Datuk Dzulkifli Abd Wahab
KUALA LUMPUR: Datuk Dzulkifli Abd Wahab hari ini disingkirkan sebagai Pengarah Besar Felda dan akan dipindahkan ke Kementerian Asas Tani dan ditugaskan ke Rome, Itali.
Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman keputusan menyingkirkan Dzulkifli dibuat dalam mesyuarat khas Lembaga Pengarah Felda pagi tadi.
Tempat Dzulkifli akan diganti oleh Faizoull Ahmad berkuatkuasa 1 September depan.
Mazlan turut mendakwa Faizoul merupakan pegawai yang korup dan beliau mempunyai banyak maklumat mengenai Faizoul.
"Faizoull adalah orang kepercayaan Isa Samad, hanya berjawatan gred N54 tiba-tiba dipilih ke jawatan tersebut sedangkan ada orang yang lebih senior dari beliau. Sepatutnya, Faizoul ke gred Jusa C dahulu sebelum naik ke gred Turus 3.
"Isa akan maklumkan perlantikan ini kepada Perdana Menteri. Jika Perdana Menteri mengikut kehendak Isa, satu lagi tragedi hitam tercatat. CEO yang baik dan berdedikasi diganti dengan calon korup," kata Mazlan dalam satu kenyataan.
November tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Dzulkifli bercuti dan mengikuti Kursus Pengurusan Lanjutan bagi meningkatkan prestasi untuk melakukan transformasi Felda.
Menurut Mazlan, Isa tidak senang dengan Dzulkifli kerana menganggap Dzulkifli menghalang usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia. Harakahdaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan