tan malaka
kalau sudi jadi pengikut add kt sini
Khamis, 8 November 2012
Makam Nabi Dan Masjid Nabawi Akan Di Hancurkan Oleh Kerajaan Arab Saudi
Posted by Addin at 11/08/2012
Pintu Makam Nabi
Makam Nabi Muhammad di Masjidil Nabawi, Madinah rencananya akan dihancurkan oleh pemerintah Kerajaan Arab Saudi, seperti dipetik daripada laman Fars News Agency, pada Isnin (29/10) lalu.
Pemerintah Kerajaan Arab Saudi merancang untuk menghancurkan tempat-tempat bersejarah Islam, termasuk Masjidil Nabawi menggunakan buldoser, termasuk di dalamnya adalah 3 masjid tertua di dunia.
Kerajaan Arab Saudi merancang untuk mengembangkan projek pembesaran bernilai berbillion ringgit. Projek penghancuran Masjid Nabawi dijangka akan dimulakan pada bulan depan selepas musim Haji berakhir.
Di lokasi bersejarah tersebut, kerajaan Arab Saudi akan membangun kompleks terbesar di dunia yang mampu menampung 1.6 juta orang pada satu-satu masa. Raja Arab Saudi Raja Abdullah yang enggan mengekalkan warisan arkeologi paling suci bagi dunia Islam tersebut sudah mendorong kemarahan umat Islam.
Pengembangan Masjidil Nabawi ini akan dimulakan dibahagian barat masjid. Di bahagian ini, terdapat makam dua Khalifah yang juga merupakan sahabat Nabi, iaitu Khalifah Umar dan Khalifah Abu Bakar.
Pada tahun 2007, Kementerian Urusan Islam Kerajaan Arab Saudi menerbitkan risalah mengenai rencana penghancuran Masjidil Nabawi yang disusun oleh Mufti Besar Arab Saudi, Abdulaziz al-Sheikh.
Risalah tersebut menyiarkan rancangan penghancuran kubah masjid dan meratakan makam Nabi Muhammad, Abu Bakar dan Umar berdasarkan fatwa Abdulaziz al-Sheikh.
Masjid Nabawi
“Diamnya kaum Muslimin atas penghancuran Makkah dan Madinah adalah bencana dan kemunafikan terbesar,” kata Irfan al-Alawi dari Yayasan Pemeliharaan Warisan Islam. Irfan al-Alawi sudah menghabiskan 10 tahun terakhir ini meneliti rancangan penghancuran Masjid Nabawi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan