tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Isnin, 18 Mac 2013

Peguam Kes Scorpene Di Temui Mati



KUALA LUMPUR 18 MAC: Peguam Perancis, Oliview Metzner, yang mewakili firma pertahanan DCNS dalam inkuiri kehakiman kes Scorpene, ditemui mati didakwa sebagai kes bunuh diri.Inkuiri kehakiman itu dimulakan oleh NGO hak asasi Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram).Mengikut BBC News Europe, mayat Metzner (gambar) ditemui terapung di lautan berhampiran pulau peribadinya di Brittany, barat laut Perancis.

Dilaporkan, polis menemui satu nota bunuh diri.Metzner mewakili kepentingan dalam DCNS – syarikat menjual dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia sedekad lalu.Suaram memfailkan siasatan kehakiman kepada mahkamah Perancis pada 2009 berhubung kemungkinan wujudnya rasuah dalam perjanjian Scorpene.

Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh secara kejam mengguna peledak C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006.

Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin.

Balasubramaniam bagaimanapun meninggal dunia Jumaat lalu akibat serangan jantung.Siasatan mendapati Gifen – sebuah subsyarikat kepada DCNS berpangkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. ~keadilandaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan