tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Selasa, 19 Mac 2013

BERITA BURUK UNTUK UMNO/BN JOHOR....DSAI SAHKAN LIM KIT SIANG ADALAH CALON PAKATAN RAKYAT PARLIMEN P162 GELANG PATAH, JOHOR!!!!




Bakal PM ke-7, Ins'y Allah, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemimpin parlimen DAP Lim Kit Siang sebagai calon Pakatan Rakyat untuk kerusi parlimen P162 Gelang Patah, Johor

Beliau membuat pengumuman itu dalam majlis sambutan ulangtahun ke-47 DAP di Sutera Mall, Skudai, Johor menjelang jam 9.30 malam tadi

Ketua Wanita MCA Johor Tan Ah Eng memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2008 menewaskan calon PKR Zaliha Mustafa dengan majoriti 8851 undi.

Ia merupakan salah satu daripada beberapa kerusi parlimen di Johor dengan lebih 50 peratus pengundi Cina.

DSAI dalam ucapannya di majlis itu yang dihadiri kira-kira 30,000 orang mengakui bahawa Gelang Patah merupakan kerusi PKR, namun perkara itu boleh dirunding, katanya.
"Saya masih berpendapat bahawa ia masih kerusi PKR. Tapi jika Kit Siang datang dan bantu kita, pimpin kita dan menjadi calon Gelang Patah, saya beri sokongan penuh," katanya.

Beliau kemudiannya menjemput Lim serta pemimpin DAP lain untuk tampil ke atas pentas sebelum mengumumkan sokongannya kepada pemimpin veteran tersebut untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Kerusi berkenaan ditandingi PKR dalam dua pilihan raya umum terakhir.
Perebutan kerusi tersebut sebelum ini mencetus pergeseran di antara ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan ketua PKR negeri Datuk Seri Chua Jui Meng.

HABISLAH UMNO/BN DIJOHOR KALI INI...ALAMATNYA SEMUA KERUSI PARLIMEN MAU PUN DUN YANG MAJORITI PENGUNDI CINA DIJOHOR BAKAL DIMENANGI OLEH PAKATAN RAKYAT..INS'Y ALLAH.

KINI PAKATAN RAKYAT JOHOR MENGABUNGKAN TIGA GERGASI POLITIKAWAN YANG CUKUP TERKENAL DAN HEBAT SERTA DIGERUNI UMNO/BN....SALAHUDDIN AYUB DARI PAS, LIM KIT SIANG DARI DAP DAN DATO' CHUA JUI MENG DARI PKR.

KALAU UMNO KATA IANYA TIDAK MENGGUGAT SEDIKIT PUN UMNO/BN DIJOHOR.. SAH PENIPUS BESAR!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan