tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Selasa, 27 Mac 2012

Analseks, Hubungan Melalui Dubur, Kerja Syiah?

Analseks, Hubungan Melalui Dubur, Kerja Syiah?

"ORANG yang fitrahnya masih suci akan merasa risih dengan hal ini. Orang yang jiwanya masih bersih akan merasa jijik dengan pendapat ini." Begitu, tuduhan (?) dibuat oleh sebuah weblog Indonesia seperti yang dipaparkan sebelum ini (Pinjam Kemaluan Wanita, Puak Syiah Kena Jawab!) dan kini mengenai analseks atau hubungan melalui dubur (main pungkok) isteri pula.. Puak Syiah kena lagi..

Menurut weblog itu, rasa tersebut berlaku, sebelum mereka melihat dalil-dalil dan hukum seperti yang akan dipaparkan. Bagaimana kalau melihat dalil ini? "Perasaan risih dan jijik itu akan semakin kuat."

Sedikit Huraian:
Dari Ibnu Abbas RA (radliallahu ‘anhuma), mengenai ayat:
نِسَآؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ فَأْتُواْ حَرْثَكُمْ أَنَّي شِئْتُمْ
Isteri kamu adalah ladang kamu, kerana itu datangilah ladang kamu dengan cara yang kamu kehendaki.
Ketika turun ayat ini, Nabi SAW (shallallahu ‘alaihi wa sallam) bersabda kepada sahabatnya:
أقبل وأدبر واتق الدبر والحيضة
Datangi dari depan atau dari belakang, tapi hindari dubur dan ketika keluar haid” [HR. Nasa'i dan Turmudzi. Ibnu Hajar mengatakan: Diriwayatkan Ahmad dan Turmudzi dengan jalur yang shahih (Fathul Bari, 8/191)]
Dalam riwayat lain, dari Ibnu Abbas RA Nabi SAW bersabda:
لا ينظر الله إلى رجل أتى رجل أو امرأة في الدبر
“Allah tidak akan melihat seorang lelaki yang melakukan hubungan dengan lelaki lain atau dengan isterinya melalui dubur” [HR. Turmudzi 1165 dan dihasankan Al-Albani]
Demikian keterangan dari Baginda Nab SAW.
Apakata Ulama Syiah?
Satu: Ayatolah Khumaini dalam kitab Tahrir al-Wasilah mengatakan..
والأقوى والأظهر جواز وطئ الزوجة مع الدبر
“Pendapat yang paling kuat adalah bolehnya menyetubuhi isteri di dubur” [Tahrir al-Wasilah, 2/241]
Dua: Hojatolah As-Sistani mengatakan:
أما وطئها في الدبر ففيه إشكال وإن كان الأظهر جوازه مطلقا مع رضاها وأما مع عدمه فالأحوط تركه. الأحوط الأولى أن يكفر عن وطء زوجته حال الحيض مع علمه بذلك فهي على الاحوط لاعلى اللزوم.
Adapun menyetubuhi wanita di dubur, dalam hal ini ada perselisihan, meskipun yang kuat adalah boleh secara mutlak, dengan ridha wanita. Namun jika dia tidak ridha, yang lebih hati-hati adalah ditinggalkan. Yang lebih hati-hati, dan lebih utama, dilarang menyetubuhi isteri ketika haid, jika dia mengetahui hal itu. Ketentutan ini hanya sebagai kehati-hatian, dan bukan wajib.
[As-Sistani, Al-Masail Al-Muntakhabah, 9:35 – 36 , Dar Al-Muarrikh Al-Arabi, 1416]
Tiga, Riwayat dari Syaikhut Thaifah, Abu Ja’far At-Thusi, dan mungkin inilah sumbernya:
a. Dari Abu Ya’fur, dia mengatakan:
سألت أبا عبدالله (ع) عن الرجل يأتي المرأة في دبرها ؟
Aku bertanya kepada Abu Abdillah AS tentang orang yang menyetubuhi wanita dari belakang.
Abu Abdillah menjawab:
لا بأس إذا رضيت
Tidak mengapa, jika wanita ridha.
b. Dari Abu Ya’fur, dia mengatakan:
سألت أبا الحسن الرضا (ع) عن إتيان الرجل المرأة من خلفها في دبرها ؟
Aku bertanya kepada Abul Hasan Ar-Ridha AS tentang hukum seorang lelaki yang menyetubuhi wanita dari belakang di duburnya? Abul Hasan mengatakan:
أحلتها آية من كتاب الله تعالى قول لوط (ع) (هؤلاء بناتي هن أطهر لكم)هود 78وقد علم أنهم لا يريدون إلا الدبر
Praktek ini dihalalkan oleh ayat Al-Quran, melalui perkataan Nabi Luth AS:
[هؤلاء بناتي هن أطهر لكم ]
Ini puteri-puteriku, mereka lebih suci untuk kamu jadikan isteri. (QS. Hud, 78), padahal Nabi Luth sudah tahu bahawa tidaklah kaumnya menginginkan kecuali bahagian dubur.
Selanjutnya At-Thusi memberikan catatan untuk dua riwayat yang melarang bersetubuh melalui dubur. Salah satunya, riwayat dari Sadir, dia mengatakan
سمعت أبا عبدالله (ع) يقول : قال رسول الله (ص) (محاش النساء على أمتي حرام)
Saya mendengar Abu Abdillah (Imam Ja’far) ‘alahis salam bahawa Rasulullah SAW bersabda: Mahasyun Nisa’ (berhubungan melalui dubur) haram untuk umatku.
At-Thusi berkomentar:
Makna yang tepat untuk dua riwayat ini adalah menunjukkan makruh, kerana yang paling utama adalah meninggalkan hal itu (anal seks), meskipun tidak terlarang. Yang menunjukkan hal ini adalah riwayat yang disebutkan oleh Ahmad bin Muhammad bin Isa dari Al-Barqi, dia marfu’kan dari Abu Ya’fur, Al-Barqi mengatakan: Saya bertanya kepadanya (Abu Ya’fur) tentang hukum menggauli wanita dari pantatnya (anal seks)? Dia menjawab:
ليس به بأس وما أحب أن تفعله
Tidak mengapa, dan saya ingin agar kamu tidak melakukannya. At-Thusi melanjutkan: Boleh jadi dua riwayat di atas, disampaikan dalam konsteks taqiyah.
(Al-Istibshar, karya At-Thusi, 3/242. cet. Thahran, 1390)
Kesimpulan:
Puak-puak Syiah di Malaysia perlu membuat penjelasan segera demi menjaga nama baik agama dan hubungan antara mahab-mazhab, di Malaysia. Jangan sampai pengaruh buruk dari negara jiran mempengaruhi kita. Allahu 'aklam.
(Rujukan - muslimah.or.id & penterjemah Ustadz Ammi Nur Baits)
Lihat sebelum ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan