tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Selasa, 19 Mac 2013



Keputusan mahkamah sangat tidak adil – Keluarga Aminulrasyid KUALA LUMPUR 5 Dis: “Keputusan mahkamah memang sangat tidak adil kepada pihak kami,” kata Azura Amzah, kakak kepada Aminulrasyid Amzah, 15, yang ditembak mati anggota polis dua tahun lalu. 

Keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang membebaskan tertuduh, Koperal Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid. 

Semasa mahkamah mengumumkan keputusan itu pagi tadi, Azura dan keluarganya tidak ke mahkamah, tetapi mengikuti perkembangan melalui internet. 

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan keputusan tersebut selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas. SEMUA BANGUN MELAWAN KERANA TIDAK ADIL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan