negara, tapi apa yang kami dapat?” 

"Disebabkan tidak puas hati dengan perkara itu, pegawai atasan kami telah mengarahkan saya memberikan undi kepada pembangkang, walaupun jumlahnya sekitar 20 hingga 30 kertas undi sahaja," katanya yang bersara pada tahun 1996 lalu. 


Manakala seorang lagi bekas tentera, Mohd Kamil Omar, 49, dari unit Komandor TUDM menjelaskan, meskipun tidak pernah menerima arahan memangkah kertas-kertas undi pos, tapi beberapa karung kertas undi pos yang telah dipangkah oleh rakan-rakannya bagi pihak rakan-rakan tenteranya yang lain pernah dilihat dengan jelas di hadapan matanya sendiri. 


"Namun ketika itu, kami anggota tentera tidak mempedulikan sangat tentang politik, tentang pilihanraya. Kami tak pernah mengambil tahu sama ada pilihan raya di negeri kita besih atau tidak, adil atau tidak. 


"Kini menerusi perjuangan Bersih 2.0, barulah banyak anggota tentera yang sedar mengenai perkara itu. Mujur jugalah adanya perjuangan Bersih 2.0. Kalau tidak banyak anggota tentera akan terus tidak mengetahui perkara itu, malah ada yang langsung tak tahu hak mereka sendiri dalam pilihanraya," ujar beliau. 


Kunjungan mereka ke Pejabat Agung PAS ditemani Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat. -Hd

Salinan Waran tangkap bakal besan Najib, terlibat 6 kes jenayah


SEBELUM ini MiLo SuaM pernah mendedahkan bagaimana bakal besan Najib dan Rosmah, Maira Nazarbayev diburu Polis Antarabangsa, Interpol rujuk sini [Maira Nazarbayev].


Sejak siang tadi pula, bakal besan Najib dan Rosmah itu diberitakan telah ditangkap oleh Polis Antarabangsa, Interpol mewakili pihak berkuasa Kazakhstan atas dakwaan jenayah culik dan peras ugut rujuk sini [Maira Nazarbayev ditangkap].

Bagi menguatkan lagi berita tersebut, di bawah ini disiarkan salinan waran tangkap beliau yang berbahasa Kazakhstan. Perempuan itu didakwa memiliki enam kes jenayah.







source: http://milosuam.blogspot.com/2012/06/salinan-waran-tangkap-bakal-besan-najib.html#ixzz1z8R1Q6Wo

Khamis, 28 Jun 2012

Semangat PAS Bukan Sahaja Di Malaysia Tapi Di Timur Tengah.


Semangat PAS Bukan Sahaja Di Malaysia Tapi Di Timur Tengah.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8TYE-faChEwh27F8vk8bRX6P0Jn8IQKGoQ9dhXazstzCk81AldXpO0pQLjzyedScf1v2VtQ0_sBU_N0b9rF3vC5c_bInE2jZCMdu7fJ2pmebgpLtg-lznm2E2AheflDeVrusDPEScWUin/s1600/logo+pas.htm

Misti korang ingat foto ini diambil di Malaysia bukan, korang silap sebab foto ini bukan diambil di Malaysia, tapi nun jauh di Mansurah, Mesir.


N'N:Agak2 mahu ker diorang cat lambang UMNO pulak?

NAK TAHU KENAPA BRUNEI TIDAK MAHU JADI SEBAHAGIAN DARIPADA MALAYSIA? SILA BACA:


NAK TAHU KENAPA BRUNEI TIDAK MAHU JADI SEBAHAGIAN DARIPADA MALAYSIA? SILA BACA:


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVJ_PhVdJUL-0eYScSXTcB1pkkUDNFF2QmxJ860D0puToD91IWJga9Dybsu0RgxvB45MsX5D8vDjCqKnYmb2x1qtRjiTOETctKsOTotULZr7Y3GETZvAbaJ7EtVSj9NjHXLCc8-6oXOHQ/s400/485604_391784974206135_1999903266_n+-+Copy.jpg

Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.

Namun Sultan masih tetap dengan pendirian nya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu.

Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei. SUMBER


N'N: Korang lihat sendiri apa perkembangan Brunei sekarang, negaranya maju dan kaya-raya dan telah melaksanakan Hudud.

Rabu, 27 Jun 2012

Sah ! Malaysia negara paling selamat



Macam tak percaya tetapi itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh KDN. 
Kata dia kan ;

Terbaru Malaysia mendapat pengiktirafan badan antarabangsa World Justice Project sebagai sebuah negara yang paling selamat di kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, Malaysia diiktiraf antara negara berpendapatan sederhana tinggi yang paling selamat oleh badan tersebut.
“Malah Malaysia juga diiktiraf sebagai negara yang ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain,” katanya pada Perasmian Majlis Penutup Taklimat Isu-Isu Semasa Keselamatan di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata, kejayaan itu didokong oleh Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah yang dilaksanakan kerajaan.
Menurut beliau, program terbabit turut mendapat pengiktirafan antarabangsa termasuk Global Peace index yang menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik.
Sehubungan itu, kata beliau, rakyat Malaysia wajar berbangga kerana mereka tinggal dalam sebuah negara yang aman dan selamat.  -MHN-
Negara kita pertama paling selamat di asia tenggara? 
Maksudnya negara kita lebih selamat berbanding brunei dan singapore.
Negara kita keempat selamat di asia pasifik?
Bagaimana pula kedudukan jepun, australia, korea selatan, singapore, brunei dan new zealand? No komen. Yang aku tahu perbandingan dengan ke semua negara2 neh malaysia menduduki tangga ke empat oke.
kah kah kah
Negara kita ke 12 selamat?
Kalah USA dan BRITAIN beb. Tahniah.
Punca negara kita mendapat pengiktirafan tersebut ==> Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah yang dilaksanakan kerajaan.
Patutlah sampai KDN tersalah keluarkan data stastistik jenayah selangor di parlimen hari tue. Cantik!
kah kah kah
 Paling selamat sey.. antara 19 negara yang berpendapatan serdahana tinggi.. negara apa yang duduk dalam ketegori neh.. sapa2 tahu tak?  

35 TAHUN BERKHIDMAT DENGAN GOMEN DAPAT HADIAH OMEGA STANDAT PASAR MALAM



35 TAHUN BERKHIDMAT DENGAN GOMEN DAPAT HADIAH OMEGA STANDAT PASAR MALAM

OMEGA TIPU SEBAGAI HARGA PERKHIDMATAN
Kali ni Yong cerita tentang nasib seorang pegawai kerajaan yang baru je pencen. Beliau mendapat "penghargaan" sebuah jam tangan Omega! Jangan komer jeles! Inilah nilai penghargaan gomen bagi pekerja yang telah bertungkus-lumus selama 35 tahun!
 
Komer tengok gambor jam "omega" model unlisted yang diterima pegawai berkenaan. Jam tu sekarang udah mampoos!
 
Pegawai berkenaan menyatakan rasa kecewa kerana jabatannya menghadiahkan jam tangan "omega' palsu kepadanya sebagai penghargaan setelah 35 tahun bertugas.
 
Inikah caranya majikan menghargai pekerja yang dedikasi?

Patutkah kerajaan menggalakkan pembelian barangan tiruan?

Dokumen Sulit Skandal Scorpene Mula Tersebar ke seantero dunia


Dokumen Sulit Skandal Scorpene Mula Tersebar

Dokumen berkenaan skandal Kapal Selam Scorpene telah mula dimuatnaik ke internet sejak semalam. Namun dokumen tersebut berbahasa Perancis, silalah download. Difahamkan dokumen tersebut dihantar oleh individu yang tidak dikenali kepada Asia Sentinel yang berpengkalan di Hong Kong. Ia merupakan laporan hasil daripada serbuan dan penyiasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Perancis berhubung skandal tersebut Pada 7 April, 2010.

Maklumat lanjut berkenaan dokumen tersebut boleh rujuk di sini [Asia Sentinel] - 70 DOKUMEN
http://www.scribd.com/collections/3678742/The-French-Malaysian-Submarine-Scandal-the-Documents




Mendalam dan Dirty: Skandal Submarine Malaysia
Ditulis oleh John Berthelsen
Isnin, 25 JUNE 2012

Scorpene menyelam: Tidak cukup dalam
Dokumen pendakwaan yang bocor menunjukkan corak salah laku rasmi dalam kedua-dua negara


Satu kempen dua dekad oleh Perancis-syarikat milik negeri pertahanan gergasi DCN dan anak-anak syarikatnya untuk menjual kapal selam kepada kementerian pertahanan Malaysia telah menyebabkan dalam memperkusut lama daripada ugut, rasuah, menjajakan pengaruh, penyalahgunaan aset korporat dan penyembunyian, antara lain tuduhan , menurut dokumen yang disediakan untuk Sentinel Asia.

Sebahagian dari kekejaman nampaknya telah berlaku dengan pengetahuan pegawai tinggi kerajaan Perancis termasuk kemudian asing Menteri Alain Juppé dan dengan persetujuan bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad, menurut dokumen itu, yang terdiri daripada 133 fail yang berasingan dan beratus-ratus muka surat. Mereka telah dibentangkan kepada Majistret Pendakwa Perancis di Mahkamah de Grand instance de Paris pada bulan Mei dan Jun 2011. Peguam Perancis telah mula menyediakan sepina untuk ahli politik terkemuka Malaysia termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Pertahanan semasa, Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa tokoh-tokoh.

Dokumen-dokumen yang telah dihantar tanpa nama untuk Asia Sentinel melalui laluan yg memutar yang membawa mereka ke Brussels, Belgium, Lagos, Nigeria; Brazzaville, Congo; Libreville, Gabon, kemudian Leipzig, Jerman dan akhirnya ke Hong Kong. Dokumen-dokumen, ditulis dalam bahasa Perancis, boleh didapati dalam koleksi dalam akaun Scribd Asia Sentinel.

LINK di sini untuk melihat dokumen.http://www.scribd.com/collections/3678742/The-French-Malaysian-Submarine-Scandal-the-Documents




Dokumen-dokumen yang telah disusun akibat satu serbuan pada April 7, 2010, apabila sejumlah penyiasat dari itu unit jenayah anti-terancang dan kewangan Direktorat di Perancis Polis Kehakiman swooped turun pejabat DCN, di 19 rue du Kolonel Pierre AVIA di Paris Arondissement 15, dan empat lokasi lain, menuntut supaya pegawai terkejut memberikan mereka akses kepada peti besi, fail dan komputer. Mereka mengumpul beribu-ribu dokumen yang membentuk sebahagian besar gambar-gambar yang dihantar ke Sentinel Asia.

Bersama-sama, mereka yang hadir dakwaan memberatkan pegawai Malaysia yang Matlamat adalah untuk mengemudi bayaran € 114,960,000 (AS $ 114,300,000 pada kadar pertukaran semasa) melalui sebuah syarikat swasta yang bernama Perimekar Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak Baginda. Razak Baginda ketika itu ketua tangki Malaysia berfikir dipanggil Penyelidikan Strategik Malaysia, yang berkaitan dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik terbesar di negara ini.

Pembayaran itu ternyata telah melanggar Konvensyen OECD Rasuah, yang mengesahkan Perancis pada 30 Jun, 2000. Pada 29 september, 2000, mengikut D00015 dokumen, DCNI, anak syarikat DCN, telah mengambil tindakan pembetulan "selepas Perancis menyertai konvensyen rasuah. Kontrak menyimpulkan selepas tarikh tersebut adalah untuk akan disalurkan kepada Eurolux dan Gifen, syarikat-syarikat yang dipegang oleh Jean-Marie Boivin, kewangan ketua bekas DCN itu, dan beribu pejabat di Luxembourg dan Malta masing-masing Boivin yang sedang disiasat kerana telah dimainkan 1 peranan pusat dalam yang tindakan "pembetulan, "dengan apa yang telah digambarkan sebagai" komisen aneh "perjalanan melalui berkubang syarikat-syarikat yang ditubuhkan di kawasan perlindungan cukai di seluruh dunia. Antara dokumen-dokumen yang menunjukkan Boivin dibayar untuk menghantar Razak Baginda pada bertamasya ke Macau dengan teman wanita itu, Altantuya Shaariibuu, seorang warganegara Mongolia yang kemudiannya dibunuh oleh dua pengawal peribadi Najib.

"Satu perjanjian yang berasingan menetapkan pampasan lain yang terdiri daripada amaun tetap bebas daripada harga sebenar kontrak utama," satu dokumen membaca merujuk kepada pembayaran kepada Perimekar. "Ini telah dibuat selaras dengan peraturan dalaman [DCN] dan [subsidiarinya] Thales dan OECD. Mendapat manfaat daripada dana ini tidak sukar untuk membayangkan: puak dan hubungan keluarga Encik Razak Baginda. Di samping itu, dana ini akan mencari jalan mereka kepada parti politik yang dominan. "Adalah parti dominan politik Malaysia dan UMNO.

Pertahanan Spree Malaysia

Kisah pada dasarnya bermula apabila Datuk Seri Najib Tun Razak telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet Mahathir pada tahun 1991 dan memulakan tokokan besar-besaran tentera di negara ini, mengatur pembelian kereta kebal, jet Sukhoi, bot peronda pantai dan kapal selam. Yang memulakan persaingan sengit antara Perancis, Jerman, pengilang Sweden, Russia dan Belanda, yang seterusnya pergi mencari kroni-kroni yang paling berkesan kepimpinan Malaysia untuk membantu mereka. Menjelang tahun 1995, menurut dokumen DC00078, Thales anak syarikat DCN, telah kehilangan keluar dengan pengeluar Jerman Kockums AB, yang telah diwakili oleh Amin Shah, digelar "Onassis Malaysia" kerana perniagaan dan beliau kepentingan perkapalan, yang adalah hampir untuk kemudian-kewangan menteri Daim Zainuddin dan disyaki sebagai seorang lelaki depan bagi kepentingan Daim.

Pihak berkuasa Perancis seolah-olah untuk melawan dengan membayar "yuran perundingan" menurut dokumen tulisan tangan yang dipanggil "Perjanjian Perundingan" yang ditandatangani di Kuala Lumpur pada Okt 1, 1996 antara DCN wakil Emmanel Aris Antarabangsa dan Angkatan Tentera Malaysia utama bernama Abdul Rahim Saad. tujuan adalah "untuk memulakan kembali DCNI dalam senarai pendek tender selepas ia telah ditolak oleh Kerajaan Malaysia" pada Dec 14, 1995, menurut dokumen Perancis.

Saraan yang akan dibayar dalam dua lot, AS $ 20,000 sebelum 31, Jan 1996, dan AS $ 80,000 selepas penerimaan. Nampaknya ia berjaya. Rahim kini pengarah urusan sebuah syarikat bernama ARS Sehajatera Sdn Bhd, yang membekalkan peralatan logistik untuk Angkatan Tentera Malaysia.

Walau bagaimanapun, terdapat soalan sama ada Rahim yang pernah dibayar. Satu memo yang dijumpai dalam fail DCN berkata dia "meluahkan rasa tidak puas hati dan mengisytiharkan sokongan untuk Agosta [pengilang Sepanyol Scorpenes untuk DCN] kapal selam sejak 1996 tetapi dia tidak mempunyai apa-apa berita dari DCNI sehingga kini. 'Dia berkata, beliau menganjurkan aktiviti rendang untuk mempromosikan tawaran Perancis ... Beliau mengadu tidak telah dibayar bagi perkhidmatan. "

Akhirnya, menurut dokumen, Amin Shah mula kehilangan pengaruh dengan kerajaan selepas Daim Zainuddin meninggalkan kedudukan beliau sebagai Menteri Kewangan. DCN dan anak-anak syarikatnya mula yang pemutus wujud sumber-sumber lain pengaruh dalam kerajaan Malaysia.

Satu percubaan untuk menarik Tan Sri Razali Ismail, seorang diplomat Malaysia yang paling cemerlang, gagal. "Ia akhirnya gagal dan Encik Abdul Razak Baginda telah dipilih untuk menggantikannya," dokumen ambil perhatian. "Peranan kedua ialah untuk memudahkan prosedur penyerahan kepada kerajaan Malaysia dan menteri-menteri yang bertanggungjawab, khususnya Menteri Pertahanan, dengan siapa dia mendakwa mempunyai hubungan rapat."

Menurut D000112 Dokumen, "... Razak Baginda telah mengekalkan hubungan yang baik dengan Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri. Lebih-lebih lagi, isterinya, Mazlinda Makhzan, adalah kawan rapat isteri Menteri Pertahanan. Oleh itu, Baginda telah menjadi pusat rangkaian. Kedua-dua syarikat adalah di pusat rangkaian ini: Terasasi, yang berkaitan dengan Baginda, dan Perimekar, yang pada mulanya dikuasai oleh Mohamad Ibrahim Mohamad Nor, yang juga rapat dengan Daim Zainuddin. Walau bagaimanapun, dengan Daim meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan selepas meludah dengan Mahathir, Razak Baginda mengambil lebih pemilikan tunggal syarikat itu melalui isterinya.

"Kontrak pertahanan utama di Malaysia seperti di negara-negara lain memerlukan pemindahan wang yang besar kepada individu dan / atau [politik] organisasi," kata dokumen itu. "Di Malaysia, selain daripada individu, parti pemerintah [UMNO] adalah penerima terbesar [agak daripada Perimekar, syarikat yang suruhanjaya itu]. Perunding [ejen atau syarikat-syarikat] sering digunakan sebagai rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan tersebut dan menerima komisen untuk pengetua mereka. "

Jantung Deal yang

Sejak beberapa tahun akan datang, dokumen-dokumen menunjukkan, yang kontrak itu datang dekat membuahkan hasil Razak Baginda dan Najib maneuvered di Perancis untuk mendapatkan tawaran yang terbaik untuk diri mereka dan UMNO, yang mewujudkan memperkusut syarikat melalui dana yang akhirnya akan lulus.

Aktiviti-aktiviti mereka termasuk penubuhan beberapa syarikat termasuk syarikat Perimekar pada tahun 2000 sebagai kenderaan corong pelakuan € 114,900,000 kepada Razak Baginda dan lain-lain, dengan isteri pemegang saham utama Razak Baginda. Pelan itu nampaknya mempunyai kelulusan Mahathir. Kabel diplomatik Menteri Luar Juppé berkata, "syarikat yang dipilih oleh kerajaan untuk projek kapal selam adalah ... Perimekar. Pilihan ini adalah tertakluk pemberitahuan rasmi daripada Kementerian Kewangan Malaysia Kementerian Pertahanan ... Nota bahawa ini keputusan Kementerian Kewangan telah diambil manakala Perdana Menteri sendiri memegang jawatan Menteri Kewangan, selepas pemergian Tun Daim. "

Syarikat Perancis muncul mempunyai tidak ilusi fungsi Perimekar. Dokumen ambil perhatian bahawa "Perimekar adalah sebuah syarikat liabiliti terhad dengan modal MR5 juta (€ 1.4 juta) yang mana 1 juta disediakan. Ia dicipta pada bulan Ogos 1999 ... ia tidak mempunyai rekod jualan sepanjang tahun 2000. Pemilikan dalam proses penstrukturan semula. "

Sebagai Asia Sentinel telah dilaporkan sebelum ini, dokumen D00087 menunjukkan bahawa Najib menuntut AS $ 1 bilion "syarat" untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd "tinggal di Perancis." Nota, bagaimanapun, tidak menjelaskan dengan tepat apa yang bermakna.

Maklumat itu terkandung dalam nota faks dari Francois Dupont, wakil Asia Thales International Asia, kepada ketuanya dan tetapi notasi dalam dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah tidak rumit. Dupont menunjukkan bahawa pertemuan dengan Najib pada 14 Julai 2001 akan mengambil tempat dengan "keadaan" yang disebutkan di atas tetapi ia tidak diketahui jika mesyuarat yang berlaku
.


Sepanjang jalan, Jasbir Singh Chahl, salah satu syarikat-syarikat bersekutu Razak Baginda pada Perimekar, memutuskan dia tidak dibayar cukup. Dalam memo beberapa DCN, Jasbir Chahl menuntut 1/4 penuh jumlah Perimekar € 114,960,000.
 Walaupun permintaan beberapa, tidak ada sebarang petunjuk bahawa Chahl telah pernah dibayar. Beliau telah disapina sebagai saksi dalam kes itu, tetapi selepas 1 menunjukkan kepada peguam Perancis yang beliau akan bekerjasama, beliau telah berkata dia tahu tiada apa-apa jua urusan. Beliau dikatakan menjadi sangat sakit dan mengalami beberapa bentuk kanser.

Dokumen lain yang dibuat awam oleh Asia Sentinel awal menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya € 36,000,000 mengalir dari anak syarikat DCNS Terasasi Hong Kong Ltd, yang pegawai utama disenaraikan sebagai Razak Baginda dan bapanya. Najib adalah Menteri Pertahanan dari 1991 melalui masa apabila kapal selam telah dihantar pada tahun 2002. Terasasi hanya wujud sebagai nama di dinding sebuah firma perakaunan daerah Wanchai di Hong Kong. ~omakkau

najib setaraf autokrat dunia wow


Weyh Kali Ni Wa Bebetul Bangga Dengan Najib




Pedulilah apa luorang nak kata, nak bedal, nak libas atau nak rasa tak puas hati ngan kenyataan wa ni, tapi kali ni wa memang nak rasa kagum  dengan pencapaian yang telah diraih oleh PM Malaysia di peringkat antarabangsa.. Malah luorang pon sepatutnya turut berasa bangga dengan bangangnya .. kah kah kah 

Kalau sebelum ni, Najib dan kerajaan Malaysia (FLOM tak kira) perlu membayar amaun yang bukan sikit semata mata untuk diberikan publisiti yang menghiasi dada akhbar antarabangsa tapi kali ini dek kerana ketokohan Najib yang menonjol, scoop dan coverage tentang beliau kali ini diberikan secara ekslusif dan percuma. Good Najib, macam tu le sepatutnya .. biar wartawan cari pemimpin ..bukan pemimpin yang kena cari publisiti.. tak gitu ?

//=========================\\

Kementerian Luar sedih dengan artikel dalam akhbar Kanada yang mengkategorikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "demokrat palsu", dengan meletakkannya sebaris dengan autokrat lain dunia. 
Tulisan itu, bertajuk "A 21st-century checklist of the new autocrats" disiarkan pada 8 Jun oleh The Globe and Mail. 
Ia ditulis oleh ketua biro Beijing Mark Mackinnon, pemenang anugerah kewartawanan yang sudah mewawancara sebahagian pemimpin paling kontroversi dan terkemuka di seluruh dunia. 
Antara mereka, ketua pembangkang Burma Aung San Suu Kyi, bekas pimimpin Soviet Mikhail Gorbachev, bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra, Presiden Israel Shimon Peres dan Raja Abdullah daripada Jordan. 
Dalam artikelnya, Mackinnon mengelaskan autokrat dalam empat kategori - demokrat palsu, egois gila, populis ganas dan kapitalis tanpa perasaan. 
Najib dimasukkan dalam kategori pertama bersama Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, perdana Menteri Ethiopia eles Zenawi dan Perdana Menteri Kambodia Hun Sen. 
Bekas pemimpin yang pernah dikelaskan dalam kategori itu bekas presiden Yugoslavia Slobodan Milosevic dan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak. 
Mackinnon menulis, pemimpin ini "mengadakan pilihan raya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa" dan "penentang politik seriusnya dipenjara dan parti mereka diharamkan atas alasan teknikal". - Malaysia kini

\\========================//

Perghh ..bukan senang nak di samakan level dengan pemimpin dunia yang lain. Skang ni Najib dah boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Presiden Vladimir Putin .. think big - Russia tu bhai.. malah dah jadi sekufu denga penyandang yang pernah turut menduduki carta yang sama, iaitu Slobodan Milosevic -penjenayah yang membasahkan bumi Yugoslavia dengan darah orang Islam dan Hosni Mubarak - Diktator Mesir yang baru ditumbangkan.. errkkk ?? kah kah kah kah 

Pedulikanlah apa orang nak kata, sebab wartawan tu memang sengaja jeles kat Najib, janji Najib dah pon mencapai cita cita untuk mengharamjadahkan demokrasi sehingga diiktiraf diperingkat antrabangsa sehingga setaraf dengan pemimpin diktator yang lain.. hasrat terlaksana weyh ..Mahathir pon kalah..  kah kah kah 

Nota:

Wahai Chai Ameno.. bergembiralah atas populariti terbaru PM.. bersorak sorailah 3 hari 3 malam dan jangan lupa raikan dengan tarian joget lambak serta persembahan k-pop .. kah kah kah 

Wa harap Najib tidak kecewa kerana hanya berjaya menguasai kategori Demokrat Palsu .. walaupun mungkin sebenarnya Najib target untuk mengungguli kesemua kategori lebih lebih lagi egois gila dan kapitalis tanpa perasaan .. sabarlah Najib .. mungkin ada pencalonan anugerah dari kewartawanan lain pulak .. 

Rosmah mungkin kecewa kerana namanya yang mewakili FLOM tidak dicalonkan untuk mana mana kategori walaupun beliau lah sebenarnya perunding imej dan tulang belakang yang berusaha keras untuk pergerakan Najib. 

Nota kaki : Wa harap  Mark Mackinnon  akan wujudkan satu lagi kategori dalam label autokrat yang mungkin Najib boleh menang tanpa bertanding - Kategori Salah Faham Gender .. kah kah kah kah kah

Akhbar Kanada Label Najib 'Demokrat Palsu'


Akhbar Kanada Label Najib 'Demokrat Palsu'

Kementerian Luar sedih dengan artikel dalam akhbar Kanada yang mengkategorikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "demokrat palsu", dengan meletakkannya sebaris dengan autokrat lain dunia.Tulisan itu, bertajuk "A 21st-century checklist of the new autocrats" disiarkan pada 8 Jun oleh The Globe and Mail.Ia ditulis oleh ketua biro Beijing Mark Mackinnon, pemenang anugerah kewartawanan yang sudah mewawancara sebahagian pemimpin paling kontroversi dan terkemuka di seluruh dunia.

Antara mereka, ketua pembangkang Burma Aung San Suu Kyi, bekas pimimpin Soviet Mikhail Gorbachev, bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra, Presiden Israel Shimon Peres dan Raja Abdullah daripada Jordan.

Dalam artikelnya, Mackinnon mengelaskan autokrat dalam empat kategori - demokrat palsu, egois gila, populis ganas dan kapitalis tanpa perasaan.

Najib dimasukkan dalam kategori pertama bersama Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, perdana Menteri Ethiopia eles Zenawi dan Perdana Menteri Kambodia Hun Sen.

Bekas pemimpin yang pernah dikelaskan dalam kategori itu bekas presiden Yugoslavia Slobodan Milosevic dan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak.

Mackinnon menulis, pemimpin ini "mengadakan pilihan raya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa" dan "penentang politik seriusnya dipenjara dan parti mereka diharamkan atas alasan teknikal". ~malaysiakini

Selasa, 26 Jun 2012

Gambar-gambar Altantuya Shaariibuu di Perancis tersebar.




TUESDAY, JUNE 26, 2012

Korang tengok gambar2 kat bawah neh oke. Ada banyak rupanya ;








Gambar2 neh sebenarnya gambar2 yang baru didedahkan. Selama neh gambar2 neh dirahsiakan. Ataupun lebih tepat disorok. Kenapa dan mengapa aku sendiri pun tak pasti. Yang aku tahu kalau rekod kemasukkan altantuya ke malaysia pun boleh dihilangkan so tak mustahil rekod kemasukkan altantuya ke perancis pun boleh dilenyapkan.

Dengan tersebarnya gambar2 neh telah membuktikan dua perkara iaitu ;

1. Altantuya memang pernah ke perancis.

2. Altantuya memang bertujuan sesuatu di perancis.

Soalnya kenapa dia ke perancis atas nama amina abdullah? Kenapa visa dia ke perancis dikeluarkan di kuala lumpur? Siapa yang bertanggungjawab proses permohonan dia? Kenapa guna nama amina dan bukan guna nama altantuya?

Benda neh misteri. Kalau aku dapat siasat pun bagus gak neh. Tapi susah sket sebab bn tadbir negara neh. Kalau nak tahu kisah benar bn kena ditumbangkan dulu. Aku rasa kita seme perlu tahu apa sebenarnya yang telah berlaku di antara ;

1. Altantuya

2. Razak Baginda

3. Najib Razak

4. Deepak

5. Rosmah Mansur

6. 2 pegawai polis iaitu azilah dan sirul azhar

7. Penyiasat peribadi yang ditugaskan untuk memerhatikan altantuya

Mereka neh individu2 yang sangat penting bagi menyelesaikan kes pembunuhan altantuya. Fikir macam mana pun memang tak logik sirul dan azilah nak bunuh individu yang mereka tak kenal tanpa apa2 sebab. Melainkan di arah. Tapi siapa bagi arahan? Dan kenapa? 

Tapi top of that ialah rekod kemasukkan altantuya ke malaysia boleh pula di lenyapkan sama seperti rekod kemasukkan altantuya ke perancis. Ini lebih dari sekadar misteri. Orang biasa macam ko dan aku memang tak berupa nak lenyapkan rekod tersebut pun beb.

Bahkan orang biasa macam sirul dan azilah pun tak mampu. Ko gila? Mana ada duit nak sogok orang banyak2. Ingat senang nak suruh orang buang rekod kemasukkan seseorang ke dalam dan luar negara even ko bayar berapa juta pun?

Ia memerlukan seseorang yang berpengaruh. Aku tak nafikan razak baginda berpengaruh tetapi dia tetap belum cukup power nak kawal rekod kemasukkan sampai ke perancis tue. Nak2 dia dibebaskan dari tuduhan mengarahkan pembunuhan dan menghilangkan diri sampai sekarang. Tak pelik ka beb?

Seme neh memang misteri beb. Bukan nak tuduh2 sebab takde bukti yang jelas tapi tah macam mana kes neh memang semacam ada kaitan dengan najib. Kaitan macam mana aku tak pasti yang aku pasti memang ada kaitan. Kena selongkar larh jawabnya kalau nak tahu jawapan sebenar. 


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/06/gambar-gambar-altantuya-shaariibuu-di.html#ixzz1ysicmxPr