tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Sabtu, 1 Februari 2014

Umno pengkhianat bila jual Johor kepada Singapura


Oleh MAZLAN ALIMAN
Bahagian Kedua

Pada bahagian pertama, saya mendedahkan fakta bagaimana di zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Besar Johor telah dibina Empangan Linggiu yang terletak di Jalan Kota Tinggi Kluang (berdekatan Bandar Tenggara). Empangan itu dibina pada 1988 dan siap pada tahun 1994 di atas kawasan tadahan air seluas 21,600 hektar (53,374 ekar).




Saya tidak pernah mengatakan yang Muhyiddin menjual tanah kepada Singapura sebagaimana kenyataan beliau kepada media bertarikh 21 Ogos 2009.

Sebaliknya saya mempersoalkan, apa perlunya kawasan yang sebegitu luas diluluskan kepada Singapura (walaupun mendapat pampasan RM320 juta) dan ke mana perginya hasil kayu balak yang dikatakan bernilai ribuan juta ringgit.

Sebagai persoalan tambahan, saya ingin membangkitkan beberapa perkara yang mesti dijawab, sama ada oleh Muhyiddin atau pemimpin Umno lain.

1. Siapa yang mengawal kawasan Empangan Linggiu; benarkah dakwaan mengatakan ia dijaga oleh askar wataniah dan menjadi zon autonomi?

2. Kenapa kerajaan Malaysia gagal menuntut kenaikan harga air mentah 3 sen setiap 1,000 liter daripada sejumlah 250 juga liter sehari air yang dibekalkan kepada Singapura sedangkan semakan harga boleh dibuat pada 1986 dan 1987?

3. Berapa lama Malaysia perlu membeli air bersih daripada Singapura dengan kadar 50 sen bagi setiap 1,000 liter?

4. Kenapa Malaysia tidak menghentikan pembelian air daripada Singapura walhal kerajaan Johor telah melantik Syarikat Air Johor (asalnya Jabatan Bekalan Air) untuk membekalkan airair bersih ke seluruh Johor?

5. Tolong nyatakan, Singapura bekalkan air bersih kepada siapa dan berapa banyak jumlahnya serta berapa kosnya?

6. Bagaimana kedudukan hutan simpan untuk Public Utilities Board (PUB) Singapura dibelakang Kem Pulada dan Kampung Sungai Telor seluas ribuan hektar?


7. Adakah hutan simpan berkenaan menjadi hak milik Singapura dan adakah dibayar cukai setiap tahun?

8. Bagaimana kedududkan 6 buah PUB Singapura yang ada di Skudai, Tebrau, Kota Tinggi, Ulu Choh, Gunung Pulai dan Linggiu?

Saya menganggap kenyataan Muhyiddin bahawa Lee Kuan Yew mengugut untuk berperang dengan Johor sekiranya tidak mendapat bekalan air mencukupi hanya sebagai lakonan untuk melindungi kelemahan kerajaan BN ketika berurusan dengan Singapura. Ia suatu bukti bahawa pemimpin BN tidak pernah mampu berdepan Singapura!

1. Kezaliman ke atas penduduk Kampung Sri Paya Kluang

Kampung berkenaan wujud lebih daripada 35 tahun lalu. Terdapat 93 rumah, hampir seratus peratus Melayu, yang menyokong UMNO. Syarikat pemaju PCB Sdn Bhd, telah memperolehi hak atas tanah kampung berkenaan yang didalangi tokoh Umno Bahagian Kluang. Dewan Pemuda PAS Johor telah mengetuai rombongan bersama penduduk menemui Menteri Besar Johor, Dato' Abd Ghani Othman pada 12 Oktober 2002 untuk menyelamatkan perkampungan tersebut daripada dimusnahkan.

Sebagai tanda protes, penduduk menaikkan bendera Umno separuh tiang tanda berkabung di hadapan balairaya kampung tersebut. Malangnya, kerja merobohkan tetap dilakukan. Kampung Sri Paya lenyap dari sejarah!

2. Perampasan tanah rakyat oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ)

Projek Danga Bay yang dianggarkan bernilai RM 15 bilion telah menjejaskan kehidupan 200 masyarakat Orang Asli dari suku kaum Seletar di Kg Sungai Temon di Sungai Danga. Mereka meneroka kampung itu hampir 30 tahun lalu. Mereka diarah pindah kali kedua dari kediaman asal mereka. Selain itu, lebih seribu orang penduduk setinggan yang sebahagian besarnya Melayu yang tinggal berhampiran Lembah Danga juga dihalau keluar. Ini tidak termasuk penduduk Kg Skudai Kiri dan Pengkalan Rinting yang menerima nasib sama.

Pembangunan mega yang menguntungkan segelintir kroni terpaksa mengorbankan penduduk Melayu yang setiap kali pilihanraya sangat setia mengundi BN. Penduduk setinggan ini tidak mendapat sebarang layanan baik seperti penduduk Kg Buah Pala.

3. Projek tambak laut Singapura

Sebuah syarikat tempatan yang mempunyai hubungan dengan orang kenamaan telah mendapat konsesi membekalkan pasir kepada Singapura dengan keuntungann berpuluh juta setiap tahun. Ia digunakan untuk aktiviti penambakan di sekitar Pulau Tekong dan Pulau Ubin yang bertentangan dengan Tanjung Pengelih di Timur Laut Johor, di Tuas berhampiran link kedua dan di Pulau Kecil ke arah Barat Tuas. Kerja menambak ini telah membesarkan saiz wilayah Singapura sedia ada (690 km persegi) kepada 1.5 lebih besar dari saiz asalnya.

Dewan Pemuda PAS Johor membuat ekspedisi ke lokasi berbelas-belas kapal korek yang disewa dari luar negara dalam perairan Johor berdekatan Pantai Batu Layar, Kota Tinggi pada 17 Februari 2002 dan 23 April 2002. Ia mengesahkan dakwaan bagaimana pasir diangkut menggunakan ponton ke Singapura dan dilakukan secara aktif di sebelah malam.

Aktiviti tambak laut bukan sahaja menyebabkan Selat Tebrau menjadi sempit, bahkan ekologi kehidupan laut musnah manakala pukat nelayan yang kebanyakannya Melayu rosak teruk kerana aktiviti kapal korek tersebut. Nelayan Melayu turun temurun hilang pendapatan, kroni pemimpin yang kekenyangan!

Isu yang timbul bukan sekadar penambakan laut memberi kesan langsung kepada perairan negara kita tetapi pengkhianatan yang dilakukan rakyat sendiri. Di sebalik kecaman pemimpin Umno terhadap Singapura dan tunjuk perasaan Pemuda Umno Johor, rupa-rupanya ia umpama ayam berkokok hebat tapi ekornya bergelumang tahi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan