hasil negara banyak tapi rakyat dapat sampah
Pemimpin-pemimpin Umno/BN sebenarnya tersilap langkah apabila
membangga-banggakan diri mereka dengan pemberian Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah yang berpendapatan kurang dari
RM1,500.
Mereka tidak sedar bahawa jumlah penerima BR1M yang berjumlah jutaan orang itu menunjukkan bahawa begitu ramai rakyat Malaysia yang miskin (pendapatan isi rumah kurang dari RM1,500) walaupun negara sudah merdeka lebih dari 54 tahun.
Semakin ramai penerima BR1M menunjukkan bahawa semakin ramai rakyat yang miskin, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Sepatutnya selepas 54 tahun merdeka jumlah penerima BR1M ini kecil sahaja tidaklah sampai jutaan orang.
Persoalannya kemanakan kekayaan negara kita disalurkan. Bukankan pemimpin Umno/BN begitu bangga dengan pendapatan perkapita negara kita yang tinggi berbanding negara dunia ketiga lain. Tetapi mengapa pula masih ramai rakyat yang layak menerima BR1M. Ini membuktikan bahawa masih terlalu ramai rakyat yang miskin dan menunjukkan bahawa kerajaan BN gagal memastikan rakyat terkeluar dari belenggu kemiskinan. Kita juga dapat membuat kesimpulan bahawa pendapatan perkapita yang tinggi adalah disebabkan kekayaan dibolot oleh segolongan manusia yang terlampau kaya tetapi pada masa yang sama majoriti rakyat adalah miskin dan dhaif dengan pendapatan isi rumah kurang dari RM1,500.
Rakyat seharusnya berfikir secara matang dan terbuka. Bukti BR1M ini sudah jelas membuktikan bahawa kerajaan BN hanya menanam tebu dibibir mulut untuk membantu rakyat keluar dari kedhaifan tetapi hakikatnya rakyat yang miskin terus miskin, kroni Umno, MCA, MIC dan BN lah yang kaya raya.
Maka rakyat tidak ada cara lain selain dari mengundi PR bagi menumbangkan kerajaan BN yang gagal dan korup.