tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Rabu, 8 Ogos 2012

.Ketua Pemuda Penyokong PasPerak,Siva ditembak mati mereka yang bertopeng!sbb berjuang untuk PAS



Mendiang..Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong Pas Perak, P Panthiyan @ Siva yang ditembak mati mereka yang bertopeng!


YB Dr Mujahid Yusof Rawa,YB Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria turut hadir menzahirkan tanda simpati dan empati kepada keluarga Mendiang Siva.

YB Ustaz Mujahid Yusof Rawa turung mengusung keranda Mendiang Siva.


Kita turut berada di rumah mendiang Siva di Taman Langkap,Pekan Langkap petang tadi.Turut sama Setiausaha PAS Kawasan Fadhil Idris,Sdr Zainudin Hamzah ,Ustaz Zulkifli Ahmad,Ketua Urusan Ulamak dan Sdr Bahseer ,Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional.

Dua perkara menarik yang ditimbulkan oleh YB Dr Mujahid Yusof,Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga AJK Pas Pusat .

Perkara pertama Siva sanggup mati mempertahankan perjuangan yang dibawa oleh PAS.Di samping betapa tinggi cita-cita mendiang ingin mengadakan Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI)
untuk masyarakat India.

Yang kedua,YB Ustaz Mujahid menyatakan kini kita tidak selamat lagi.Bagaimana Siva boleh ditembak,di tempat awam pada waktu siang.Dibunuh di hadapan anak isteri ,turut disaksikan penduduk.Di samping begitu mudah untuk mendapat sepucuk pistol untuk membunuh manusia.Di sini juga YB Mujahid juga menegaskan peristiwa seperti ini boleh berlaku kepada kita.YB Mujahid meminta pihak polis menyiasat kes ini tanpa tekanan politik.Bagi YB Mujahid keselamatan rakyat perlu diutamakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan