tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Jumaat, 15 Mac 2013

New York Times dedah Kerajaan Malaysia guna spy ware utk intip negara sendiri/new-york-times-dedah-kerajaan-malaysia.

JIKA selama ini anda bimbang komputer anda diceroboh oleh penggodam, sila fikir sekali lagi. Penceroboh sistem komputer anda bukanlah di kalangan penggodam semata-mata, malah rejim Umno dan Barisan Nasional turut melakukan perkara yang sama kepada anda.

Perkara ini didedahkan oleh The York Times, di mana Malaysia termasuk di dalam senarai 25 negara-negara di dunia yang menggunakan 'spyware' untuk menceroboh dan mengintip data serta maklumat peribadi di komputer anda.



The New York Times melaporkan, Malaysia adalah antara 25 negara yang menggunakan perisian “spyware” bagi mengintip rakyatnya dengan mengambil gambar mereka dari skrin komputer, merekod perbualan Skype, kamera, mikrofon komputer operasi taip di keyboard dan lain-lain.

Akhbar itu turut mendedahkan, di Ethiopia, "spyware" ini dihantar kepada target melalui email, mengumpan mangsa untuk klik file seperti gambar dan lain-lain sekaligus komputer akan memuat turun spyware tersebut secara automatik dan beroperasi untuk mengintip.

Data-data serta maklumat peribadi mangsa akan dihantar kepada server dan boleh dimuat turun oleh pihak tertentu yang memasangnya.

ReJaM© "Sibuk intip rakyat sendiri penceroboh masuk Sabah pun tak sedar "

1 ulasan:

  1. Bе watchful with waѕhing sodа and use gloves as іt
    is trеmendοuslу alkaline. - Centre tunnel сhimneу duсt to maximise pгoductive ѕcorching airflow.
    "In modern society, I suggest half the time plenty of regular people have by no means been by yourself, really by itself, free of some type of distraction.

    Also visit my blog post: pizza baking stone walmart

    BalasPadam