tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Ahad, 12 Ogos 2012

KE MANA PARTI RAKYAT MALAYSIA MENGHILANG?


PRM adalah satu2nya parti politik berhaluan kiri yang di tubuhkan sebelum merdeka yang masih wujud sehingga kini. PRM yang telah di asaskan oleh Presiden pertamanya Ahmad Boestamam adalah kesinambungan daripada Kesatuan Melayu Muda(KMM) yang di tubuhkan pada tahun 1937 dan apabila ianya di haramkan oleh pemerintah Jepun maka aktivis2nya telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) pada tahun 1945 sebagai sebuah wadah untuk menuntut kemerdekaan.



Pada tahun 1946 PKMM telah mewujudkan cabang pemudanya yang di berinama Angkatan Pemuda Insaf(API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam di samping cabang wanitanya yang di beri nama Angkatan Wanita Sedar (Awas) yang telah di pimpin oleh Shamsiah Fakeh. Namun begitu pihak British telah melihat parti2 ini mendatangkan bahaya kepada kelansungan pemerintahan mereka lalu telah mengistiharkan darurat dan parti2 politik ini telah di haramkan.

Ramai aktivis parti parti dan pertubuhan pro kemerdekaan telah di tahan di bawah undang2 darurat. Antara yang di tahan ialah Ahmad Boestamam iaitu ketua API.


Perintah darurat telah mengakibatkan segala aktiviti menuntut kemerdekaan hampir lumpuh. Maka dengan itu beberapa aktivis yang tidak dapat di tahan oleh pihak British telah mengambil keputusan untuk masuk ke hutan dengan memulakan perang gerila menentang British.


Dr Burhanudin pula telah berjaya meloloskan diri ke Singapura dan terselamat daripada tangkapan kerana pada waktu itu Singapura masih belum di laksanakan perintah darurat.



Selepas di bebaskan Ahmad Boestamam telah menubuhkan PARTI RAKYAT iaitu pada 11 November 1955. Parti ini kemudiannya telah bergabung dengan Parti Buruh dengan membentuk Barisan Sosialis dan telah berjaya memenagi 8 kerusi Parlimen pada PRU 1959. Barisan Sosialis juga telah berjaya menguasai banyak kerusi-kerusi Majlis Kerajaan Tempatan memaluli pilihan raya kerajaan tempatan.



Namun begitu Barisan Sosialis akhirnya terpaksa di bubarkan dan Parti Rakyat kembali bergerak secara solo sebagai antara parti pembangkang utama negara pada ketika itu. Pada tahun 1970 parti ini telah di tukarkan namanya kepada PARTI SOSIALIS RAKYATMALAYSIA(PSRM) yang telah di pimpin oleh Kassim Ahmad.


Pihak kerajaan telah mengambil kesempatan daripada pertukaran namaParti Rakyat kepada Parti Sosialis untuk mebuat propaganda bahawa PSRM adalah sebuah parti komunis untuk menjauhkan sokongan rakyat kepada parti ini. Ramai pemimpin parti ini telah di tahan di bawah undang-undang ISA.


Bermula daripada itu bermulalah zaman kegelapan PSRM dan parti itu telah gagal untuk mendapatkan kerusi untuk setiap kali Pilihanraya.



Setelah parti itu di pimpin oleh Kampo Radjo sekali lagi parti itu telah membuat perubahan kepada nama parti dengan mengugurkan perkataan Sosialis dan hanya menjadikan parti itu sebagai Parti Rakyat Malaysia(PRM).


Namun begitu di era kepimpinan Dr SyedHusin Ali congress parti pada tahun 2003 telah mengambil keputusan untuk membubarkan PRM dan ahli parti itu menyertai Parti keADILan Nasional (keADILan) yang kemudiannya telah bertukar kepada Parti Keadilan Rakyat(PKR) setelah bergabung dengan ahli PRM. Syed Husin Ali telah di lantik menjaditimbalan Presiden parti itu.


Walaupun mendapat sokongan majority daripada perwakilan parti di atas usul untuk bergabung dengan keADILan namun beberapa ahli jawatankuasa tertinggi parti itu membantah dan kemudiannya telah menghidupkan semula parti itu di bawah kempimpinan Hasan Karim.

Walaupun begitu parti ini telah di lihat tidak lagi mampu untuk bangun semula seperti awal kebangkitannya. Mungkin melihat kepada itu Hasaan Karim telah mengusulkan agar parti itu menjadi satu kompenan parti Pakatan Rakyat.


Hasratnya itu telah di tentang oleh majority ahli parti kerana sejarah ahli PRM yang memasuki PKR telah membuktikan bahawa mereka sebenarnya terpinggir di dalam PKR. Mungkin nama-nama ahli PRM yang memasuki PKR hanyalah tinggal seperti Dr Syed Hussin Ali dan Latefa Koya sahaja.


Hala tuju dan ideology perjuangan Pakatan Rakyat yang tidak jelas dan bertentangan dengan prinsip perjuangan PRM juga adalah salah satu sebab mereka menolak untuk bersama dengan pakatan Rakyat.




Sebenarnya PRM memerlukan satu suntikan kekuatan untuk kembali menjadi parti yang berada di persada politik tanah air.


Hanya gah pada nama tidak akan membuat parti itu untuk di terima rakyat di mana rakyat pada hari ini lebih cenderong untuk memilih antara BN dan PR.


PRMsepatutnya menjadikan Parti Sosialis Malaysia(PSM) sebagai satu paradigma kepada mereka di dalam membangunkan semula parti yang di warisi Boestamam itu.


PSM yang bangun dengan kekuatan akar umbi juga tidak bersama dengan Pakatan Rakyat namun kehadiran parti itu telah menjadi satu alternative kepada rakyat yang mula melihat kecelaruan parti2 politik yang ada pada hari ini sama ada di pihak BN ataupun PR.



Kini telah tiba masanya untuk pemimpin PRM memikirkan sama ada mahu terus untuk menjadi parti kelansungan sejarah parti politik Malaysia dengan berbangga dengan asal usul parti itu ataupun memilih untuk bangun semula menjadi parti politik marhaen seperti satu ketika dahulu. Namun begitu apakah PRM mampu untuk bangkit semula kerana jika dii lihat akar umbi parti ini hanyalah tinggal mereka2 di kalangan veteran parti.


PRM sudah tidak lagi kedepan dalam menagani isu-isu masyarakat marhaen. Generasi muda kini sudah tidak lagi mengenail PRM. Lambang Seladang yang menjadi kebangaan aktivis parti suatu ketika dahulu kini sekadar menjadi perhiasan di rumah mereka. (mungkin juga sebagai lambang Restoran Kepala Ikan Garry iaitu pengerusi PRM P.Pinang).



Untuk menyertai pilihan raya PRM sudah pasti tidak akan di beri ruang sama sekali oleh PR yang sudah sedia ada kerusi yang mereka miliki sama ada kerusi yang mereka menang atau mereka kalah di dalam PRU yang lalu.


Jika PRM mahu juga menyertai pilihan raya maka sudah pasti pati ini akan menghadapi pertandingan 3 penjuru. Di saat rakyat hanya mahu memilih antara BN dan PR apakah mereka sedia memilih logo parti berlambangkan Seladang yang tidak mereka kenali untuk mereka undi? Begitu juga dengan pimpinannya yang tidak lagi di kenali seperti Syed Husin Ali, Kassim Ahmad dan Kamarulzaman Teh iaitu seorang tokoh pejuang kemerdekaan dari Pahang.






Oleh itu jika pemimpun PRM merasakan mereka adalah pejuang rakyat yang berprinsip dan sama sekali tidak akan mengadai perjuangan maka mereka sepatutnya melepaskan ego mereka untuk terus mempertahankan parti yang mereka sendiri sedar bahawa parti mereka adalah parti yang “Hidup segan mati tak mahu”. Mungkin istihad mereka untuk bergabung dengan PKR adalah satu kesilapan tetapi tidak mustahil jika kali ini mereka memilih parti yang benar-benar menjiwa perjuangan rakyat sebagaimana PRM suatu ketika dahulu.


Ini adalah lebih baik daripda menyertai parti-parti di dalam Pakatan rakyat yang di lihat kini penuh dengan permainan politik. Parti yang di maksudkan itu adalah Parti Sosialis Malaysia yang kinisebuah parti marhaen yang di pimpin oleh aktivis2 sentiasa hidup dengan penderitaan rakyat.


Apatah lagi pengerusi parti ini sendiri adalah salah seorang daripada pimpinan PSRM pada suatu ketika dulu yang telah di uji ketahanan prinsip perjuangannya. Jikalah benar pimpinan PRM sekarang tidak pernah memikirkan jawatan dan kepentingan maka sudah sepatutnya mereka memikirkan agar PRM di semadikan dan mereka teruskan amanah perjuangan Boestamam dengan memilih PSM sebagai satu wadah perjuangan yang baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan