Bismillahirahmanirahim.
Dimaklumkan.
25 Mei, Jumaat - Yang Mulia Tuanku Nai Long Kassim ibni Tuanku Nai Long Ahmad, 75 tahun, waris Khalifah Syarif Syah dan Tuanku Long Jaafar telah kembali ke rahmatullah selepas isya' tadi akibat sakit tua.
Jenazah baginda akan dikebumikan esok hari.
Dalam kenangan
YM Almarhom Tuanku Nai Long Kassim ibni Tuanku Nai Long Ahmad, Pengasas Sejarah Realiti Empayar Islam Benua Siam Kedah yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam perjuangan sewaktu hayatnya.
Sesungguhnya perjuangan dan wasiat yang ditinggalkan untuk anak bangsa insyaAllah akan diteruskan oleh generasi seterusnya.
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang mukmin dan solehin.
Perjumpaan terakhir dengan Almarhom (sebelah kiri baju batik) lebih kurang 100 hari yang lepas sewaktu dijemput menghadiri majlis tahlih arwah ibunya di Titi Haji Idris, Pendang, Kedah Darul Aman.
Al Fatihah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan