tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Selasa, 27 Mac 2012

Lagi Menyertai Pas Kali Ini, Bekas Komando 69 PGK serah borang ahli Pas kepada Tuan Guru Presiden


IPOH : Semasa program Jamuan bersama rakyat di Taman Pinji Mewah, Pengkalan Pegoh, telah berlangsungnya satu acara yang istimewa. Bekas-bekas Anggota Komando 69 Pasukan Gerak Khas (PGK -Unit Elit PDRM) dengan diwakili oleh Mohamad Ismail Bin Hj Saleh telah berbesar hati untuk menyampaikan sendiri borang-borang kemasukan mereka ke dalam Pas kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Lebih istimewa dan uniknya apabila Mohamad Ismail telah menyerahkan borang-borang tersebut dengan penuh istiadat dan penghormatan seorang angkatan tentera kepada Tuan Guru Presiden. Aksi-aksi beliau semasa penyerahan borang-borang tersebut telah sempat saya rakamkan. Mari saksikan adegan tersebut:-
Mohamad Ismail melutut di hadapan Tuan Guru untuk memulakan penghormatan beliau
Songkok yang dipakai telah ditukar kepada beret Komando PGK yang disertakan dengan logo Pas
Beret dipakai kemas dikepala
Beliau bangun dengan penuh tertib dan hormat setelah memakai beret tadi
Tabik hormat seorang bekas anggota komando PGK kepada Tuan Guru Haji Hadi
Bersalaman sebelum menyerahkan borang
Borang diserahkan kepada Tuan Guru Presiden bagi menandakan beliau dan rakan-rakannya ingin bersama di dalam jemaah Islam parti Pas. Takbir!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan